Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Saturday, August 17, 2013

Baca Quran Tak Faham Maksud!! Lebih Baik Ko Tak Perlu Baca?

Assalamualaikum dan Salam Kebahagiaan ^_^




Sesudah solat asar kat masjid tadi, ada seorang pakcik tua laa katakan, tanpa ada tauliah bangun dan memberi ceramahnya. Aku amat khusyuk mendengar ceramahnya kerana syarahannya sungguh lancar. Dalam ceramah pakcik tuh, beliau ceramah mengenai bacaan Al-Quran tanpa fahami maksud.


Pakcik tu kata membaca Al-quran tanpa fahami maksud adalah perbuatan yang sia-sia. Aku mula berfikir pakcik ni waras ke tak? Aku mula lihat penampilan pakcik tu, urm memang pakaian tak terurus pom.


Pendapat pakcik tu aku memang tak setuju sangat, entah dari mana ilmunya diambil, Bagi aku pendapat sebegini akan membuatkan generasi umat islam tidak kenal lagi pada Al-Quran pada masa akan datang, kerana nak baca Al-Quran mesti tahu maksudnya kalau tak sia-sia sahaja. Kanak-kanak, remaja, dan warga emas yang baru berjinak dengan Al-quran, mereka akan berasa kecewa kerana apa yang mereka bacakan adalah perkara yang sia-sia.


Apa yang aku belajar selama ini, (maaflah ilmu saya belum cukup tinggi lagi) walaupun bacaan kita tidak memahami maksud, (kalau salah tolong perbetulkan yer ^_^)

1. Pahala akan tetap dapat kerana membaca Al-quran dikira sebagai ibadah jikalau kita ikhlas semata-mata kerana Allah. Jikalau membaca tafsirnya sahaja tidak dikira sebagai ibadah, jikalau dibaca kedua-duanya, InsyaAllah boleh pahala membaca dan pahala memahami maksudnya.

2. Al-Quran boleh memberi syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw
"Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya: Bacalah Al-Qur'an, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kpd pembacanya."
3.  Dapat menyucikan jiwa (tazkiyatul nafsi) pembaca. Korang boleh Baca Komik DISINI
-Kalau korang pernah baca kisah Umar r.a, mesti korang akan rasa sebak and then keluar air mata. Okey aku letakkan sikit kisah Umar r.a bagaimana beliau boleh memeluk agama islam. 
Korang lihat peristiwa pengIslaman panglima dan khalifah agung dahulu, Umar Al-Khattab. Bagaimana Umar ketika itu yang di ibaratkan musuh nombor satu umat ISLAM menjadi lembut dan membela nasib umat ISLAM selepas keIslamannya. Hal ini semua berlaku dengan ayat-ayat indah dari Kitab-Nya keluar dari mulut adiknya yang sudah memeluk ISLAM. Umar terpaku akan keindahan ayat-ayat yang di bacakan oleh adiknya. Maka, dengan sedikit kata-kata lembut daripada Rasulullah s.a.w telah berjaya melembutkan hatinya. Demikianlah penyucian jiwa. Tanpa melalui penyucian jiwa, seseorang itu tidak mampu menanggung beban agama yang besar seperti Umar Al-Khattab. Tugas Rasul sebagai medium penyucian jiwa telah termaktub dari Al-Quran, dari doa Nabi Ibrahim a.s :


“Wahai Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al-kitab dan hikmah serta mensucikan mereka. Engkaulah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” ( Al-Baqarah: 129 ).

Cuba Kearah lebih baik dari semalam.
Alhamdulillah kan sejak korang kecil lagi dapat mengenal Al-Quran . Masa zaman kanak-kanak ketika nak baca quran, korang kena mengenal hurufnya dulu, dan baris, kemudian baca petikan ayat muqaddam, muqaddam, kemudian Al-quran. Takkan lah apabila sudah mengenal Al-Quran setakat ini saja prestasi kita, cuba jadikan diri kita ini lebih terbaik dari semalam. Dan cuba pula kita fahami maksud Al-Quran, kan itu lebih baik, setelah fahami maksud cuba amalkan dalam kehidupan kita. 

Itulah tujuan sebenar Al-Quran diturunkan, bukan hanya setakat membacanya boleh pahala, Al-Quran diturunkan adalah sebagai panduan kehidupan manusia kearah kesejahteraan. InsyaAllah, saya berpesan kepada diri saya dan kamu semua marilah sama-sama kita cuba fahami maksud Al-Quran, kemudian amalkan. insyaAllah kebahagiaan milik kita ^_^


Wallahua'lam

Get This

5 comments:

  1. dengan alQuran kita per0leh ketenangan walaupun tdk mngerti mksudnya ^^
    tp , ad benar jga kata pkcik tu . sia sia klu baca alQuran tnpa memahami . mgkin mksud dy , baca alQuran tnpa amal k0wt . huu .
    asiff yaa . skdr pndpt ~ husnuz0n :)

    ReplyDelete
  2. urm betul tu.. Astagfirullahalazim, syukran bagi peringatan, husnulzon ^_^

    ReplyDelete
  3. saya faham, berlainan orag berlainan pendapatnya. saya juga ada terdengar drp kata2 sorg ustaz ni "Bca al-quran ni kalau tak faham maksudnya tak guna jugak" . Jadi, sebenarnya di sni, bila kita baca quran tu bialah kita baca tafsirnya sekali. cuba fahami maksudnya. baca quran tetap dapat pahala, namun bila faham maksudnya lagi bagus dan mantap. pahala lagi upgrade. hee

    ReplyDelete
  4. yup betul tu saya bersetuju pendpt mujahidah maisarah, Allah ciptakan manusia itu hati lain2, fikiran pom berbeza. jd pendapatnya mana mungkin akan sama... Sebab itulah kita disunatkan n dituntut muzakarah ilmu n then saling bertukar pendapat. Dengan cara begini akan mengemaskan lagi ilmu seseorang itu. macam itulah cara ulama'2 yang mengeluarkan fatwa mereka. :)

    ReplyDelete
  5. ini nih postingan yang bermanfaat.. maju terus gan websitenya :D

    ReplyDelete

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab