Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Saturday, August 24, 2013

Senjata Mukmin

Semua orang tahu bahawa senjata mukmin ialah doa. 
Namun pengetahuan ini hanya akan lengkap apabila mereka sedar bahawa bantuan Allah hadir untuk mereka yang menurut perintahNya dan meninggalkan laranganNya.
Maka jagalah ibadah kita yer dan jauhi perkara munkar terlebih dahulu.

Harus kita ingat, selepas berdoa kita mesti berusaha. Ramai dikalangan kita setelah berdoa mereka menunggu keajaiban daripada Allah tanpa berusaha.

okey saya nak bagi contoh(kalau korang nak buat tiada masalah)
Mula-mula ambil periuk, dan masukkan beras, masukkan air secukupnya. Dan selepas itu kita letak atas meja. Angkat tangan dan berdoa dengan bersungguh-sungguh sehingga menitis air mata :( "Ya Allah! bagilah beras ini masak menjadi nasi. Tolongi aku Ya Allah, aku lapar ni" Tolonglah sesungguhnya engkau tuhan Maha berkuasa.. Urm agak-agaklah masak tak beras tu?

Lihat bagaimana Rasulullah Saw mengajar umatnya supaya menjadi contoh teladan buat kita:)
Walaupun Baginda berdoa, tetapi baginda tetap berperang di medan Badar bagi menegakkan islam. Baginda berdoa dan terus tetap konsisten mendidik hati dan jiwa para sahabat dalam mendalami Islam.
Baginda berdoa dan terus berusaha
^_^

Kemudia apabila berusaha yang diiringi dengan doa, tetapi tiba-tiba kita tidak dapat natijahnya, seperti doa kita tidak dimakbulkan. Jika begitu jaganlah kita menyalahi Allah dan takdir Allah. 
Ingat setiap keputusan urusan kehidupan kita telah ditentukan oleh Allah. Sematkanlah dalam hati bahawa semua perkara yang berlaku kepada kita semestinya ada hikmah di sebaliknya.

Disini saya lebih suka untuk memberikan contoh,
Kita memiliki sebuah kenderaan, sebelum bertolak pergi kerja atau pulang kerumah,kita telah berdoa agar Allah mudahkan perjalanan kita. Ketika dalam perjalanan tiba-tiba tayar kenderaan panjit (bocor). Mungkin pada mulanya kita anggap sebagai musibah. Memang itu satu musibah.
Tapi mungkin juga jika tayar tak pancit(bocor), kita teruskan perjalanan ada perkara lain pula yang berlaku.

Suka saya ingatkan balik diblog tak seberapa ni, Sematkanlah dalam hati bahawa semua perkara yang berlaku kepada kita semestinya ada hikmah di sebaliknya.

Wallahua'lam, 
Semoga bermanfaat walau sebesar zarah 
^_^
Get This

2 comments:

  1. doa yg berterusan + usaha tanpa mengenal erti putus asa = in sha allah terkabul impian :)

    ReplyDelete
  2. (Y)benar sx .
    d0a tnpa usaha , tiada hasilnya ^^
    erm . kena seiringkan usaha dan d0akan . :)

    ReplyDelete

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab