Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Monday, August 12, 2013

Wanita Permulanya Zina dan Maksiat? dan Nasihat Rasulullah Berkaitan Wanita & Pohon Semalu

Assalamualaikum dan Salam Kebahagian..
Zaman sekarang, perkataan maksiat tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Maksiat merupakan permulaan berlakunya zina. Zina bukan sahaja melakukan persetubuhan antara lelaki dan perempuan secara haram yakni tanpa akad (perkahwinan). Rasulullah S.A.W. sendiri ada bersabda mengenai kepelbagaian zina yang mathumnya,

“Mata boleh berzina dengan melihat, Lidah boleh berzina dengan bercakap, Tangan boleh berzina dengan berpegangan, Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dengan merindui, mengingati dan membayangi si dia.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Siapakah Punca Permulaan Zina/Maksiat? 
Amir bukan ingin menuduh wanita bagi permulaa zina/maksiat.. Tetapi pandangan peribadi yang memihak wanita punca utama maksiat/zina. (Okey korang boleh bagi pandangan korang kat komen nanti)

Kenapa amir berpendapat sebegitu?
Apa yang kita tahu, sebagaimana yang sedia maklum. Sejak dahulu lagi Allah swt telah memberi peringatan bagi kedua2 kaum lelaki dan wanita berfirman bermaksud:

“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka buat”

(Surah An-Nur : 30)

 "Katakanlah pula kepada orang perempuan yang beriman supaya mereka pun menundukkan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka kecuali yang zahir saja."
(surah An-Nur : 31) 
Kalau korang perhatikan betul2 firman Allah swt diatas
Bagi lelaki :
1. Menjaga pandangan
2.Memelihara Kemaluan

Bagi Wanita:
1.Menjaga Pandangan
2.Memelihara Kemaluan
3.Tidak memperlihatkan perhiasan kecuali yang zahir sahaja

Okey! cuba lihat apa yang lelaki dan wanita selalu melanggar peringatan Allah swt diatas
1.Menjaga pandangan (lelaki dan wanita)
2.selalu memperlihatkan perhiasan. (wanita sahaja)

Pandangan ---> otak ---> hati ---> nafsu ---> zina/maksiat

Pandangan apakah yang dipandangkan? Sebab itulah amir kata maksiat boleh bermula daripada wanita kerana wanita seringkali melanggar peringatan Allah dan hukum bersyariat menutup aurat sepenuhnya.. Lihat nombor 2 (selalu memperlihat perhiasan) sedangkan firman Allah menjaga perhiasan.. Perhiasan disini bermaksud ialah pakaian, barang2 kehormatan wanita untuk diperlihat oleh suaminya sahaja dan sebagainya boleh rujuk disini  

Sebenarnya amir ingin menegur wanita berpakaian yang kurang elok mata memandang. Itulah korang (wanita) apabila penampilan sebegitu secara tidak langsung korang membangkitkan nafsu lelaki yang lemah dan berlakulah maksiat, mata, kemudian hati, kemudian kaki dan tangan, kalau nafsunya tidak boleh tahan? kemungkinan akan berlaku rogol dan sebagainya.

Menurut kajian hampir 50-70 peratus wanita berpakaian seksi dan mendedahkan aurat serta menampkkan perhiasan mereka adalah  kepada punca maksiat dan Zina.. Tapikan bagaimana pula wanita berpakaian sopon boleh menjadi nafsu serakah lelaki? Hah inilah 30% lagi adalah suka sama suka, mungkin mereka pernah couple dan putus dan sebagainya. Okeylah nak tanya pada kaum wanita pula, adakah korang rasa lelaki tak berbaju? apakah perasaan korang? rasa geli adalahkan tambahan pula badan berbulu. Berseluar pendek pula? korang tak rasa apa2 kan? Urm macam mana lelaki nak mulakan atau punca penzinaan..

Sebab itulah amir kata wanita adalah permulaan zina, manakala lelaki adalah pencetusnya berlakunya zina itu. Sekian Wallahua'lam. Jom kawan2 kita sama2 ambil pengajaran daripada kisah Rasulullah Saw bersama puteri kesanyangannya Saidatina Fatimah r.a. :)

Kisah Rasulullah Saw bersama puterinya dan Pohon semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Parawanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.


Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

" Korang ada pandangan tak? jom kita saling bertukaran pandangan kat komen yer"

P/s: Wanita solehah jangan terasa yer, ini just untuk wanita kurang kesedaran tentang aurat. pandangan peribadi saya, apabila saya berada disekeliling wanita solehah, baik, menutup aurat, perasaan ini macam dekat jer dengan Allah, nak buat itu dan ini pom rasa malu, Nak bercakap perkara sia2 pom malu.. Kalau tempat belajar, perasaan tu sentiasa nak belajar bersungguh2. Sebab rasa tenang jer.. hehe .. Untunglah sape2 yang menjadi wanita solehah. :)

Get This

1 comment:

  1. huu,,, terasa baca entri nehh... btw sangat setuju dgn pendapat brader tu..

    ReplyDelete

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab