Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Friday, August 2, 2013

Tujuan Nahi Munkar Dalam Kehidupan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum soleha wa solehah



Alhamdulillah, lah amir bersyukur sangat kepada Allah kerana masih memberi nikmat kesihatan untuk masih lagi menarikan jari jemari ku kat atas papan keybord.. hehe

Tentu korang ada yang masih lagi tertanya-tanya, Apakah Tujuan Nahi Munkar? Okey nanti amir terangkan okey.. baca satu persatu, jangan skip pembacaan korang..

Tujuan Nahi Mungkar
1. Nahi munkar yang diwajibkan Allah swt itu adalah bertujuan untuk melahirkan sautu ummah yang sebaik-baiknya selari dengan firman Allah swt:


Maksudnya : kamu adalah sebaik-baik ummah yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh melakukan yang ma'ruf dan kamu melarang dari mengerjakan yang munkar) Al-imran : 110

2. Untuk Melahirkan ummah yang mendapat rahmat Allah swt sebagaimana firman-Nya:


Maksudnya : Dan mukmin lelaki dan mukminah perempuan itu setengahnya pembantu kepada setengah yang lain, mereka menyuruh melakukan yang ma'ruf dan mereka melarang dari mengerjakan yang mungkar, dan mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat serta mematuhi allah dan Rasulnya, merekalah yang akan mendapat rahmat Allah Ta'ala, sesungguhnya Allah itulah yang maha Agung lagi maha bijaksana. ( At-Taubah : 71)

3. Untuk melahirkan ummah yang terselamat dari laknat Allah swt sebagaimana Allah swt melaknat Bani Israel kerana mereka mengejarkan munkar, firman Allah swt:



Maksudnya : Terlaknatlah orang-orang kafir dari golongan Bani Israel melalui lisan Nabi Allah Daud dan Isa bin Maryam, itu adalah disebabkan oleh derhaka mereka (terhadap Allah swt) dan mereka melampau, mereka tidak mencegah kemungkaran di kalangan mereka 
itulah seburuk-buruk amalan mereka. ( al-maidah 78-79)

4. Untuk mengekalkan kestabilan ummah.
berkata Imam Abu Hamid Al-Ghazali rh dalam kitabnya (ihya' Ulum ad-din 7/4) "sesungguhnya amar maaruf dan nahi munkar adalah puncak tertinggi dalam agama. Ia merupakan suatu persolan yang amat penting sekali, yang kerananya Allah swt telah mengutuskan para nabi sekalian. Sekiranya tugas ini delengahkan dan segala jentera amar ma'ruf nahi munkar itu dicuaikan, samada dalam ilmu pengetahuan mahupun amalan, tentulah kesesatan bermaharajalela dan kejahilan akan terus melanda setiap orang, dan ketika itu negara akan menjadi rosak binasa manakala rakyatnya menjadi kacau bilau. "

sumber: jabatan hal ehwal agama islam negeri kelantan

sekian Wallahua'lam ^_^ 
jumpa lagi illa liqa'
Get This

2 comments:

  1. amar maaruf nahi munkar. tak ramai org alert pada bende nieh. org akan menuding jari bende nih patut pak2 ustaz or ustazah2 je buat. camna tuh?huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. inilh masalah masyarakat kita... klu tngok kat malaysia nih maslahnya sebenrnya ialah datang dari media massa, kerana media inilh yg pling kuat mempngaruhi masyarakat islam terutamanya melayu seringkali mudah terikut2 dengn budaya kuning yg dibwa oleh media.. msalah sebegini kita x sepatutnya menyalahi masyarakat, sbb kebnyakn mereka adlh jahil dlm agama. spatutnya, pemerintah itu sendiri yg memainkan peranan penting dlm masyarakat dlm membntuk jati diri rakyatnya.. Seperti memperbanykkan Drama2 islamik,mewajibkan pemakaian hijab bg beragama islam apabila berada dlam rancangn dan sebagainya.. klu nk ikutkn mmg dh bnyak proram agama dalam media tapi cuba terapkan program agama itu dlam bentuk drama2.. carilh org golongan beragama belakon, jgn cari golongan jahil belakon org golongan agama. ini tak.. dalam drama pakaian ok.. apabila luar drama macam tak cukup kain pulak..
      ustaz dan ustazah tak mmpu berbuat demikian kalau mngajr kat masjid hnya org yg pegi masjid jer dgr, klu dlm TV org2 yg mahu menambh ilmu agama sahaja mndgrnya.. klu dlm drama2, seperti cinta dan sebaginya saya rasa ramai ank muda akan melihatnya..
      munkn hadis ini boleh buat panduan kita semua :)
      sabda Rasulullah SAW " sesiapa yg meliht satu prkara mnkar hendklh dia mncegah dgn tanganya(kuasa). Sekirnya tdk mmpu hndklh degn lidhnya (perkataan/nasihat/hujjah)dan sekiranya tidk mmpu juga hndkklh dengan hatinya. Yang demikian itu adlh selemah2 iman" {HR:Muslim}
      Wallahu'alam. ^_^

      Delete

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab