Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Thursday, August 29, 2013

Tuannya "DiKayakan" Oleh Ilmunya

Assalamualaikum dan Salam Kebahagiaan




Bila sebut harta siapa yang tak nak, semua manusia yang hidup di dunia ini memerlukan harta untuk meneruskan kehidupan mereka samada miskin, kaya, malahan mereka yang zuhud sekalipun.

Kebanyakan manusia, acap kali mengidam-idamkan harta yang banyak, tetapi kenapa apabila harta itu bertambah kita ini seolah-oleh bertambah miskin. Kenapa hal ini terjadi?


Ok, sebelum menjawab persolan ini, saya suka ingin memberikan sedikit klu untuk jawapan ini. Apabila harta bertambah, kita seringkali merancang untuk membeli sesuatu dengan keinginan kita, seperti contoh kereta, perabot, pakaian dan lain-lain yang serba baru, semakin banyak harta semakin besar keinginan kita, padahal sebelum ini, kita boleh menjalan kehidupan-kehidupan yang normal seperti biasa. Akhirnya duit bertambah menjadi susut akibat keinginan meningkat.


Mereka dikatakan miskin sebenarnya bukan dikatakan harta @ duit yang sedikit tetapi keinginan mereka yang meningkat.Itulah akibatnya apabila diri ini dikawal oleh nafsu bukannya dikawal oleh iman dan ilmu. Mereka yang benar-benar miskin adalah mereka yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan dan juga ilmu untuk menyara kehidupan.


Inilah sebenarnya hakikat kehidupan, wang dan harta sebenarnya tidak pernah mencukupi selagi nafsu mengawal diri, Tetapi dengan ada ilmunya, bagaimana simiskin boleh menkayakan dirinya dan bagaimana sikaya boleh mengawal hartanya kearah yang lebih baik supaya mereka sentiasa kaya kearah mengabdikan dirinya kepada Allah swt.

Kita seringkali mencari kehidupan dengan kemewahan dunia dengan mencari harta, tetapi ramai yang tidak sedar bahawa usia kita semakin meningkat dan kita sebenarnya semakin dekat untuk menghadapi Allah swt, yang mana itu semestinya memang pasti akan berlaku setiap hidupan. Bagaimana kita akan menghadapi ilahi kelak apabila tiada ilmu? sama-sama fikirkan.

Sebenarnya tidak salah mencari harta untuk kehidupan dunia, apa yang salah mencari harta untuk kemewahan kehidupan dunia yang mana seringkali mereka lupakan akan PenciptaNya iaitu Ar-Razak. Mereka mencari dan menghabiskan harta bukan menggunakan iman dan juga ilmu tetapi mereka menghabiskan harta dengan nafsu. Inilah yang salah sebenarnya. ^_^

Bagaimana Untuk Mencari Harta Untuk Kemewahan Dunia Dan Akhirat.
Mencari kemewahan dunia, seringkali kita kaitkan dengan harta, tetapi disini saya ingin mengaitkan mencari kemewahan dunia dengan mencari ilmu. Ya, saya yakin dengan adanya ilmu kita dapat cari harta , dengan adanya ilmu kita boleh tingkatkan iman, dengan adanya ilmu kita dapat mengawal harta kita kearah yang betul, dengan adanya ilmu kita dapat menggunakan harta kearah mendekatkan diri kepada Allah swt. Dan yang paling penting bagaimana dengan adanya ilmu, kita boleh menggunakan harta kita sehingga ke Alam kubur dan menjadi bekalan diakhirat kelak. 

Disini, saya tidak perlu menjelaskan secara terperinci apa yang saya katakan diatas, saya yakin sahabat boleh memahami apa yang saya katakan. Apa tujuan yang saya ingin menyampaikan disini ialah mencari ilmu itu adalah sangat penting untuk kehidupan manusia. Tiada ilmu kita tidak mampu meneruskan kehidupan. 

Dalam, apa-apa artikal saya, saya suka memberi contoh,kita pergi kenegara atau negeri orang lain tanpa membawa sebarang harta. Bagaimana untuk kita meneruskan kehidpan tanpa ada harta? tetapi dengan ada ilmu walaupun tanpa harta kita mampu meneruskan kehidpan disana. Sebagai contoh kita mempunyai ilmu agama, kita boleh mencari institusi agama untuk mencari kerja sambilan atau membuka kelas agama dan sebagainya.

Contoh yang lain, kita diberikan satu juta, tanpa ilmu kita boleh menghabiskan satu juta dalam masa tiga hari tanpa pulangan hasil. Itulah, ilmu adalah sangat penting dalam kehidupan manusia. Ilmu akan dapat mengkayakan kita, manakala harta pula dapat memiskinkan kita. 

Oleh itu, kita sebagai umat islam, menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap orang islam, sebagaimana sabda Rasulullah saw: Yang diriwayatkan


Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."



Sebenarnya banyak hadis mengenai kelebihan menuntut ilmu, tak perlulah saya meletakkan satu persatu, anda boleh cari sendiri hadis tersebut samada bertanya kepada yang lebih arif atau boleh didapati dengan carian dari ust.google.

Wallahu'alam,
maaf andainya terdapat banyak kesalahan dan juga mengguris perasaan mana-mana pihak, jikalau saya tersilap tolong betulkan, apa yang baik ilham dari ilahi, apa yang lemah, kelemahan saya sendiri yang perlu diperbaiki. Semoga kita semua tergolong dari golongan orang-orang yang bertaqwa. -->SEKIAN  ^_^

Get This

4 comments:

  1. Kebanyakan manusia, acap kali mengidam-idamkan harta yang banyak, tetapi kenapa apabila harta itu bertambah kita ini seolah-oleh bertambah miskin. Kenapa hal ini terjadi? <----- nak bagi pandangan jugak , hal ini berlaku disebabkan kurangnya amalan bersedeqah. apa yg iqa taw bila kita semakin banyak bersedekah , semakin bertambah rezki semakin kaya org tu.. (dah macm hipotesis da)

    oke. tapi berbalik apa yg brader ckp pasal ilmu, iqa setuju jugak.. kaya dgn ilmu lebih baik berbanding kaya dgn harta. ilmu boleh bawak sampai ke akhirat . ilmu penyelamat kita di akhirat kelak. harta?? puih..jgn harap la.. takkan di bawa sebagai amalan kita di sana nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, ana bersetuju 100% pendapat cik iqa. tp ingat ada juga org selalu bersedekah rezekinya tetap tdk bertmbh malahn semakn susut. Kerana mereka sedekah mengikut apa yang org lain bersedekah tanpa ada ilmu, conthnya mereka bersedeqah dlm keadaan riak, takabbur dan sebagainya.

      Harta sebenarnya boleh bawa amalan kita ke akhirat, sebb itulah ana kata ilmu itu penting. Apabila ada ilmu segalanya kita boleh kawal. Bagaimana boleh bawa ke akhirat? sebagai contoh amalan sedeqah dengan ikhlas, harta waqaf, dan sebagainya. Setiap manusia yang hidup menngunakan manfaat kebaikan daripada harta diwaqafkan dan disedekahkan oleh kita insyaAllah pahala itu akan berterusan ke alam kubur malah boleh bawa bekalan ke akhirat nanti. ^_^

      Hadis bawah mungkin boleh memberi sedikit gambaran utk tatapan semua ^_^
      Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

      Hadis yang disebut oleh Rasulullah saw diatas semuanya menggunakan ilmu malahan mendidik anak menjadi soleh menggunakan ilmu..
      Wallahua'lam. ^_^

      Delete
    2. ahaha..apa yg iqa ckp tadi camtu le maksudnya.

      Kerana mereka sedekah mengikut apa yang org lain bersedekah tanpa ada ilmu, conthnya mereka bersedeqah dlm keadaan riak, takabbur dan sebagainya. <----- yang ni takyah cakap la. sedeqah kalau tak ikhlas takley juga.

      sebenarnya apa2 je amalan kita buat kena ikhlas. eh.tetiba dapat idea nak buat entri ni pulak.hewhew.

      btw, tq feedback komen tu. sangat berguna :)

      Delete
    3. Hehe, asif jiddan.. betul2 setiap amalan Allah mengira pada keikhlasan, tnpa ikhlas semua itu sia2.
      Welcome.. ^_^

      Delete

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab