Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Thursday, August 1, 2013

8 Cara Eratkan Kasih Sayang

Asslamualaikum Salam kebahagiaan semua ^_^

Agama islam telah meletakkan dasar-dasar praktik dan cara yang positif dalam usaha memperkukuhkan ikatan cinta dan kasih saying. Jika peraturan-peraturan ini depegang teguh oleh umat islam, maka persaudaraan (ukhwah) akan semakin kukuh. Sehubungan dengan itu amir disini nak berkongsi sedikit dengan korang semua beberapa panduan dan tips-tip untuk mengekalkan ukhwah dan persaudaraan menurut islam.

1. Beritahu Saudara Yang Dicintai
“Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah  memberitahu kepadanya. “ (riwayat abu daud dan tarmizi)

2. Berdoa Untuk Mereka
Menurut riwayat muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda : “ Tidak seorang hamba Mukmin  berdoa untuk saudaranya dari dijauhkan kemungkaran melainkan malaikat berkata, dan bagimu juga seperti itu.”

3. Memberi  Senyuman Ketika bertemu
Seperti yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Janganlah engkau remehkan kebaikan apa saja (yang datang dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan.” (Riwayat Muslim)

4. Berjabat Tangan Apabila Bertemu
Rasulullah SAW menganjurkan umatnya apabila bertemu dengan saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari Barra: “tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan kedua-dua diampuni dosa sebelum berpisah.”

5. Mengunjungi  Saudara
Dalam kitabnya, Al-Muwathtaa, Imam Malik mriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : “pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana aku, di mana kedua-duanya saling berkunjung kerana aku, dan saling memberi kerana Aku.”

6. Menyampaikan Ucapan Selamat
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah Saw bersabda : “sesiapa mengucapakan selamat kepada saudaranya ketika ketika saudaranya mendapat kebahagian nescaya Allah mengembirakan pada Hari kiamat.” (Riwayat Tabrani)

7. Memperhatikan Keperluan Saudara
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda: “sesiapa yang meringankan beban penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaan di akhirat kelak. Siapa yang orang dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusanya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutupi aib seorang muslim pasti Allah akan menutup (aibnya) didunia dan di akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (riwayat muslim)

8. Memberi Hadiah
Imam Dailami meriwayatkan dari Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda : “hendaklah kalian saling memberi hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati.”
Manakala, imam Thabrani mriwayatkan dari Aisyah r.ha. bahawa Rasulullah bersabda: “biasakanlah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan saling mencintai.”

P/s: okey macam mana semua? Jomlah sama-sama kita mempraktikkan dalam kehidupan agar ukhwah yang terjalin adalah betul-betul ikhlas kerana Allah dan patuh pada syariah. InsyaAllah

K.Wassalam Moga bermanfaat :)


Kasih Sayang Itu Satu Tuntutan
Kasih Sayang itu pembelaan
Ia Merapatkan Dan Mengukuhkan
Membuang Segala Jenis Perbezaan
Kasih Sayang Itu Kebajikan
Yang mengundang Keredhaan Allah
Get This

No comments:

Post a Comment

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab