Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Tuesday, July 23, 2013

Peluh adalah najis?



Proses Perkumuhan
Tahukah? peluh adalah satu proses perkumuhan. Peluh mengeluarkan air yang ada dalam badan. Peluh terjadi apabila kita melakukan sesuatu kerja yang memerlukan keringat. Korang penah tak merasa peluh dengan lidah? apakah rasanya? masin seperti garamkan? Korang tahu tak? hal ini disebabkan peluh terdiri sebahagian besarnya daripada air, kalium dan garam (campuran natrium dan klorida), serta beberapa perkara yang lain. Badan kita sentiasa berpeluh walaupun kadang kala kita tidak menyedarinya. Fungsi peluh adalah untuk mengawal suhu badan kita.

Adakah Peluh Ini Najis?
Jadi, korang rasa peluh termasuk dalam ketegori mana? najis ke tidak najis?

sebenarnya peluh tidak berada dalam ketegori najis. Walaupun peluh kita masam, manis atau pahit, ia bukan najis. Peluh sama seperti airliur(P/s: airliur basi dlm kategori najis), tahi mata, dan tahi telinga. Semua tidak najis. Mungkin ia kotor sahaja. Peluh yang keluar menandakan kita mempunyai badan yang sihat.

Walaupun baju korang dibasahi dengan peluh, kita masih boleh lagi menunaikan solat seperti biasa. Solat tetap sah walaupun baju kita masam kerana peluh. Kemungkinan hanya mengangu jemaah lain yang hendak solat sahaja.

Kesimpulan
Bagi memastikan diri kita sentiasa bersih, sebaik2nya kita perlu bersihkan diri selepas berpeluh. Kita perlu mandi untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan. Kita pun dapat solat dengan lebih selesa dan lebih khusyuk malah  jikalau kita solat berjemaah tidak akan mengangu jemaah yang lain yang berada disekeliling kita. ^_^

p/s: maaf tajuk negatif dan kontroversi sikit. Ok ^_^ take care Wallahua'lam 
ustz shahrul zaman
Get This

3 comments:

  1. menarik ! eh , air liur basi najis ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap.. najis.. air liur adalah air yang keluar melalui mulut. air liur basi adlh air liur bercampur dengan air perut yg bercampur dengan najis dlam perut. wallahua'lam.. tengok sini http://www.youtube.com/watch?v=UK-sXba7hZc ^_^

      Delete
  2. ada ahli agama mengatakan peluh adalah haram(kerana keluar dari anggota badan) ditambah pula ketika peluh seseorang itu melitik di atas sejadah. Mana satukah yang betul? harap dapat memberikan penjelasan BESERTA hadis dari al-quran bg mengelakkan kekeliruan ini.

    ReplyDelete

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab