Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Friday, August 30, 2013

The Bidadari


Assalamualaikum,
SubhanAllah, saya tengok video ini sangat tersentuh
Banyak pengajaran yang dapat, walaupun video ni diterbitkan khas untuk perempuan, Banyak sangat pengajaran dapat diambil. Terima Kasih Kepada Penerbit Video ni ^_^
Pasal pengajaran tu saya tak nak bagitahu, jadi tengok sendiri yer buat kesimpulan sendiri nanti ^_^

Get This

Sunnah-Sunnah Hari Jumaat


Get This

Thursday, August 29, 2013

Tuannya "DiKayakan" Oleh Ilmunya

Assalamualaikum dan Salam Kebahagiaan




Bila sebut harta siapa yang tak nak, semua manusia yang hidup di dunia ini memerlukan harta untuk meneruskan kehidupan mereka samada miskin, kaya, malahan mereka yang zuhud sekalipun.

Kebanyakan manusia, acap kali mengidam-idamkan harta yang banyak, tetapi kenapa apabila harta itu bertambah kita ini seolah-oleh bertambah miskin. Kenapa hal ini terjadi?


Ok, sebelum menjawab persolan ini, saya suka ingin memberikan sedikit klu untuk jawapan ini. Apabila harta bertambah, kita seringkali merancang untuk membeli sesuatu dengan keinginan kita, seperti contoh kereta, perabot, pakaian dan lain-lain yang serba baru, semakin banyak harta semakin besar keinginan kita, padahal sebelum ini, kita boleh menjalan kehidupan-kehidupan yang normal seperti biasa. Akhirnya duit bertambah menjadi susut akibat keinginan meningkat.


Mereka dikatakan miskin sebenarnya bukan dikatakan harta @ duit yang sedikit tetapi keinginan mereka yang meningkat.Itulah akibatnya apabila diri ini dikawal oleh nafsu bukannya dikawal oleh iman dan ilmu. Mereka yang benar-benar miskin adalah mereka yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan dan juga ilmu untuk menyara kehidupan.


Inilah sebenarnya hakikat kehidupan, wang dan harta sebenarnya tidak pernah mencukupi selagi nafsu mengawal diri, Tetapi dengan ada ilmunya, bagaimana simiskin boleh menkayakan dirinya dan bagaimana sikaya boleh mengawal hartanya kearah yang lebih baik supaya mereka sentiasa kaya kearah mengabdikan dirinya kepada Allah swt.

Kita seringkali mencari kehidupan dengan kemewahan dunia dengan mencari harta, tetapi ramai yang tidak sedar bahawa usia kita semakin meningkat dan kita sebenarnya semakin dekat untuk menghadapi Allah swt, yang mana itu semestinya memang pasti akan berlaku setiap hidupan. Bagaimana kita akan menghadapi ilahi kelak apabila tiada ilmu? sama-sama fikirkan.

Sebenarnya tidak salah mencari harta untuk kehidupan dunia, apa yang salah mencari harta untuk kemewahan kehidupan dunia yang mana seringkali mereka lupakan akan PenciptaNya iaitu Ar-Razak. Mereka mencari dan menghabiskan harta bukan menggunakan iman dan juga ilmu tetapi mereka menghabiskan harta dengan nafsu. Inilah yang salah sebenarnya. ^_^

Bagaimana Untuk Mencari Harta Untuk Kemewahan Dunia Dan Akhirat.
Mencari kemewahan dunia, seringkali kita kaitkan dengan harta, tetapi disini saya ingin mengaitkan mencari kemewahan dunia dengan mencari ilmu. Ya, saya yakin dengan adanya ilmu kita dapat cari harta , dengan adanya ilmu kita boleh tingkatkan iman, dengan adanya ilmu kita dapat mengawal harta kita kearah yang betul, dengan adanya ilmu kita dapat menggunakan harta kearah mendekatkan diri kepada Allah swt. Dan yang paling penting bagaimana dengan adanya ilmu, kita boleh menggunakan harta kita sehingga ke Alam kubur dan menjadi bekalan diakhirat kelak. 

Disini, saya tidak perlu menjelaskan secara terperinci apa yang saya katakan diatas, saya yakin sahabat boleh memahami apa yang saya katakan. Apa tujuan yang saya ingin menyampaikan disini ialah mencari ilmu itu adalah sangat penting untuk kehidupan manusia. Tiada ilmu kita tidak mampu meneruskan kehidupan. 

Dalam, apa-apa artikal saya, saya suka memberi contoh,kita pergi kenegara atau negeri orang lain tanpa membawa sebarang harta. Bagaimana untuk kita meneruskan kehidpan tanpa ada harta? tetapi dengan ada ilmu walaupun tanpa harta kita mampu meneruskan kehidpan disana. Sebagai contoh kita mempunyai ilmu agama, kita boleh mencari institusi agama untuk mencari kerja sambilan atau membuka kelas agama dan sebagainya.

Contoh yang lain, kita diberikan satu juta, tanpa ilmu kita boleh menghabiskan satu juta dalam masa tiga hari tanpa pulangan hasil. Itulah, ilmu adalah sangat penting dalam kehidupan manusia. Ilmu akan dapat mengkayakan kita, manakala harta pula dapat memiskinkan kita. 

Oleh itu, kita sebagai umat islam, menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap orang islam, sebagaimana sabda Rasulullah saw: Yang diriwayatkan


Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."



Sebenarnya banyak hadis mengenai kelebihan menuntut ilmu, tak perlulah saya meletakkan satu persatu, anda boleh cari sendiri hadis tersebut samada bertanya kepada yang lebih arif atau boleh didapati dengan carian dari ust.google.

Wallahu'alam,
maaf andainya terdapat banyak kesalahan dan juga mengguris perasaan mana-mana pihak, jikalau saya tersilap tolong betulkan, apa yang baik ilham dari ilahi, apa yang lemah, kelemahan saya sendiri yang perlu diperbaiki. Semoga kita semua tergolong dari golongan orang-orang yang bertaqwa. -->SEKIAN  ^_^

Get This

Tuesday, August 27, 2013

Manisnya "Bercinta" dan Mendapat "Kecintaan" ^_^

BismilillahirRahmanirRahim
ASsalamualaikum dan Salam Kebahagiaan




Bunyi tajuk artikal saya kali ini perkara biasakan. :)
Bercinta? Istilah cinta memang perkataan ini tidak asing lagi bagi kebanyakan remaja. Malah kanak-kanak pom sudah boleh mengerti maksud bercouple.

"Bercinta" bagi fahaman ramai adalah berkaitan dengan lelaki dan perempuan iaitu bercinta-centun antara lelaki dan perempuan. Berkasih sayang antara satu sama lain yang belum diakadkan. Ini bererti kearah penzinaan dan Allah melarangkan kearah zina. Allah swt berfirman:

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)

Ok, bagi artikal saya kali ini, bukan mengenai cinta antara lelaki dan perempuan, tetapi Bercinta dengan Allah. Itulah cinta yang hakiki, Sang Pencipta kita, iaitu Al-Khaliq. Memang tidak dapat dinafikan kebanyakan remaja hari ini mengentengahkan cinta mereka kearah menjauhkan diri daripada Allah. Mereka senantiasa mendekatkan diri kearah maksiat dan penzinaan. ^_^

Ramai, remaja dari golongan beragama 'sikit' berkata "Saya bercinta mengikut landasan syariat islam, tak de pegang-pegang, berdating pom tak pernah, malah bertemu mata antara satu sama lain pom tak pernah, kami hanya merapatkan hubungan sillaturrahim kami melalui mesej sahaja dan itu pom mesej kami tidak tersasar dari landasan agama. kami saling ingat memperingati tentang agama, solat, puasa, kata-kata nasihat dan kami seringkali saling mengejutkan bangun tahajud setiap malam. ^_^ (sweetnya)


Ya, cinta begitu memang bagus, sentiasa memperingatkan kepada Allah, tapi satu sahaja masalah yang jarang menyedarinya, walaupun berlandaskan syariat, tapi penzinaan hati tetap ada, kerana setiap manusia mempunyai nafsu dan syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia.


Kita sebagai Remaja Rabbani, remaja islami, apa kata kita cuba tukar kalimah cinta itu kepada cinta Allah,secara tidak langsung kita mencintai Rasulullah dan juga Al-Quran. Bercinta dengan Allah bukan susah seperti kita cinta pada manusia. Cinta pada Allah kita hanya sentiasa berhubung dan bercakap dengan Allah dengan No Telefon 24434 (solat lima waktu). Dan dengan ibadah tambahan pada malam hari. 


Manisnya iman apabila mencintai Allah, Sebagaimana Sabda Rasulullah saw.


عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Ertinya:
Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”

(HR. Muslim)



Bagaimana Untuk Mendapatkan Cinta Allah?
1.membaca Al-Qur’an dengan merenungi dan memahami maknanya.

2.mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah yang sunnah, setelah mengerjakan ibadah yang wajib.

3.terus-menerus mengingat Allah dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.

4.lebih mendahulukan kecintaan pada Allah daripada kecintaan pada dirinya sendiri ketika dia dikuasai hawa nafsunya.

5.merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.

6.memperhatikan kebaikan, nikmat dan karunia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir maupun batin.

7.menjauhi segala sebab yang dapat menghalangi antara dirinya dan Allah Ta’ala.

8.Sentiasa menghadiri majlis ilmu

Mendapat cinta Allah adalah satu nikmat yang terbesar kepada kita, Apabila Allah mencintai kita, segala makhluk seluruh Alam Semesta mencintai kita termasuklah haiwan, tumbuhan dan sebagainya. 

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :


"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)

P/s: Mengenai jodoh kita janganlah risau, semua itu adalah urusan dan takdir Allah, 
Allah Swt berfirman: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah: 216).

Apabila kita mencintai Allah,menjadi orang Soleh, Solehah, hati yang bersih, InsyaAllah Allah akan temukan kita dengan pasangan yang baik.

Allah Swt berfirman: “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula}” (QS. An Nuur: 26).

Saya yakin semua orang nak pasangan yang baik malah walaupun orang itu jahat sekalipun.

Oleh, itu saya suka berpesan kepada diri saya dan sahabat, marilah kita sama-sama mencintai Allah, dan Rasul Allah, secara tidak langsung kita mendapat kemanisan iman dan akan mendapat cinta Allah, apabila mendapat cinta Allah seluruh makhluk akan menyayangi kita insyaAllah. (maaf entry kelam kabut)

Wallahua'lam
Get This

Monday, August 26, 2013

Blog Aku Akan Bertukar Ke Wordpress!!

BismillahirRahmaniRahim
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, semalam dah selesai beli hosting dengan i Page.com dengan harga $36.95(RM112.52) hosting selama 2 tahun.



Sebenarnya sebelum ni aku ada satu blog perniagaan yang aku beli dari google, alhamdulillah sedikit sebanyak dapatlah juga income. Tapi, entahlah kenapa tiba-tiba hari tu domain tu tak leh nak buka dengan blog.

Jadi, aku fikir, kalau aku benar-benar serius dalam perniagaan online, kenalah sewa hosting senang nak urus. :) Jadi aku beli hosting yang boleh unlimited domain, jadi sambil-sambil tu aku boleh pindah domain ahmad-amiruddin.com ni kat hosting tu juga.

nah ni plan hosting i page.com

InsyaAllah, aku akan pindah domain ni ke wordpress.. :) maaf yer my follower. tak apa korang masih boleh follow melalui google plus nanti :)

sekarg masih menunggu 4 hari lagi untuk pihak enom.com pindah domain tu :)
Get This

Apakah Santapan Rohani?

Santapan Rohani adalah iman, hidayah, taufik, ilmu zikrullah, muhasabah, tafakkur, istighfar dan hikmah.
Santapan rohaniah inilah yang telah banyak diabaikan oleh manusia sehinggakan rohaniah mereka kering kontang kelaparan.
Lihat!!
Manusia sudah amat tidak adil pada dirinya sendiri!
Dia hanya mementingkan tubuh lahir (jasmaniah) sahaja sebaliknya telah mengabaikan dan menganaktirikan rohaniahnya ^_^

Adainya kita perhatikan di kaca televisyen dan media-media cetak, kita dapati begitu banyak iklan mengenai syampu, sabun dan segala set penjagaan badan. Selain itu media elektronik seperti blogger, media sosial dan sebagainya lebih banyak kepada hiburan, gosip, dan juga bahan ejekan. Ia lebih banyak berbanding kapsul tip-tip mendidik jiwa, mengekang nafsu dan membersih kekotoran mazmumah di dalam diri.

Saya memang tidak suka kepada media berbentuk begitu, hal ini, saya sebagai manusia yang lemah saya memerlukan lebih kepada santapan rohani, ^_^ supaya dapat mendidik hati yang sentiasa berada dalam kekotoran. InsyaAllah. Bagaimana pula dengan korang(anda) suka tak media macam tu?

Maaflah, aku (saya) tak ada idea sangat nak buat entry hari ni, 
akal sudah kekosongan, 
dan hati sudah dipenuhi dengan hasutan syaitan dan nafsu mengelegak, 
maafkan aku Ya Allah, aku tak mampu menjaga diriku sendiri, sesungguhnya aku bergantung pada-Mu.Ya AllahEngkau utuskan aku seorang insan agarku dapat melabuhkan cintaku pada-Mu, agar dapat sentiasa menasihati imanku yang rapuh ini. Ampunilah dosaku.
Get This

Saturday, August 24, 2013

Senjata Mukmin

Semua orang tahu bahawa senjata mukmin ialah doa. 
Namun pengetahuan ini hanya akan lengkap apabila mereka sedar bahawa bantuan Allah hadir untuk mereka yang menurut perintahNya dan meninggalkan laranganNya.
Maka jagalah ibadah kita yer dan jauhi perkara munkar terlebih dahulu.

Harus kita ingat, selepas berdoa kita mesti berusaha. Ramai dikalangan kita setelah berdoa mereka menunggu keajaiban daripada Allah tanpa berusaha.

okey saya nak bagi contoh(kalau korang nak buat tiada masalah)
Mula-mula ambil periuk, dan masukkan beras, masukkan air secukupnya. Dan selepas itu kita letak atas meja. Angkat tangan dan berdoa dengan bersungguh-sungguh sehingga menitis air mata :( "Ya Allah! bagilah beras ini masak menjadi nasi. Tolongi aku Ya Allah, aku lapar ni" Tolonglah sesungguhnya engkau tuhan Maha berkuasa.. Urm agak-agaklah masak tak beras tu?

Lihat bagaimana Rasulullah Saw mengajar umatnya supaya menjadi contoh teladan buat kita:)
Walaupun Baginda berdoa, tetapi baginda tetap berperang di medan Badar bagi menegakkan islam. Baginda berdoa dan terus tetap konsisten mendidik hati dan jiwa para sahabat dalam mendalami Islam.
Baginda berdoa dan terus berusaha
^_^

Kemudia apabila berusaha yang diiringi dengan doa, tetapi tiba-tiba kita tidak dapat natijahnya, seperti doa kita tidak dimakbulkan. Jika begitu jaganlah kita menyalahi Allah dan takdir Allah. 
Ingat setiap keputusan urusan kehidupan kita telah ditentukan oleh Allah. Sematkanlah dalam hati bahawa semua perkara yang berlaku kepada kita semestinya ada hikmah di sebaliknya.

Disini saya lebih suka untuk memberikan contoh,
Kita memiliki sebuah kenderaan, sebelum bertolak pergi kerja atau pulang kerumah,kita telah berdoa agar Allah mudahkan perjalanan kita. Ketika dalam perjalanan tiba-tiba tayar kenderaan panjit (bocor). Mungkin pada mulanya kita anggap sebagai musibah. Memang itu satu musibah.
Tapi mungkin juga jika tayar tak pancit(bocor), kita teruskan perjalanan ada perkara lain pula yang berlaku.

Suka saya ingatkan balik diblog tak seberapa ni, Sematkanlah dalam hati bahawa semua perkara yang berlaku kepada kita semestinya ada hikmah di sebaliknya.

Wallahua'lam, 
Semoga bermanfaat walau sebesar zarah 
^_^
Get This

Andainya Rasulullah Masih Ada... :(

Sahabat sekalian, hari ini dah berapa kali kita berselawat keatas Baginda Saw?
Astargfirullahalazim, bertapa lalainya kita memperingati Rasulullah Saw.
Jom berselawatlah keatas Nabi Muhammad saw
^_^


Andainya Rasulullah masih ada... INGIN SEKALI AKU MENDEGAR DAN MELIHAT BAGINDA BERBICARA

Al-Hasan Bin Ali r.a meriwayatkan:
"Aku pernah bertanya kepada pakcikku. Hindun ibnu Abi Halah yang sangat pandai mengambarkan sesuatu. Aku katakan kepadanya. 'Gambarkanlah kepadaku bagaimana cara Rasulullah saw berbicara.'

Lalu dia pun berkata. 'Rasulullah adalah seorang yang kelihatan amat perihatin dan sentiasa berfikir. Baginda lebih banyak diam dan berbicara hanya pada apa yang perlu sahaja. Baginda memulakan dan mengakhiri perbualan Baginda dengan menyebut nama Allah.

 Ucapan Baginda selalunya padat, terperinci. dan jelas-tidak lebih dan tidak kurang, tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Baginda selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya. Baginda juga tidak pernah mencela mahupun memuji makanan. Urusan dunia berserta isinya tidak pernah membuat Baginda marah.

Jika kebenaran dilangar. Baginda tidak akan diam sehingga kebenaran itu ditegakkan. Baginda juga tidak pernah marah dan tidak pula memperjuagkan kepentingan peribadi. Ketika menunjuk sesuatu. Baginda selalu menggunakan seluruh telapak tangannya. Apabila dalam keadaan takjub atau terkejut, Baginda selalu membalik (telapak tangan).

Ketika berbicara,  Baginda terbiasa menggunakan tangan untuk memperjelaskan perkataan dengan cara memukul-mukulkan telapak tangan ke ibu jari kiri. Ketika marah, Baginda berbalik dan berpaling. Ketika berasa tenang, Baginda menundukkan pandangan. Tawa Baginda adalah senyuman, dan gigi Baginda kelihatan seperti butiran salju." 
(Riwayat Al-Tirmizi)

SubhanAllah Bertapa indahnya Akhlak Rasulullah saw
^_^
Get This

Friday, August 23, 2013

KEMBARA SETIA DI BUMI LARA


akulah kembara di dunia lara
membawa obor insan yang setia

pabila benar dikatakan celupar
pabila amanah dikatakan payah

pabila nyata dikatakan dusta
pabila teguh dikatakan rapuh
pabila gagah dikatakan lemah

pabila khianat dikatakan selamat
pabila berbohong dikatakan sokong
pabila menipu dikatakan perlu

pabila syaitan menjadi teman
pabila buaya menjadi raja

bagaimana hendak ku berkata?
dalam buana penuh angkara
pabila bahasa berputar-putar
pabila bicara bertukar-tukar

Pada Tuhan aku bersandar
benar tetap ku kata benar
Walau harganya mencabar sabar
Walau dihantar ke hutan belukar
Walau disambar api membakar

ku bayar nilai kejujuran hidup
Selagi jantungku masih berdegup

menggalas panas kesakitan berbekas
menanggung beban mengusung korban

akulah kembara lara di bumi Tuhan,
membela kebenaran nan penuh keperitan

mencari syurga di perhentian kehidupan


(karya: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)
Get This

Thursday, August 22, 2013

Allah Tidak Pernah Jemu Mengampuni ^_^

BismillahiRahmanirRahim
Assalamulaikum w.b.t

Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Pernahkah kita buat dosa?
Ya setiap manusia pasti akan buat dosa
Berapa kalikah kita beristigfar kepada Allah?
Dalam masa sebulan berapa kalikah kita selalu buat solat taubat?
Astarfirullah, betapa lalainya kita.

Pernahkan kita selalu minta sesuatu kepada seseorang?
Pasti mereka akan berasa bosan bukan?

 Tahukah kita, Allah tidak pernah berasa  jemu mengampuni kita walaupun selalu memohon kepadanya.

Jom hayati hadis Qudsi dibawah ^_^

Daripada Abu Sa'id al-khudri bahawa ia mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Iblis berkata kepada tuhannya: 'Demi keperkasaan-Mu dan Keagungan-Mu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama roh masih berada di jasad mereka.' Allah swt menjawab: 'Demi keperkasaan-Ku dan Keagungan-Ku, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mana mereka meminta keampunan daripada-Ku."
(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi


Jom bertaubat
Get This

Wednesday, August 21, 2013

Istikharah kepada Allah, Musyawarrah dengan Manusia

BismillahirRahmanirRahim
Assalamualaikum dan Salam Kebahagiaan Semua ^_^

Apabila ada perkara yang ingin diadukan dan diminta pandangan, carilah Allah. Pencipta kita semua :) Allah adalah tempat sebaik-baik aduan. (Saya pernah menulis perkara ini pada entry lepas, BACA SINI.)
insafi dosa yang telah dilakukan, bermohon kepada Allah tanpa rasa jemu dan berbahagialah dengan ketentuan yang Allah tetapkan.:)

Seseorang yang ingin beristikharah kepada Allah perlu melakukan solat sunat istikharah di samping tidak meninggalkan apa-apa yang perlu dilakukan sebelum dan selepas solat.

Musyawarah dengan manusia pula ialah seseorang meminta pandangan dan nasihat para ulama' dan orang soleh berkenaan perkara yang diminta.

Rasulullah saw bersabda, maksudnya : "Apabila seseorang daripada kalian berhasrat sesuatu, tunaikanlah dua rakaat yang bukan fardhu." (riwayat al-bukhari, al-tirmizi dan lain-lain)

Namun, dalam musyawarah dengan seseorang, seelok-eloknya orang tersebut mestilah :
  • soleh dan bertaqwa
  • Berilmu
  • Berpengalaman dalam sesuatu hal dengan jalan yang benar
  • Amanah
Allah swt menyuruh Rasulullah saw bermusyawarah dengan para sahabat dalam urusan peperangan dan permasalahan keduniaan serta mengambil pendapat mereka seperti yang terdapat dalam ayat 159 surah Ali Imran
Maksud: Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.
 
Dalam ayat ini Allah menegaskan bahawa supaya menjadi teladan kepada umat islam untuk mengaplikasikan musyawarah dalam urusan mereka. 

Sekian, Wallahua'lam, semoga ambil manfaat apa yang baik



Get This

Tuesday, August 20, 2013

Kebenaran Itu Milik Allah, Bukan Di Barat dan Bukan Di Timur

Assalamualaikum ^_^



Saya tidak terkejut apabila bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dibebaskan daripada penjara oleh Mahkamah Mesir. Inilah tujuan sebenar rampasan kuasa yang dilakukan oleh tentera. Tidak perlu berlindung di sebalik alasan ekonomi dan sebagainya. Padahal kezaliman Hosni Mubarak selama 30 tahun menduduki takhta presiden satu fakta yang tidak boleh dinafikan sama sekali. Barangkali, Sheikh Al-Azhar yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera pun sudah berpuas hati dengan pembebasan Hosni Mubarak. Saya menghormati kelilmuan yang ada pada Sheikh Al-Azhar, namun pendirian beliau dalam hal ini jelas salah seterang cahaya matahari di siang hari. Pada saya, inilah ujian berat yang sedang dihadapi oleh gerakan Islam khususnya di Mesir iaitu di saat para pemimpin mereka disumbat ke dalam penjara manakala penjenayah besar dilepas bebas.

Berpuas hatilah kerajaan Saudi yang kuat menyokong rampasan kuasa tentera. Benarlah kenyataan bahawa kebenaran itu milik Allah, tidak di Barat dan tidak Timur. Sekalipun penjaga dua tanah suci dimuliakan Allah SWT dengan tugas ini, namun belum tentu mereka memegang anak kunci kebenaran. Di samping menjaga dua tanah Suci, Saudi jugalah yang menjaga telaga minyak yang menghilangkan haus Amerika sekian lama. Inilah satu-satunya negara yang dinamakan sempena nama pemerintahnya iaitu Bani Saud.

Justeru, janganlah Saudi menyangka dengan sokongan mereka kepada tentera Mesir, mereka boleh mempengaruhi seluruh umat Islam di dunia. Jika darah Abdullah bin Zubair radhiallahuanhu pernah tertumpah akibat diperangi oleh Hajjaj bin Yusuf di Tanah Mekah, apa peliknya darah umat Islam di negara lain tertumpah angkara pemerintah Saudi hari ini? Jika kabilah Arab Jahiliyyah pun pernah bertugas untuk menjaga Tanah Suci sebelum kedatangan Islam, apakah jaminan penjaga Tanah Suci hari ini bebas dari melakukan kesilapan?

Barangkali sedikit kasar kiasan saya, tetapi ia belum apa-apa jika dibandingkan dengan sokongan Saudi terhadap tindakan tentera Mesir yang telah membunuh ribuan rakyat yang tidak berdosa. Saya menyeru kepada jiwa-jiwa yang telah dimuliakan Allah SWT dengan ilmu agama, janganlah sesekali cenderung kepada kezaliman agar tidak disambar oleh api neraka.

Hari ini Mesir ditinggalkan 'saudara-saudara'nya, bagaikan Nabi Yusuf yang pernah dibuang oleh saudara-saudaranya di dalam telaga ribuan tahun yang lampau. Tetapi Baginda akhirnya diselamatkan dan menjadi penguasa Mesir. Saya yakin Insya-Allah, Mesir akan keluar dari telaga kezaliman para tentera dan akan bangkit semula sebagai sebuah bumi yang subur dengan gerakan Islam.

Pesan saya kepada para hakim yang membebaskan Mubarak sebagaimana pesan ahli sihir yang beriman kepada Firaun :

فَاقْضِ مَا أَنْتَ قَاضٍ إِنَّمَا تَقْضِي هَذِهِ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

yang bermaksud : Berhukumlah kamu selagi mana kamu boleh berhukum, sesungguhnya kamu hanya mampu berhukum di dalam kehidupan dunia ini sahaja... - Surah Toha, ayat 72

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)


Bertarikh : 13 Syawwal 1434H bersamaan 20 Ogos 2013M
Get This

Monday, August 19, 2013

#2 Designs Business Card Aku

Assalamualaikum dan Salam Kebahagiaan.

Alhamdulillah siap juga akhirnya, business card design sendiri.. Haa yang ni first business card aku.. Tapi satu je aku tak puas hati, aku tengok macam tak menarik jer design aku.. ^_^

InsyaAllah, kalau ada masa dan bajet lebih aku akan print Business Card ni.. 









Get This

Sunday, August 18, 2013

Muslimah Berpurdah ^_^

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah, sebenarnya aku dah lama siapkan doodle ni, hari ni baru nak post kat blog.. sebab malu dengan designer terkenal etep, dorang buat lebihh kemas dan lebih cantik daripada aku, maaflah kalau korang nampak cacat, ini adalah hasil karya pertama kali guna photoshop.. JiKalau korang nak ambil silakan ☺.. Jikalau ingin menukar warna bagitahu aku  disini aku boleh tolong tukarkan dan letak nama korang kat bawah ataupun korang boleh tukar sendiri download file photoshop disini.


gambar dibawah adalah semasa proses kerja-kerja dilakukan.

































Final Image




gambar sebelum diwarnakan




gambar tanpa background

korang boleh copy code HTML gambar ini untuk diletakkan dalam blog anda. @ copy gambar terus ^_^



copy koding kat bawah ni

<span style="font-family: Arial, Helvetica, sans-serif;"><br /></span>
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<a href="http://www.ahmad-amiruddin.com/" target="_blank"><img border="0" height="320" src="http://4.bp.blogspot.com/-sA0f-fyimG8/UhDTUV5S_0I/AAAAAAAACd8/wmXyIFGUjmY/s320/freebies+muslimah+no+bg.png" width="226" /></a></div>
<span style="font-family: Arial, Helvetica, sans-serif;"><br /></span>
Get This

Saturday, August 17, 2013

Baca Quran Tak Faham Maksud!! Lebih Baik Ko Tak Perlu Baca?

Assalamualaikum dan Salam Kebahagiaan ^_^




Sesudah solat asar kat masjid tadi, ada seorang pakcik tua laa katakan, tanpa ada tauliah bangun dan memberi ceramahnya. Aku amat khusyuk mendengar ceramahnya kerana syarahannya sungguh lancar. Dalam ceramah pakcik tuh, beliau ceramah mengenai bacaan Al-Quran tanpa fahami maksud.


Pakcik tu kata membaca Al-quran tanpa fahami maksud adalah perbuatan yang sia-sia. Aku mula berfikir pakcik ni waras ke tak? Aku mula lihat penampilan pakcik tu, urm memang pakaian tak terurus pom.


Pendapat pakcik tu aku memang tak setuju sangat, entah dari mana ilmunya diambil, Bagi aku pendapat sebegini akan membuatkan generasi umat islam tidak kenal lagi pada Al-Quran pada masa akan datang, kerana nak baca Al-Quran mesti tahu maksudnya kalau tak sia-sia sahaja. Kanak-kanak, remaja, dan warga emas yang baru berjinak dengan Al-quran, mereka akan berasa kecewa kerana apa yang mereka bacakan adalah perkara yang sia-sia.


Apa yang aku belajar selama ini, (maaflah ilmu saya belum cukup tinggi lagi) walaupun bacaan kita tidak memahami maksud, (kalau salah tolong perbetulkan yer ^_^)

1. Pahala akan tetap dapat kerana membaca Al-quran dikira sebagai ibadah jikalau kita ikhlas semata-mata kerana Allah. Jikalau membaca tafsirnya sahaja tidak dikira sebagai ibadah, jikalau dibaca kedua-duanya, InsyaAllah boleh pahala membaca dan pahala memahami maksudnya.

2. Al-Quran boleh memberi syafaat kepada pembacanya pada hari kiamat sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw
"Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya: Bacalah Al-Qur'an, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kpd pembacanya."
3.  Dapat menyucikan jiwa (tazkiyatul nafsi) pembaca. Korang boleh Baca Komik DISINI
-Kalau korang pernah baca kisah Umar r.a, mesti korang akan rasa sebak and then keluar air mata. Okey aku letakkan sikit kisah Umar r.a bagaimana beliau boleh memeluk agama islam. 
Korang lihat peristiwa pengIslaman panglima dan khalifah agung dahulu, Umar Al-Khattab. Bagaimana Umar ketika itu yang di ibaratkan musuh nombor satu umat ISLAM menjadi lembut dan membela nasib umat ISLAM selepas keIslamannya. Hal ini semua berlaku dengan ayat-ayat indah dari Kitab-Nya keluar dari mulut adiknya yang sudah memeluk ISLAM. Umar terpaku akan keindahan ayat-ayat yang di bacakan oleh adiknya. Maka, dengan sedikit kata-kata lembut daripada Rasulullah s.a.w telah berjaya melembutkan hatinya. Demikianlah penyucian jiwa. Tanpa melalui penyucian jiwa, seseorang itu tidak mampu menanggung beban agama yang besar seperti Umar Al-Khattab. Tugas Rasul sebagai medium penyucian jiwa telah termaktub dari Al-Quran, dari doa Nabi Ibrahim a.s :


“Wahai Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al-kitab dan hikmah serta mensucikan mereka. Engkaulah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” ( Al-Baqarah: 129 ).

Cuba Kearah lebih baik dari semalam.
Alhamdulillah kan sejak korang kecil lagi dapat mengenal Al-Quran . Masa zaman kanak-kanak ketika nak baca quran, korang kena mengenal hurufnya dulu, dan baris, kemudian baca petikan ayat muqaddam, muqaddam, kemudian Al-quran. Takkan lah apabila sudah mengenal Al-Quran setakat ini saja prestasi kita, cuba jadikan diri kita ini lebih terbaik dari semalam. Dan cuba pula kita fahami maksud Al-Quran, kan itu lebih baik, setelah fahami maksud cuba amalkan dalam kehidupan kita. 

Itulah tujuan sebenar Al-Quran diturunkan, bukan hanya setakat membacanya boleh pahala, Al-Quran diturunkan adalah sebagai panduan kehidupan manusia kearah kesejahteraan. InsyaAllah, saya berpesan kepada diri saya dan kamu semua marilah sama-sama kita cuba fahami maksud Al-Quran, kemudian amalkan. insyaAllah kebahagiaan milik kita ^_^


Wallahua'lam

Get This

Friday, August 16, 2013

Kenalkah Anda Pada Wajah Ini ? [SHARE]



Beliau merupakan bekas Rapper terkenal Jerman yang terkenal dengan nama Deso Dogg.Memeluk islam kemudian menukar nama nya kepada Abou Maleeq juga di kenali sebagai Abu Talha Al Almany.
Beliau telah meninggalkan Jerman.kerjaya,kemewahan yang beliau ada untuk berjihad Di Syria...SUBHANALLAH..

FIRMAN ALLAH SWT :

“Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (QS (Surah al-An’am, ayat 125)

p/s: cuba korang browser kat google, taip nama Deso Dogg banyak gambar beliau sebelum dan selepas islam. ^_^

Get This

Thursday, August 15, 2013

Muhasabah :( Kehidupan, Al-Quran Menjawab :)

"Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, Kecuali orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran."
sebelum itu tekan play muzik ini dulu, semoga ada touching ^_^



Sahabat... :)
Sebelum itu marilah kita bermula dengan Kalimah suci Bismillah
Mari membaca sejenak
Merenung  ke dalam diri

Apakah matlamat hidup kita duhai sahabat?
"Dan (ingatlah) aku tidak menciptakan cin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadah kepadaku" [51:56]

Justeru apakah yang kita lakukan hari ini?
"Dan ingatlah tiap-tiap sesuatu kami catatkan satu persatu dalam kitab (ibu suratan) yang jelas dan nyata."[36:12]

Adakah kita mengerti, apakah sebenarnya hakikat hidup ini?
"Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamanya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." [57:20]

Apakah kita masih ragu-ragu terhadap Al-Quran?
"Turunnya Al-Quran yang tidak ada keraguan padanya, (adalah) dari tuhan semesta alam"[32:2]

Siapakah yang menurunkan ayat-ayat ini?
"Kitab ini diturunkan dari Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"[45:2]

Mengapa Kadang-kadang kita terasa susah sangat mahu terima?
"Dan sesungguhnya kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang-orang mengambil pengajaran?[54:17]

Namun masih ada antara kita memandang Al-Quran dengan sebelah mata
" Maka patutkah kamu mengangap remeh sahaja Al-Quran ini? [56:81]

Sahabat...
kita terlalu berlumba-lumba mencari duit dan kesenangan dunia... 
tapi, Allah kata..
"Berlumba-lumbalah kamu kepada mendapatkan ampunan dari tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada ALLAH dan RASULNYA. Itulah kurniaan ALLAH, diberikanNya kepada siapa yang dikehendakiNya. Dan ALLAH mempunyai kurnia yang besar" [57:21]

SubhanAllah betapa kasihnya ALLAH kepada hambaNya

Sahabat..
Adakah dunia ini matlamat hidup kita?
"Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan gurau senda. Dan jika kamu beriman dan bertaqwa, ALLAH akan berikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta hartamu."[47:36]

Jadi... 
Inikah kehidupan Kita?
"Dan (Ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan kehidupan Akhirat tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan, dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan sebenar-benarnya, kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat"[29:64]

Tapi lamakah kita hidup di dunia ini?
"Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia)"[23:114)

Hakikatnya, kehidupan dunia @ akhirat lebih baik?
"Dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik untukmu dari dunia"[94:4]

Jika kita mengetahuinya apa yang kita lakukan?
"Sekali-kali jangan demikian. Sebenarnya kamu ( hai manusia) mencintai kehidupan dunia dan meninggalkan kehidupan akhirat"[75:20-21]

Kita semua mahu masuk Syurga Allah?
"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada ALLAH (wujudnya) orang-orang berjihad (yang berjuang bersungguh-sungguh) diantara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?"[3:124]

Sahabat..
Siapakah yang lebih baik menjadi tempat kita bergantung dan memohon pertolongan dalam mencapai cita-cita murni kita iaitu syurga Allah swt?
" Tidak ada seorang penolong pun bagi kamu selain daripadaNya dan tidak (pula) seorang pemberi syafaat. Maka apakah kamu tidak memperhatikan? [32:4]

Justeru sahabat........
Sentiasalah kita bermuhasabah diri agar kita tetap berada di landasan agamaNya.
Sentiasalah mentadabbur ayat-ayat Allah, agar hati kita sentiasa hidup dengan cahaya keimanan

Wallahu'alam

Get This
Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab