Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Thursday, August 15, 2013

Mesir Mesir Mesir Mesir ( Ya Allah Besarnya ujian buat aku) Yakin Dengan Perancangan Allah swt

Bismillah
Assalamualaikum pembaca semua.
sebelum baca tekan play muzik ni dulu, hehe



Lepas Sijil SPM, STAM, dan STPM ramai yang pening kepala tujuan dan destinasi selepas ini. Sebenarnya tempat belajar tuh ikut jer kat mana2 asalkan niat belajar kerana Allah insyaAllah, boleh berjaya.. 

Tapi ada juga berpendapat bahawa tempat belajar memainkan faktor penting bagi seseorang itu untuk mencapai kepetusan lebih baik. urm aku pom bersetuju dengan pendapat itu. Sebenarnya aku menulis hari ini nak cerita sedikit pasal tempat aku nak belajar ^_^ 

Selepas SPM 2011 hati kecilku meronta2 mencari Universiti pilihankuu samada luar dan dalam negara. Tapi hati kecilku ni, lebih cenderung ke luar negara iaitu di bumi anbiaya' bumi yang penuh sejarah Di Negara Jordan. Ramai kawan2 seusia umurku telah menjejak kaki ke bumi bertuah itu. Alhamdulillah ^_^.. 

Aku pom pernah daftar kat universiti Al-bayt di Jordan, dan menerima tawaran dan boleh belajar kat sana. Tambahan pula dalam masa yang sama aku ada menerima tawaran kat Unisza dalam bidang Pentadbiran Islam, masa tu minat aku terbuak2 dalam bidang Syariah islamiah. Dan  jordan merupakan pilihanku.Tapi malangnya beberapa faktor yang tidak mengizin aku pergi kesana. 







Jadi semua tawaran belajar aku terlepas begitu sahaja. Tapi mujurlah dalam masa yang sama aku ambil sijil STAM yang hampir dua bulan lagi tarikh exam sebenar akan dimulakan..

Selepas exam STAM dan perolehi result betapa gembira hatiku ini yang ingin akan melanjutkan pelajaran kat Al-Azhar Mesir. Aku suka kat universiti tu sebab kat sana masih lagi belajar sistem pondok.. Bertalaqi dihadapan Syeikh, dan kelebihanya ilmu yang dapat tu akan bertahan lama, tak mudah lupa.. Masa tu keadaan mesir masih lagi tenang. :)

Setelah beberapa bulan borang permohonan ke Universiti Al-Azhar, tanpa melengahkan masa aku membeli dengan harga RM11 dan aku memenuhi ruangan kosong borong tu. Masa ni era huru hara Mesir baru nak bermula.

Ibu, jiran, dan keluarga pernah nasihat, nak belajar tu pilihlah tempat terbaik, kat mesir sekarang ni nak huru hara pula, walaupun ustaz, ustazah kat sekolah aku memaksa pejarnya pergi ke sana. Sebelum ni, aku pernah minta pandangan daripada Allah supaya berikan aku pertunjuk tempat yang terbaik untuk aku jejaki menimba ilmu, tapi keputusannya di Malaysia, dan aku buat sekali lagi dan petunjuknya di Malaysia. Jadi aku akur dengan keputusan daripada Allah swt. 

Hari ini, bumi anbiaya' mesir digemparkan sekali lagi huru-hara tercetus dibumi itu, and proses ke mesir terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu akibat keadaan tersebut boleh baca disini arahan penangguhan ke mesir. Mujurlah aku tak berkeras mendaftar kat Al-Azhar seperti aku berkeras mendaftar kat Al-Bayt Jordan dengan duit tabungan aku sendiri.. hehe.

Mak aku selalu pesan kalau ngaji kat sana, tak boleh balik tiap2 tahun, kerana tiket kapal terbang terlalu mahal RM2500 keatas, aku akur walaupun tak balik tak pe biasalahkan nak pergi menuntut ilmu terpaksa berkoban sikit.RM2500 tu banyak lagi untuk kegunaan lain-lain.




Entahlah kalau aku daftar and then pergi kat mesir tentu dorang kat Malaysia risau. Hari ini aku terpaksa akur untuk membatalkan hasrat murni itu, dan belajar kat U tempatan pilihanku.. Alhamdulillah lah aku boleh belajar la juga kat U tempatan walaupun bagi aku U tu tak de power tak seperti U tempatan yang aku selalu idam-idamkan seperti UM, UIAM, UKM, USIM, UNISZA, dan kos pengajian yang aku selalu idam-idamkan ialah pengajian islam 1)Syariah Islamiah, 2)Usuluddin 3)Al-Quran AsSunnah 4)Muamalat, 5)Perbankan Islam.

Hari sejarah tinggal sejarah, cita2 aku nak menjadi seorang peguam syarie, dan penda'ie tidak kurang hebat kat Malaysia terpaksa ditinggalkan, kerana bidang pengajian aku adalah dalam bidang perbankan islam. :( tak apa lah aku yakin dengan perancangan yang Allah tentukan untuk Aku dan aku sangat bersyukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada aku supaya dapat belajar dengan nikmat kesenangan yang mana orang lain tak boleh belajar dan hidup sepertiku dalam serba kesenangan, nikmat kesihatan yang mana orang lain jatuh sakit, nikmat keimanan yang mana kebanyakan mereka yang kufur.

Ya Allah, Aku tahu sesungguhnya kehidupan ini engkau telah aturkan sejak dahulu lagi, samada susah atau senang, samada berjaya atau gagal, samada sihat atau sakit. Ya Allah engkau berikanlah aku kejayaan kepadaku rakan2 seperjuangan, dan seagama semoga ilmu yang diperolehi dapat mengembangkan islam dan memajukan islam. Dan semoga ilmu yang aku dapat dapat melemahkan musuh islam, yang sentiasa cemburu dan ingin menjatuhkan islam.

Jom, kawan2 kita sama2 menegakkan islam bukan untuk berperang, cuma kita menegakkan islam dengan menuntut ilmu dan menguasai ilmu dengan seluas-luasnya, kekalkan kekuasaan kita sebagai orang islam dengan masyarakat yang berilmu, insyaAllah kita dapat kuasai ekonomi dunia dengan mudah. Musuh islam pom akan takut dengan Masyarat islam kerana masyaratkat yang berilmu.

Kalau korang tengok hari ini, negara islam, terutamanya negara islam yang berada ditimur tengah. Hampir kesemua negara mereka telah mengalami revolusi. Hal ini desebabkan musuh islam yang menjadi pemimpin untuk negara islam. Korang tak berasa sedih ke, orang islam dibunuh dengan sesuka hati? apakah tindakan kita yang lemah yang tiada mempunyai apa2 kuasa? Kenapkah musuh2 islam tidak takut lagi pada islam seperti musuh2 islam takut pada islam ketika waktu dahulu? apakah puncanya? kerana umat islam tidak mengikuti islam sepenuhnya dan mengikuti langkah syaitan sebagaimana firman Allah swt


"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (TQS al-Baqarah [2]: 208-209)."

Sebab itulah Islam pada hari ini sangat lemah, mereka mengaku islam, tetapi tidak mengikuti ajaran islam sepenuhnya.. 

Wallahua'lam  Get This

2 comments:

  1. pheww..pelajar stam tuhh..saya dulu pon ada peluang belajar kat mesir or jordan pon parents x bagi...sebab kes sebegini..Allah uji. sabar ek. kiranya sekarang brader beljar katne plak??

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah skarang,belajar kat UMK dalam bidang perbankan islam.. ^_^.. cita2 nak ngaji musafir beribu kilometer jauhnya. akhirnya bleh ngaji tak sempat pom bergelar musafir :)

    ReplyDelete

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab