Bila sebut harta siapa yang tak nak, semua manusia yang hidup di dunia ini memerlukan harta untuk meneruskan kehidupan mereka samada miskin, kaya, malahan mereka yang zuhud sekalipun.
Kebanyakan manusia, acap kali mengidam-idamkan harta yang banyak, tetapi kenapa apabila harta itu bertambah kita ini seolah-oleh bertambah miskin. Kenapa hal ini terjadi?
Ok, sebelum menjawab persolan ini, saya suka ingin memberikan sedikit klu untuk jawapan ini. Apabila harta bertambah, kita seringkali merancang untuk membeli sesuatu dengan keinginan kita, seperti contoh kereta, perabot, pakaian dan lain-lain yang serba baru, semakin banyak harta semakin besar keinginan kita, padahal sebelum ini, kita boleh menjalan kehidupan-kehidupan yang normal seperti biasa. Akhirnya duit bertambah menjadi susut akibat keinginan meningkat.
Mereka dikatakan miskin sebenarnya bukan dikatakan harta @ duit yang sedikit tetapi keinginan mereka yang meningkat.Itulah akibatnya apabila diri ini dikawal oleh nafsu bukannya dikawal oleh iman dan ilmu. Mereka yang benar-benar miskin adalah mereka yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan dan juga ilmu untuk menyara kehidupan.
Inilah sebenarnya hakikat kehidupan, wang dan harta sebenarnya tidak pernah mencukupi selagi nafsu mengawal diri, Tetapi dengan ada ilmunya, bagaimana simiskin boleh menkayakan dirinya dan bagaimana sikaya boleh mengawal hartanya kearah yang lebih baik supaya mereka sentiasa kaya kearah mengabdikan dirinya kepada Allah swt.
Kita seringkali mencari kehidupan dengan kemewahan dunia dengan mencari harta, tetapi ramai yang tidak sedar bahawa usia kita semakin meningkat dan kita sebenarnya semakin dekat untuk menghadapi Allah swt, yang mana itu semestinya memang pasti akan berlaku setiap hidupan. Bagaimana kita akan menghadapi ilahi kelak apabila tiada ilmu? sama-sama fikirkan.
Sebenarnya tidak salah mencari harta untuk kehidupan dunia, apa yang salah mencari harta untuk kemewahan kehidupan dunia yang mana seringkali mereka lupakan akan PenciptaNya iaitu Ar-Razak. Mereka mencari dan menghabiskan harta bukan menggunakan iman dan juga ilmu tetapi mereka menghabiskan harta dengan nafsu. Inilah yang salah sebenarnya. ^_^
Bagaimana Untuk Mencari Harta Untuk Kemewahan Dunia Dan Akhirat.
Mencari kemewahan dunia, seringkali kita kaitkan dengan harta, tetapi disini saya ingin mengaitkan mencari kemewahan dunia dengan mencari ilmu. Ya, saya yakin dengan adanya ilmu kita dapat cari harta , dengan adanya ilmu kita boleh tingkatkan iman, dengan adanya ilmu kita dapat mengawal harta kita kearah yang betul, dengan adanya ilmu kita dapat menggunakan harta kearah mendekatkan diri kepada Allah swt. Dan yang paling penting bagaimana dengan adanya ilmu, kita boleh menggunakan harta kita sehingga ke Alam kubur dan menjadi bekalan diakhirat kelak.
Disini, saya tidak perlu menjelaskan secara terperinci apa yang saya katakan diatas, saya yakin sahabat boleh memahami apa yang saya katakan. Apa tujuan yang saya ingin menyampaikan disini ialah mencari ilmu itu adalah sangat penting untuk kehidupan manusia. Tiada ilmu kita tidak mampu meneruskan kehidupan.
Contoh yang lain, kita diberikan satu juta, tanpa ilmu kita boleh menghabiskan satu juta dalam masa tiga hari tanpa pulangan hasil. Itulah, ilmu adalah sangat penting dalam kehidupan manusia. Ilmu akan dapat mengkayakan kita, manakala harta pula dapat memiskinkan kita.
Oleh itu, kita sebagai umat islam, menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap orang islam, sebagaimana sabda Rasulullah saw: Yang diriwayatkan
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w.
bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap
seorang Islam."
Sebenarnya banyak hadis mengenai kelebihan menuntut ilmu, tak perlulah saya meletakkan satu persatu, anda boleh cari sendiri hadis tersebut samada bertanya kepada yang lebih arif atau boleh didapati dengan carian dari ust.google.
Wallahu'alam,
maaf andainya terdapat banyak kesalahan dan juga mengguris perasaan mana-mana pihak, jikalau saya tersilap tolong betulkan, apa yang baik ilham dari ilahi, apa yang lemah, kelemahan saya sendiri yang perlu diperbaiki. Semoga kita semua tergolong dari golongan orang-orang yang bertaqwa. -->SEKIAN ^_^
Get This







.jpg)

