Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Friday, August 23, 2013

KEMBARA SETIA DI BUMI LARA


akulah kembara di dunia lara
membawa obor insan yang setia

pabila benar dikatakan celupar
pabila amanah dikatakan payah

pabila nyata dikatakan dusta
pabila teguh dikatakan rapuh
pabila gagah dikatakan lemah

pabila khianat dikatakan selamat
pabila berbohong dikatakan sokong
pabila menipu dikatakan perlu

pabila syaitan menjadi teman
pabila buaya menjadi raja

bagaimana hendak ku berkata?
dalam buana penuh angkara
pabila bahasa berputar-putar
pabila bicara bertukar-tukar

Pada Tuhan aku bersandar
benar tetap ku kata benar
Walau harganya mencabar sabar
Walau dihantar ke hutan belukar
Walau disambar api membakar

ku bayar nilai kejujuran hidup
Selagi jantungku masih berdegup

menggalas panas kesakitan berbekas
menanggung beban mengusung korban

akulah kembara lara di bumi Tuhan,
membela kebenaran nan penuh keperitan

mencari syurga di perhentian kehidupan


(karya: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)
Get This

2 comments:

  1. subhanAllah . nukilan yg penuh makna tersurat .
    pengembara yang mencari cahaya ILAHI .
    menggalas tanggungjawab sebagai khalifahNYA di bumi ini . :')

    ReplyDelete

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab