Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Wednesday, August 7, 2013

SElamat Hari Raya Semua :)

Assalamualaikum pembaca semua, ^_^
Alhamdulillah, baru sahaja kita selesai menjalani ibadah puasa Ramadan yang penuh seribu keberkatan dan penuh barakah. Semoga ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan mendapat ganjaran pahala daripada Allah, yang penting adalah ibadah kita diterima oleh Allah.. Ameen :)

Korang tau tak? tujuan apa Aidilfitri? 
Aidilfitri yang dirayakan merupakan anugerah daripada Allah swt kepada umat islam yang berjaya menempuh ujian pada bulan Ramadhan. Sesungguhnya kedatangan 1 syawal memang dinantikan oleh seluruh umat islam. Ia disambut penuh kegembiraan dan rasa syukur kepada Allah swt. 

Ramadan bulan tarbiah manakala bulan Syawal adalah bulan sillaturrahim dan bulan kemaafan sesama manusia. Amalan ziarah menziarahi sesama sanak saudara, rakan-rakan dan jiran tetangga adalah amalan yang sangat dituntut dalam islam. :)

Selain untuk bermaaf-maafan, ziarah menziarahi, adab-adab bertamu ini dapat mengeratkan sillaturrahim. Korang nak pergi raya pastikan adab terpelihara agar tuan rumah gembira menyambut kedatangan korang. Malah aktiviti ziarah korang mendapat keberkatanNya. InsayaAllah. :)

Jomlah, mari sama-sama, kita semua okey rebut dan ambil kesempatan pada bulan Syawal ini untuk saling  bermaaf-maafan antara satu sama lain denganpenuh keinsafan dan kesedaran. Jom jadikan pertemuan kita ini untuk merapatkan hubungan yang renggang dan yang jauh pula kita dekatkan. Semoga segala kesalahan dan kesilapan diampunkan seterusnya hubungan kembali mesra. 

Malah, Allah swt berfirman:
" Sesungguhnya orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikan antara dua saudara kamu ( yang bertelingkah ) itu dan bertawakkalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (al-hujurat : 10)

Semoga sambutan hari raya tahun ini berpandukan syariat dan sunnah Nabi saw serta menjauhakn diri kita daripada melakukan dosa-dosa pada hari raya dan hari-hari seterusnya.

Ingat tau! Hari raya adalah bukan hari untuk melepaskan nafsu sebulan yang korang tahan selama ini.. 

insyaallah entri yang lain amir buat entri amalan sunat Aidilfiri. dan Adab bertamu.. 
K wassalam 

Ikhlas daripada Ahmad-Amiruddin.com 
P/s : Tak sempat nak buat Kad Ucapan Dengan photoshop, tahun ni amir sibuk sangat-sangat.. 
Get This

1 comment:

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab