Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Sunday, June 30, 2013

Cara Letak Widget Top Komen Dalam Blog ☺

Bismillah
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Hari ini malas pula nak post pasal agama. Tetapi hari ini amir nak post mengenai tutorial blogger cara meletakkan top komen dengan thumnail dan juga dengan scroll dalam blog.
Widget ini sebenarnya diangap penting bagi seorang blogger kerana kita dapat mengetahui pengomen tegar dalam blog kita. Kita juga boleh manfaatkan untuk mengadakan Award Top Komen dalam blog. Siapa komen paling tertinggi akan dapat hadiah dari blog tersebut. 
Okey ikut step dibawah yer ☺
1. login dalam blog anda
2. klik pada layout
3. tambahkan gadget dan pilih HTML/JavaScript
4. copy dan paste kod warna hijau hitam dibawah okey.
5. dan setelah copy paste jagan lupa tekan save.


<div style="overflow:auto; width:100%px; height:250px; padding:0px; border:1px solid #999999;">
<div dir="ltr" style="text-align: left;" trbidi="on">
<br /></div>
<style type="text/css">
.top-commenter-line img {
-webkit-border-radius: 100px;
-moz-border-radius: 100px;
border-radius: 100px;
-webkit-box-shadow: 0 1px 3px rgba(0, 0, 0, .4);
-moz-box-shadow: 0 1px 3px rgba(0, 0, 0, .4);
box-shadow: 0 1px 3px rgba(0, 0, 0, .4);
margin-left:5px;margin-right:5px;
}
.top-commenter-line {margin: 5px 0;border-bottom:1px solid #eee;padding:3px 5px 6px 0px;}
.top-commenter-line .profile-name-link {padding-left:0;font-weight:bold;}
.top-commenter-avatar {vertical-align:middle;width:30px;height:30px;
}
</style>
<script type="text/javascript">
//
// Top Commentators gadget with avatars, by MS-potilas 2012.
// Gets a list of top commentators from all comments, or specified number of days in the past.
// See http://yabtb.blogspot.com/2012/05/top-commenters-gadget-with-avatars.html
//
// CONFIG:
var maxTopCommenters = 30; // how big a list of top commentators
var minComments = 1; // how many comments must top commentator have at least
var numDays = 0; // from how many days (ex. 30), or 0 from "all the time"
var excludeMe = true; // true: exclude my own comments
var excludeUsers = ["Anonymous"]; // exclude these usernames
var maxUserNameLength = 42; // 0: don't cut, >4: cut usernames
//
var txtTopLine = '<b>[#].</b> [image] [user] ([count])';
var txtNoTopCommenters = 'No top commentators at this time.';
var txtAnonymous = ''; // empty, or Anonymous user name localized if you want to localize
//
var sizeAvatar = 56;
var cropAvatar = true;
//
var urlNoAvatar = "http://lh4.googleusercontent.com/-069mnq7DV_g/TvgRrBI_JaI/AAAAAAAAAic/Iot55vywnYw/s"+sizeAvatar+"/avatar_blue_m_96.png"; // http://www.blogger.com/img/avatar_blue_m_96.png resizeable
var urlAnoAvatar = 'http://www.gravatar.com/avatar/00000000000000000000000000000000?d=mm&s=' + sizeAvatar;
var urlMyProfile = ''; // set if you have no profile gadget on page
var urlMyAvatar = ''; // can be empty (then it is fetched) or url to image
// config end
// for old IEs & IE modes:
if(!Array.indexOf) {
Array.prototype.indexOf=function(obj) {
for(var i=0;i<this.length;i++) if(this[i]==obj) return i;
return -1;
}}
function replaceTopCmtVars(text, item, position)
{
if(!item || !item.author) return text;
var author = item.author;
var authorUri = "";
if(author.uri && author.uri.$t != "")
authorUri = author.uri.$t;
var avaimg = urlAnoAvatar;
var bloggerprofile = "http://www.blogger.com/profile/";
if(author.gd$image && author.gd$image.src && authorUri.substr(0,bloggerprofile.length) == bloggerprofile)
avaimg = author.gd$image.src;
else {
var parseurl = document.createElement('a');
if(authorUri != "") {
parseurl.href = authorUri;
avaimg = 'http://www.google.com/s2/favicons?domain=' + parseurl.hostname;
}
}
if(urlMyProfile != "" && authorUri == urlMyProfile && urlMyAvatar != "")
avaimg = urlMyAvatar;
if(avaimg == "http://img2.blogblog.com/img/b16-rounded.gif" && urlNoAvatar != "")
avaimg = urlNoAvatar;
var newsize="s"+sizeAvatar;
avaimg = avaimg.replace(/\/s\d\d+-c\//, "/"+newsize+"-c/");
if(cropAvatar) newsize+="-c";
avaimg = avaimg.replace(/\/s\d\d+(-c){0,1}\//, "/"+newsize+"/");
var authorName = author.name.$t;
if(authorName == 'Anonymous' && txtAnonymous != '' && avaimg == urlAnoAvatar)
authorName = txtAnonymous;
var imgcode = '<img class="top-commenter-avatar" height="'+sizeAvatar+'" width="'+sizeAvatar+'" title="'+authorName+'" src="'+avaimg+'" />';
if(authorUri!="") imgcode = '<a href="'+authorUri+'">'+imgcode+'</a>';
if(maxUserNameLength > 3 && authorName.length > maxUserNameLength)
authorName = authorName.substr(0, maxUserNameLength-3) + "...";
var authorcode = authorName;
if(authorUri!="") authorcode = '<a class="profile-name-link" href="'+authorUri+'">'+authorcode+'</a>';
text = text.replace('[user]', authorcode);
text = text.replace('[image]', imgcode);
text = text.replace('[#]', position);
text = text.replace('[count]', item.count);
return text;
}
var topcommenters = {};
var ndxbase = 1;
function showTopCommenters(json) {
var one_day=1000*60*60*24;
var today = new Date();
if(urlMyProfile == "") {
var elements = document.getElementsByTagName("*");
var expr = /(^| )profile-link( |$)/;
for(var i=0 ; i<elements.length ; i++)
if(expr.test(elements[i].className)) {
urlMyProfile = elements[i].href;
break;
}
}
for(var i = 0 ; i < json.feed.entry.length ; i++ ) {
var entry = json.feed.entry[i];
if(numDays > 0) {
var datePart = entry.published.$t.match(/\d+/g); // assume ISO 8601
var cmtDate = new Date(datePart[0],datePart[1]-1,datePart[2],datePart[3],datePart[4],datePart[5]);
//Calculate difference btw the two dates, and convert to days
var days = Math.ceil((today.getTime()-cmtDate.getTime())/(one_day));
if(days > numDays) break;
}
var authorUri = "";
if(entry.author[0].uri && entry.author[0].uri.$t != "")
authorUri = entry.author[0].uri.$t;
if(excludeMe && authorUri != "" && authorUri == urlMyProfile)
continue;
var authorName = entry.author[0].name.$t;
if(excludeUsers.indexOf(authorName) != -1)
continue;
var hash=entry.author[0].name.$t + "-" + authorUri;
if(topcommenters[hash])
topcommenters[hash].count++;
else {
var commenter = new Object();
commenter.author = entry.author[0];
commenter.count = 1;
topcommenters[hash] = commenter;
}
}
if(json.feed.entry.length == 200) {
ndxbase += 200;
document.write('<script type="text/javascript" src="http://'+window.location.hostname+'/feeds/comments/default?redirect=false&max-results=200&start-index='+ndxbase+'&alt=json-in-script&callback=showTopCommenters"></'+'script>');
return;
}
// convert object to array of tuples
var tuplear = [];
for(var key in topcommenters) tuplear.push([key, topcommenters[key]]);
tuplear.sort(function(a, b) {
if(b[1].count-a[1].count)
return b[1].count-a[1].count;
return (a[1].author.name.$t.toLowerCase() < b[1].author.name.$t.toLowerCase()) ? -1 : 1;
});
// list top topcommenters:
var realcount = 0;
for(var i = 0; i < maxTopCommenters && i < tuplear.length ; i++) {
var item = tuplear[i][1];
if(item.count < minComments)
break;
document.write('<di'+'v class="top-commenter-line">');
document.write(replaceTopCmtVars(txtTopLine, item, realcount+1));
document.write('</d'+'iv>');
realcount++;
}
if(!realcount)
document.write(txtNoTopCommenters);

document.write('<script type="text/javascript" src="http://'+window.location.hostname+'/feeds/comments/default?redirect=false&max-results=200&alt=json-in-script&callback=showTopCommenters"></'+'script>');
</script>
</div>


Keterangan :
kode yang berwarna Merah adalah jumlah top komen yang ingin di tampilkan, anda boleh mengubahnya sesuka hati.. :)
nanti hasilnya akan seperti ini gambar di bawah ini,,

gambar diatas ialah top komen blog amir.. 

Get This

Friday, June 28, 2013

Siap !!! Header Baru Blog ahmad-amiruddin.com ☺

Bismillah
Assalamualaikum & Salam Kebahagiaan. Semoga Allah memberkati kita semua. InsyaAllah ☺
Setelah seminggu sudah amir design header baru blog amir, Alhamdulillah baru siap, tetapi warna belum diletakkan lagi..
 ☺


Get This

Akhirnya Syiah yang gantung Saddam Mati Jugak..

Bismillah
Assalamualaikum ☺

IRAQ 28 Jun - Salah seorang petugas lelaki yang terlibat menjalankan hukuman gantung ke atas bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein ditemui mati dibunuh.

Menurut sumber kenyataan Parti Baath, mangsa, Mohammed Nassif al-Maliki pernah muncul dalam video rakaman hukuman gantung berkenaan.
Setakat ini, Kerajaan Iraq tidak membuat sebarang kenyataan mengesahkan kematian tersebut.
Sebelum pencerobohan Amerika Syarikat di Iraq lalu, Mohammed bekerja menjual sayur-sayuran di wilayah Karbala.

Mangsa yang pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki itu telah dianugerahkan pangkat Kapten susulan penglibatannya melaksanakan hukuman gantung itu.


Get This

Tanda-tanda Kiamat Muncul DiMasjidil Haram

"Belum akan datang kiamat sehingga manusia berlumba-lumba dengan bangunan-bangunan yang megah." (HR. Bukhari) Akhukum fillah, tentunya Masjidil Haram tidak asing buat kita. Di sanalah lembah tamadun Islam bersinar ke seluruh bumi Allah ini. Lembah terjaga yang Insya Allah akan selamat keselamatan hingga akhir zaman.

Di sana ada Baitullah yang menjadi kiblat umat Islam sejagat, ke arah lembah inilah setiap saat wajah wajah mukminin mukminat terarah, menghadapkan wajahnya kepada simbol rumah Allah, Baitullah. Namun ikhwahfillah, ada yang berbeza, di Masjidil Haram ketika Ini. Mungkin kebanyakan orang biasa biasa saja melihat banyak perubahan di sekitar Masjidil Haram. Mungkin juga mereka tersenyum terkagum kagum melihat bangunan-bangunan mewah yang berdiri Kukuh di samping Masjidil Haram pada hari ini. ☺




Bangunan kelihatan belum sempurna, dipuncak sana terlihat sebuah jam besar yang baru separuh selesai☺




                            Abraj Al Bait - The Royal Clock Tower Makkah Abraj Al Bait -





                 The Royal clock Tower Makkah dan Salah satu Tower "Gerbang" Masjidil Haram




Pandangan hadapan Masjidil Haram dan Abraj Al Bait Menurut beberapa sumber, bangunan yang dibina di laman Masjidil Haram dikenali dengan "Makkah Royal Clock Hotel Tower" yang direka berketinggian lebih dari 601 meter




Ketinggiannya Hanya berbeza 200 meter dari BANGUNAN TERTINGGI DUNIA ketika ini, iaitu Al Burj Khalifa Dubai ! (lihat gambar di bawah)




Burj Khalifa, merupakan bangunan tertinggi di dunia (828 meter) yang telah dirasmikan Januari 2010 lalu, bangunan ini memecahkan rekod bangunan tertinggi sebelumnya iaitu CN Tower dengan ketinggian 553 meter. !




Perhatikan bangunan yang dibina di Pinggir Al Haram ini lebarnya luar biasa. Bandingkan saja dengan bangunan lain, Albraj Albait atau The Royal Clock Tower Makkah ini mempunyai luas 1,500,000 (1 juta) meter persegi. boleh dibayangkan berapa banyak bangunan di sana yang diusir dan berapa tanah bukit sebelah Masjid Al Haram yang digondol.  Melihat bumi Allah di rosak dengan mesin-mesin raksasa itu. Debu debu berterbangan di sekitar Masjid Haram. Masya Allah.




(Poster Rancangan Perombakan Masjidil Haram) Cuba Perhatikan, di antara tower tower yang dirancang itu ada beberapa yang sudah jadi, di antaranya; InterContinental dan The Royal Clock Tower yang kita bahas di atas, Jika kita amati di atas ada dua tower Raksasa yang disambungkan Mirip Twin Tower Petronas di malaysia.itu adalah pintu masuk kompleks Masjid ini nanti.

Boleh kamu lihat tidak ada tanda-tanda Bukit di sana kan? Padahal Jalan yang melalui dua tower itu sebelumnya membelah dua Bukit. Tanda Apakah Ini? Padahal itu Tanah Haram.Menakutkan.Adakah manusia mula berani merosakkan tanah Haram ini? Atau peminpin negeri negeri Islam ini juga ikut serta dalam maraknya perlumbaan pembangunan bangunan-bangunan pencakar langit dengan negara-negara kaya yang lain? Cuba perhatikan nota perlumbaan bangunan-bangunan pencakar langit di dunia yang hampir setiap tahun saling mengalahkan, di Grafik Ini:




Perhatikan Bangunan Tertinggi di atas, itu adalah MILES TOWER Bangunan yang akan dapat mengalahkan Al Burj Dubai. Arab Saudi dengan kekayaanya merancang membina bangunan ini di Jeddah. Lagi, Ini merupakan bangunan tertingi di Di Dunia dengan ketinggian Tertinggi 1600 Meter! (1.5 Kilometer Menjulang ke langit) Ini Tidak Mengejutkan? Setelah saya terus siasat ternyata MILES TOWER ini pun sudah ada pesaingnya yang membina bangunan dengan Ketinggian 3.200 Meter atau 3 Kilometer Menjulang Ke Angkasa)




The Ultima Tower! Bangunan yang membentuk bandar pencakar langit yang direka Architecture America-Eugene Tsui 1991 - ini disasarkan akan menelan kos $ 150,000,000,000 .- (150 million Dollar Amerika). Saya tersentak beberapa kali, ketika kemudian membaca kembali Hadith yang diriwayatkan Umar Radiyallahu Anhu yang menceritakan ketika Nabiyullah Muhammad salallahualaihi Wassalam, didatangi malaikat Jibril Alaihissalam di depan Umar dan Para sahabat.

   Saat itu Allah SWT menguji Rasulillah saw. dengan beberapa soalan yang disampaikan malaikat Jibril yang menjelma sebagai manusia: Pada suatu hari kami (Umar Ra dan para sahabat Ra) duduk-duduk bersama Rasulullah saw. Lalu muncul di hadapan kami seorang yang berpakaian putih. Rambutnya hitam sekali dan tidak nampak tanda-tanda perjalanan.

        Tidak seorang pun daripada kami yang mengenalinya. Dia terus duduk menghadap Rasulullah saw. Kedua-dua kakinya menghempit kedua-dua kaki Rasulullah, dari kedua-dua telapak tangannya diletakkan di atas paha Rasulullah saw, seraya berkata, "Ya Muhammad, beritahu aku tentang Islam." Lalu Rasulullah saw menjawab, "Islam ialah bersyahadat bahawa tidak ada tuhan kecuali Allah dan Muhammad Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan, dan mengerjakan haji apabila mampu." Kemudian dia bertanya lagi, "Kini beritahu aku tentang iman." Rasulullah saw menjawab, "Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhir dan beriman kepada Qodar baik dan buruknya. " Orang itu lantas berkata, "Benar. Kini beritahu aku tentang ihsan." Rasulullah berkata, "Beribadah kepada Allah seolah-olah anda melihat-Nya walaupun anda tidak melihat-Nya, kerana sesungguhnya Allah melihat anda. Dia bertanya lagi," Beritahu aku tentang Assa'ah (azab kiamat). "Rasulullah menjawab," Yang ditanya tidak lebih tahu daripada yang bertanya. " Kemudian dia bertanya lagi, "Beritahu aku tentang tanda-tandanya." Rasulullah menjawab,

      "Seorang budak wanita melahirkan nyonya besarnya. Orang-orang tanpa sandal, setengah telanjang, melarat dan penggembala unta masing-masing berlumba membina bangunan-bangunan bertingkat. "Kemudian orang itu pergi menghilang dari pandangan mata. Lalu Rasulullah saw bertanya kepada Umar," Wahai Umar, tahukah kamu siapa orang yang bertanya tadi? "Lalu aku (Umar) menjawab," Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. "Rasulullah saw lantas berkata," Itulah Jibril datang untuk mengajar agama kepada kamu. "(HR. Muslim)


"BERLUMBA LUMBA MEMBANGUN BANGUNAN BERTINGKAT"
itulah salah satu tanda-tanda kiamat yang dikatakan Rasulillah Muhammad Salallahu alaihi wassalam dalam Hadis tersebut


(Gambar diambil dari Royal Clock Tower) Masya Allah, hingga, saya benar-benar merasa sedih ketika, mendaki Jabal Nur keesokan harinya.Gedung ini memang tidak main-main, begitu besar dan megah! Hingga kemegahannya seakan ingin Mengubur Masjidil Haram.




Lihat lebih dekat lagi (gambar di Bawah), Masjidil Haram hanya terlihat tower-tower kecil di bawah Gedung Royal Clock Tower itu.




Sekarang mari kita pulang lagi ke Masjidil Haram, kita lht bangunan ini dari Masjidil Haram.




saya turun gambar ini dari Lantai 2 Masjidil Haram. Lihat bangunan raksasa hijau sebelah kiri. inilah yang akan terlihat beberapa bulan ke depan selepas bangunan ini selesa ..!!




Jam raksasa yang ketika tulisan ini dibuat itu sudah selesai dibina (berukuran lebih kurang 40 meter) dipaparkan ke seluruh dunia oleh chanel TV MBC setiap kali azan tiba secara live dari Masjidil Haram. Satu lagi Akhifillah, tentunya saya sangat tidak berhak untuk mengutuk Raja Arab Saudi yang membenarkan pembangunan pangsapuri dan hotel mewah betul-betul di laman Masjidil Haram itu, mungkin Beliau tengah merancang sesuatu. Misalnya saja untuk mengantisifasi jemaah Haji yang jumlahnya Jutaan yang mengalir ke Masjidil Haram untuk Hajj.Tapi mari kita berfikir,




InterContinental Dar Et Tawhid, Depan Masjidil Haram di halaman depan GERBANG UTAMA (Pintu Masuk No. 72) Masjidil haram berdiri sebuah Hotel Mewah bernama "InterContinental Dar et Tawhid Makkah "sebuah hotel 5 bintang yang berlogo IHG (InterContinental Hotel Group), sebuah Rantai Hotel milik Amerika.


Sangat Menghairankan? Tidak kah mereka mendengar firman Allah dalam Al-Quran bahawa Tanah haram ini adalah untuk semua manusia di bumi, bukan untuk perniagaan ? "Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalang manusia di jalan Allah dan Masjidil Haram yang telah Kami jadikan untuk semua manusia, baik yang tinggal di situ atau di padang pasir dan siapa yang bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zalim, nescaya akan Kami rasakan kepadanya sebahagian dari azab yang pedih. "(Al-Hajj [22]: 25)

sumber:
sumber asal dalam bahasa indonesia telah diubah suai dalam bahasa melayu
Get This

Thursday, June 27, 2013

Tip Meraih Cinta Allah

Bismillah

Assalamualaikum dan Salam Kebahagiaan kepada pembaca sekalian ☺
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah siap juga design faster yang tak berapa cantik oleh amir sendiri.. hehe. Tak apa tak cantik dan menarik asalkan kata-kata yang penuh nasihat insyaAllah.
"Jom Kawan-kawan, kita sama-sama lihat panduan ini dan ikut beberapa tip berikut untuk meraih cinta Allah SWT:"

Tip Meraih 
CINTA ALLAH

1. Baca al-Quran dan faham maknanya.

2. Lakukan segala ibadah wajib dan sunat untukmendekatkan diri dengan Allah SWT.

3. Basahi lidah dengan zikir kepada Allah sebagai tanda kita sentiasa ingatkan-Nya

4. Melihat kebesaran yang diciptakan oleh Allah dan kenali sifat-Nya

5. merenung nikmat dan kurniaan Allah yang diberikan kepada kita. Contohnyanikmat siang dan malam yang membolehkan kita belajar dan berehat.

6. Bangun pada waktu 1/3 malam untuk melakukan qiamulail, beristighfar dan bertaubat kepada-Nya.

7. Bersahabat dengan orang yang baik-baik dan sentiasa mengajak ke arah kebaikan.

8. Rajin untuk hadirkan diri ke kelas-kelas pangajian ilmu seperti ceramah agama.

kesimpulannya: semoga kita bersama-sama istiqamah dalam melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan semua laranganNya dengan hati yang tulus ikhlas.
Firman Allah SWT:
'' Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahnya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." 
(al-munafiqun 63:9)

Get This

Tuesday, June 25, 2013

SYARAT SAH SOLAT


SYARAT WAJIB SEMBAHYANG
2. BALIGH
1. ISLAM
3.BERAKAL







SYARAT SAH SOLAT
1.       Mengetahui telah masuknya waktu solat.
*      Jika ada yang bersembahyang tanpa meyakini masuknya waktu maka sembahyang itu tidak sah sekalipun tepat pada waktunya.
2.       Menghadap kiblat.
*      Dimaksudkan dengannya ialah dada, jika muka atau kepala berpaling semasa sembahyang tidaklah membatalkan solat Cuma makruh. Sebaliknya jika digerakkan 3 kali berturut-turut maka batallah solat itu.
3.       Menutup aurat.
*      Aurat lelaki dari pusat ke lutut
*      Aurat perempuan seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan.
4.       Suci dari najis
*      Baik pada pakaian, anggota badan dan tempat sembahyang
5.       Suci dari hadas
*      Mengambil wuduk
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
Maksud batal ialah sembahyang yang dikerjakan itu dikira terputus dan ia wajib mengulangi semula sembahyangnya semula.
1.       Berkata-kata dengan sengaja selain hafaz al-quran.
2.       Melakukan lebih dari 3 pergerakan yang diluar dari gerakkan solat dengan sengaja.
3.       Keluar hadas sama ada hadas kecil atau hadas besar
4.       Terdapat najis yang tidak boleh dimaafkan seperti pada pakaian, badan atau tempat solat.
5.       Terbuka aurat walaupun dengan tidak sengaja seperti ditiup angin tetapi jika ditutup dengan serta merta tidaklah batal sembahyangnnya.
6.       Mengubah niat seperti ia sedang solat insyak kemudian ditukar niatnya kepada solat sunat.
7.       Membelangkang kiblat dengan dada.
8.       Makan walaupun dengan sebiji nasi yang melekat dicelah gigi.
9.       Minum seperti menelan air liur yang masih terasa manis atau sebagainya
10.   Ketawa atau menangis sehingga keluar suara
11.   Murtad iaitu terkeluar dari agama islam.




--> Get This

Sunday, June 23, 2013

Awas! Blogger yang Berpotensi Masuk Ke Neraka Jahanam

Menulis tentang aib seseorang, khususnya artis, memang mudah untuk menjadikan blog kita sebagai blog yang popular dalam masa yang singkat.

Menulis tentang tuduhan sana dan sini, tanpa menyertakan bukti-bukti yang sahih, dengan tujuan untuk menjatuhkan seseorang, memang mudah. Malah blog kita juga akan mencapai nilai populariti dalam jangka masa yang singkat.

Tidak lupa juga, blog-blog seperti ini sering diberitahu akan mudahnya untuk menjana trafik dan wang yang banyak, tanpa perlu berusaha keras seperti blog-blog niche lain. Kerana tugas kita adalah mencetuskan kontroversi, dengan mencari kesilapan dan membongkarkan aib-aib manusia lain.

Di Sebalik Populariti dan Wang – Kesannya Membunuh Kita Di Akhirat Kelak

Tetapi di sebalik populariti dan wang itu, kita terlepas pandang pada hukum asal, khususnya bagi individu yang beragama Islam.

Mari kita sama-sama hayati sabda Nabi Muhammad S.A.W:

“Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat, tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat.” – (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Fikir Sejenak – Dari Mana Sumber Wang yang Kita Peroleh?



Benar, membina blog-blog yang menceritakan aib orang lain berpotensi besar untuk menjana pendapatan lumayan. Tetapi mari kita fikirkan sejenak, apakah sumber yang diperoleh ini datangnya daripada sumber yang halal lagi baik?

Tepuk dada, tanya hati, muhasabah diri.



Entri ini bukan tujuan untuk mengajar, tetapi untuk berkongsi sesuatu yang sering terlepas pandang oleh kita semua. Bagi yang memiliki blog seperti ini, dan ingin berubah ke jalan yang lebih baik, caranya adalah dengan…

Berusaha Untuk Berhenti, Bertaubat dan Mencari Rezeki Lain

Rezeki yang Tuhan berikan kepada hambaNya terlalu luas. Sehinggakan kita sendiri tidak mampu untuk menghabiskannya, walaupun diberi masa untuk hidup beribu tahun lamanya. Justeru itu, mengapa memilih rezeki yang tidak diberkati olehNya?

Usaha yang kita boleh lakukan ketika ini adalah berusaha untuk memberhentikan operasi blog, bertaubat pada Tuhan, kemudian beralih untuk mencari sumber rezeki yang lebih baik. Jangan kerana terlalu mengejarkan populariti dan wang, kita lupa pada hukum-hukum agama.

Mudah-mudahan entri ini sedikit sebanyak dapat membantu kita memperoleh rezeki yang halal menerusi aktiviti blogging. Mudah-mudahan kita menjadi penulis blog yang disayang Tuhan, dan dipilih untuk duduk di dalam syurgaNya. Amin.


kredit gambar: Momoc HDR
sumber: http://studioaksara.com
Get This

Saturday, June 22, 2013

GIVEAWAY:Jom Menang Hadiah By AdamFaiz



1x long Neclace 2x Fridge Magnet 2x Tudung Bawal 3x Souvanirs From Sabah3x keychain 3x Handkerchief 1x sarung Tisu

Get This

Zikir Memang Tenang Sekiranya Kita Hayati ☺

Bismillah
Asslamualaikum Dan Salam Kebahagiaan, semoga Allah mengampuni dosa kita semua. InsyaAllah ameen. Alhamdulillah Dengan Berkat Kesihatan dan keizinan daripada Allah, amir dapat juga menulis entry ini.☺

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati kita? 

Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata, “ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

Marilah kita sama-sama berzikir untuk memenuhi masa lapang kita. InsyaAllah



Jom download Zikir Allahurabbi by Halim Ahmad dalam dropbox Amir Ok☺
Tekan Button Hijau Kat Bawah
Size= 3.16 MB
Duration= 3:27 Minit 



Get This

Friday, June 21, 2013

VIDEO PENDEDAHAN MARKAS SYIAH DI KLANG!


Sebuah rakaman klip video yang berdurasi 5 minit dipercayai pengikut fahaman Syiah dikatakan bergerak aktif mengamalkan ajaran mereka di sebuah markas di Klang mula tersebar di internet.

Difahamkan motif penyebaran video tersebut dilaman sosial Facebook dan di Youtube adalah sebagai pendedahan bersifat umum yang memohon tindakan selanjutnya dari pihak berwajib tentang aktiviti penyebaran Syiah secara diam di Malaysia yang dikatakan semakin berkembang.

Dalam rakaman video itu dipercayai semasa pelancaran markas Syiah melayu di Klang, memaparkan cara kumpulan tersebut melaungkan iqamah, mengangkat takbir, cara bersalam dan selawat yang nyata berbeza dengan kebiasaan dilakukan pengikut mazhab Ahli Sunnah 

Wal Jamaah.


Tonton video di bawah …….


sumber : ohimages
Get This

Hijrah Ke Arah Hidup Yang Lebih Berkualiti Sebelum Dan Sesudah Ramadhan ☺

Kepada Muslimin Dan Muslimat Yang Sedang Lawat Blog Amir
Assalamualaikum dan Salam Kebahagiaan Amir ucapkan☺

Sekarang tinggal hanya 15 hari lagi ramadhan bakal menjelma. Kita akan melangkah setapak lagi ke Ramadhan 1434 hijrah atau tahun masihinya 2013.Terasa cepat masa berlalu baru sahaja kita beraya dah nak masuk ramadhan pula. Ingatlah, masa yang berlalu itu tidak akan kembali lagi. Gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya agar hari-hari akan mendatang yang kita tempuhi dengan perkara-perkara bermanfaat dan diredhai oleh Allah SWT.



Bagaimana kita menghabiskan masa seharian dalam kehidupan kita? Amir harap kita semua memanfaatkan setiap masa yang ada itu dengan mengulangkaji pelajaran, membantu mak ayah, berbuat baik sesama rakan, beriadah, atau melakukan aktiviti lain yang menyihatkan fizikal dan mental.

Bagi yang masih mengamalkan cara hidup lama seperti suka melepak, merempit, membuli, malas, dan seumpamanya, Amir harap berhijrahlah, berubahlah ke arah yang hidup lebih sihat dan lebih berkualiti. Hijrah disini bermaksud berubah melakukan perkara negatif. Jom kita buang tabiat buruk yang ada dalam diri dan gantikan ia dengan amalan dan budi perketi yang mulia. Sekiranya kita berjaya mengubah kehidupan kita bermakna kita telah berjaya menjalani suatu hidup berkualiti.

Amirrr !! kamu Dah mimpi ker? Sekarang ni bukan tahun baru!!!

Ya, amir tahu tahu sekarang bukan tahun baru, tetapi bulan inilah amat sesuai kita berubah diri kita untuk menghadapi bulan ramadhan yang tak lama lagi. Pada bulan inilah kita beribadat semaksimum mungkin. Apabila tamat bulan ramadhan InsyaAllah, Allah akan ampunkan semua dosa yang telah lalu. Dan disitulah kehidupan baru kita bermula semula, kerana semua dosa sudah dihapus.

Tahukah kita ?Kesan daripada mengabaikan kehidupan berkualiti secara tidak langsung akan menjatuhkan imej agama dan umat islam. Masyarakat juga akanmenjadi kucar kacir kerana dibelenggu kemiskinan dan keruntuahn moral.

Ayuh berhijrahlah! Berubahlah! Tetapkan matlamat hidup kita. Kuatkan iman mendalami segala ilmu kebaikan, insyaAllah kehidupan kita lebih selesa, lebih bahagia dan lebih berkualiti dan yang paling penting imej islam akan naik. Semua ini akan berkat dengan niat ikhlas kerana Allah swt. InsyaAllah.

Ok. Setakat ini sahaja entry amir kali ini. Apa yang baik itu daripada Allah, yang buruk dan lemah itu daripada diri amir. Ilmu amir sangat cetek, setiap kali lihat orang yang berilmu perasaan cemburu menyelubungi dalam diri ini. Harap kalau ada salah silap tolong perbetulkan amir ok. Komen kat bawah @ contact amir pada sidebar kanan.


Get This

Thursday, June 20, 2013

Gempar:Pulau Pinang Di Landa Tsunami Sekali Lagi ??



Masih lagi bercerita tentang negeri Pulau Pinang. Belum reda lagi isu Jambatan Kedua Pulau Pinang yang runtuh baru-baru ini, Padang Kota dipercayai dilanda ombak laut setinggi hampir 3.5 meter! Ombak tersebut seolah-olah seperti satu penangan ombak Tsunami. Moga dijauhkan dari segala malapetaka dan bencana. Kami difahamkan, ombak berkenaan menjulang tinggi sehingga menghempas kawasan darat menyebabkan beberapa kenderaan hampir tenggelam. Ia sama seperti kejadian di negeri Jepun suatu ketika dahulu. Boleh lihat gambar di bawah ini.


Pulau Pinang dilanda ombak kuat setinggi 3.5 meter – Ombak kuat sehingga mencapai ketinggian 3.5 meter melanda kawasan Padang Kota Lama sehingga air laut melimpah ke ruang pejalan kaki dan membasahi bahagian tempat letak kereta di bahu jalan hari ini.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Muhammad Helmi Abdullah berkata keadaan ombak dipengaruhi angin kuat yang bertiup dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam serta peralihan angin monsun Barat Daya yang diramal berterusan sehingga 15 Jun ini.


“Keadaan laut agak bergelora pada ketika ini. Walaupun masih pada kategori pertama, nelayan dinasihati supaya tidak turun ke laut sehingga keadaan reda,”katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
“Kami tidak berani pergi jauh untuk menangkap ikan kerana takut angin kuat dan ombak tiba-tiba mai (datang). Keadaan cuaca juga tidak menentu dan hujan lebat sudah beberapa hari turun di kawasan ini,” katanya.
Bagaimanapun bagi seorang pemancing di Padang Kota Lama, Tan Ah Wah, 32, kedatangan ombak besar itu membawa rezeki kepadanya kerana ikan lebih mudah diperoleh akibat dihanyut arus kuat.


Get This

Wednesday, June 19, 2013

Kepentingan Ilmu Dalam Islam Dan Kehidupan ☺

Bismillah

Assalamulaikum dan Salam Kebahagiaan

kepentingan ilmu
Hari ini amir ingin menulis entry tentang Kepentingan Ilmu Dalam Kehidupan ☺
Ilmu amatlah penting dalam kehidupan sehari-harian kita. Ilmu amat penting kepada manusia untuk memperbaiki kehidupan mereka. Ilmu boleh diumpamakan pelita yang menerangi kegelapan hidup manusia. Ilmu juga membezakan kita(manusia) dengan haiwan. Kita haruslah sedar bahawa ilmu itu adalah sumber segala yang kita ada sekarang. Ilmu yang menerangi kehidupan kita seharusnya menjadi petunjuk jalan kepada kita untuk memperolehi kehidupan yang bahagia. Ilmu dan kemahiran yang ada pada seseorang itu juga memberikan manfaat jika disebarkan kepada orang lain.

Contohnya, ilmu matematik yang diajarkan kepada murid-murid dapat digunakan dalam kehidupan sehari-hari.
Semua orang tahu bahawa ilmu sangat penting tetapi masih ada negara yang membangun mempunyai kadar buta huruf yang tinggi di kalangan penduduknya. Negara ini juga akan ketinggalan jauh jika dibandingkan dengan negara maju. Mereka tidak dapat membendung atau menyelesaikan masalah buta huruf kerana daya kesedaran masyarakat kepentingan mencari ilmu amatlah kurang dan lemah. Hal demikian kerana kemiskinan yang melanda negara mereka.

Menuntut ilmu wajib dalam islam
Dalam islam menuntut ilmu adalah diwajibkan keatas setiap orang muslim. Seseorang muslim dapat memelihara akalnya dengan ilmu dan mempergunakan akalnya untuk mendapat petunjuk serta ni’mat Allah Swt. Oleh itu, di sisi Islam, menuntut ilmu adalah amalan fardhu dan mulia bagi setiap muslim dan muslimah. Hal ini selaras dengan sabda jujungan saw

Sabda Rasulullah saw
“Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim “(Hadis riwayat Ibnu Majah).
Selain itu menuntut ilmu bukan sahaja menuntut ilmu tetapi dalam islam sesiapa menuntut ilmu akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah swt sebagaimana sabda jujungan saw
“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”
[Riwayat Muslim dalam Shahihnya (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi), hadis no: 2699].

Jikalau kita lihat dalam hadis-hadis diatas islam memang dan amat menitik berat dalam menuntut ilmu dengan berilmu inilah agama islam akan kekal didunia ini dan ekonomi islam akan berkuasa.

Zaman Kegemilangan islam
Amir ingin meninjau sejarah islam kerajaan andalusia yang berpusat di sepanyol ketika dahulu .Di negeri inilah lahir tokoh-tokoh muslim ternama yang menguasai berbagai ilmu pengetahuan, seperti Ilmu Agama Islam, Kedokteran, Filsafat, Ilmu Hayat, Ilmu Hisab, Ilmu Hukum, Sastra, Ilmu Alam, Astronomi, dan lain sebagainya. Oleh karena itu dengan segala kemajuan dalam berbagai ilmu pengetahuan, kebudayaan serta aspek-aspek ke-islaman, Andalusia kala itu boleh dikatakan sebagai pusat kebudayaan Islam dan Ilmu Pengetahuan yang tiada tandingannya setelah Konstantinopel dan Bagdad. Maka tak heran waktu itu pula bangsa-bangsa Eropa lainnya mulai berdatangan ke negeri Andalusia ini untuk mempelajari berbagai Ilmu pengetahuan dari orang-orang Muslim Spanyol, dengan mempelejari buku-buku buah karya cendekiawan Andalusia baik secara sembunyi-sembunyi ataupun terang-terangan.
Berkat kedatangan Islam di Andalusia hampir delapan abad lamanya kaum Muslim mengusasi kota-kota penting seperti Toledo, Saragosa, Cordoba, Valencia, Malaga, Seville, Granada dan lain sebagainya, mereka membawa panji-panji ke-Islaman, baik dari segi Ilmu pengetahuan, Kebudayaan, maupun segi Arsitektur bangunan.Pada ketika itu negara-negara di eropah menghadapi zaman kegelapan, dengan kurangnya ilmu pada ketika itu.

Jom kita sama-sama menghayati video dibawah ☺



hari ini mereka telah menguasai semula negara-negara yang islam telah tawan ketika kegemilangan islam ketika dahulu. ☺

Kesimpulan: Oleh itu marilah kita semua bangkit dan berlumba-lumba untuk mendapatkan ilmu. Walaupun kita sudah tamat pengajian tapi mencari ilmu jangan kita berhenti begitu sahaja terutamanya mendalami ilmu agama dan juga ilmu ekonomi.Apa yang penting ialah tanggungjawab kita ialah menuntut ilmu sehabis-habisnya. Amir yakin suatu hari islam pasti akan bangkit dan menguasai semula dunia. InsyaAllah. 
Abu Daud dan Tabrani dari Abdullah bin Mas'ud dari pada Nabi SAW sabdanya "Kalau tidak tinggal dari umur dunia kecuali sehari, nescaya Allah panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki (Al Mahdi) dari keluargaku sama namanya dengan namaku dan nama ayahnya dengan ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan kezaliman ".

Bagaimana pun kerosakan di dunia, Tuhan telah berjanji melalui Rasulullah SAW, Islam pasti akan kembali bangkit untuk kedua kalinya.

Di hadis lain disebutkan bahawa:


Dan telah mengeluarkan Ibni Abi Syaibah dan Nu'aim bin Hammad dalam Al Fitan dan Ibnu Majah dan Abu Nu'aim dari Ibnu Mas'ud, katanya: "Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat akan mereka, maka kedua mata Rasulullah berlinang air mata dan wajah beliau berubah. Akupun bertanya: "Mengapakah kami melihat pada wajahmu, sesuatu yang kami tidak sukai?". Beliau menjawab: "Kami Ahlul bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia, kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran sepeninggalanku kelak, sampai datangnya suatu kaum dari sebelah Timur yang membawa bersama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan, tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu, tetepi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka walalupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dialah Al Mahdi. "
p/s: harap maaf atas salah dan silap diatas penulisan ini dan agak memeningkan. Amir tak pandai dalam bidang penulisan. hehe ☺Dah 2 hari amir menaip berkenaan tajuk ini disebabkan kesuntukan masa. Alhamdulillah hari ini baru siap ☺
Get This

Sunday, June 16, 2013

Cerita Syiah Gemar Mencuri Kasut Ahlul Sunnah.


Raja Iran telah memanggil kesemua Ulama' Sunnah dan Syiah, bertujuan untuk mengetahui perbezaan diantara mereka.

Kesemua Ulama' Syiah menghadirkan diri, tetapi seorang Ulama' Sunnah tiba sedikit lewat bebanding Ulama' Sunnah yang lain2.

Ulama' Sunnah tersebut berjalan sambil mengepitkan kasutnya di celah lengannya.

Ulama' Syiah memandang kehairanan sambil berkata, "Kenapa kamu mengepitkan kasut kamu begitu?"

Ulama' Sunnah itu menjawab,"Saya terdengar bahawa semasa zaman Rasulullah s.a.w, Syiah gemar mencuri kasut!"

Ulama' Syiah menjawab, "Mana ada Syiah semasa zaman Rasulullah s.a.w."

Ulama' Sunnah seraya berkata,"Jadi perdebatan kita telah tamat. Kesimpulannya, dari mana datangnya agama kamu?

Ringkas namun jelas penerangan yang diberi oleh Allaahyarhm Syeikh Ahmed Deedat mengenai Syiah.

Pray For Syria.
Get This
Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab