Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Thursday, October 17, 2013

Redha Ketentuan Dan Perancangan Allah!!




Beberapa hari yang lepas, saya berbual dengan salah seorang sahabat sekolah lama saya mengenai sambungan ke tempat pengajian. Tempat untuk menimba ilmu untuk meneruskan cebisan-cebisan hidup yang telah diamanahkah oleh Allah swt. Jadi, dalam perbualan saya tersebut timbul satu persoalanan dalam diri masing-masing kerana kos yang diamanahkan sangat berlainan apa yang diusahakan selama ini. Kisah hidupnya hampir sama dengan kisah saya, tetapi saya dulu pernah ditawarkan semasa SPM.

Memang peliklah, kami pernah mengambil sijil STAM, semasa di sekolah dulu, ramai ustazah-ustazah dan ustaz beritahu sijil STAM jalan mudah ke universiti, kerana kurang persaingan dalam pasaran IPTA. Itulah hasrat kami. Pada ketika itu, banyak perkara yang bermain dalam fikiran saya, tentu kalau mengambil sijil STAM boleh kos pengajian islam di IPTA kelak. Namun, hasrat saya selama ini tidak tercapai, memang hati ini sangat sedih berbanding nasib dengan rakan-rakan lain kerana kebanyakan mereka perolehi kos pengajian islam, di Usim, Uia, Unisza yang saya selalu terbanyang ketika stam dahulu.

Kadang-kadang, saya terfikir juga, “aku ni tersesat universiti kah?” sebab kenbanyakan mereka ke IPTA yang saya duduki adalah kebanyakan daripada lepasan matrik dan juga STPM. Dan itulah 0.5% pelajar STAM ke IPTA ini selalu menanyakan soalan yang sama di fikiran mereka.

Jadi, untuk mengelakkan rasa penyesalan dalam diri masing-masing kami, saling berpesan diantara satu sama lain, ini adalah ketentuan Allah, Allah maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Berdoalah pada dan bertawakkal, yang penting kita masih meneruskan pelajaran.
——————————————————-
Ketentuan Allah Dan Perancangan Allah Adalah Terbaik.

Tentu setiap orang daripada kita mesti ada perancangan kan? dan amat jarang sekali perancangan itu menepati kehendak kita jikalau tidak pada kehendak Allah. Memang, kita mempunyai perancangan demi perancangan untuk meneruskan cebisan hidup yang telah diamanahkan oleh Allah swt. Sebaik-baik perancangan adalah memohon keredhaan Allah swt, kerana perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Jadi apa yang ditentukan oleh Allah kita hendaklah redha dan ikhlas menerima walaupun kita rasa sukar, insyaAllah akan jadikan lebih mudah untuk kita. Mungkin kita tidak tahu kebaikan di sebalik ketentuan Allah dan juga mungkin kita tidak tahu keburukan disebalik kehendak kita. 

Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.”

Dalam Al-Quran
Kita mempunyai buku panduan iaitu Al-Quran, jadi Al-Quran adalah rujukan dan panduan terbaik untuk umat manusia meneruskan kehidupan. Jadi Dalam Al-Quran sudah menyatakan masalah ini 1400 tahun dahulu lagi sebagaimana Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 216 bermaksud 
dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

Akhir Kata
Oleh yang demikian, beranggapan baiklah kita dengan segala ketentuan Allah. Sememangnya di sana telah ditakdirkan yang terbaik untuk kita semua. Percayalah Dialah Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Maha Perkasa.

Get This

keluhan seorng isteri

Minggu lepas saya ada belajar subjek TITAS, Tiba-tiba pensyarah bagi soalan tugasan kumpulan untuk menjawab persoalan keluhan seorang wanita dihadapan pelajar. Tak tahu la pula ada kaitan ke tak dengan titas?? Tak apa lah mungkin boleh menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam rumah tangga.  ^_^


———————————————————–
Soalan Isteri 1: ” Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada ker islam kata suami wajib taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Ok begini, Isteri merupakan amanah Allah yang diberikan kepada suami untuk menjaganya dengan sebaik mungkin dan merupakan tanggungjawab yang besar bagi suami. Sebab itu perempuan diwajibkan mentaati suaminya selagi tidak melanggar hukum syara’ dan tidak melanggar larangan agama. 

Dalam ijab dan qabul suami ikrar pada Allah swt untuk bertanggungjawab keatas isteri, maka itulah ertinya suami akan menanggung segala urusan isteri, keperluan, bahkan dosa-dosa isteri. Seperti tidak menutup aurat, solat, puasa semuanya ditanggungjawabkan atas suami dan dipersoalkan diakhirat kelak. 

Apabila, sekian lama berkahwin, suami akan menjadi ayah, bermakna ditambahkan lagi tangungjawab untuk menjaga anak-anaknya untuk menyara keperluan nafkah dan pendidikan anak-anak. 

Selain itu, tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapa tidak terputus walaupun sudah berkahwin, suami diwajibkan untuk menjaga kedua ibu bapanya, sebaliknya si isteri tidak wajib menjaga kedua ibu bapanya setelah berkahwin.Malah anak lelaki perlu menjaga ibunya tiga kali ganda daripada bapa. Lelaki @ bapa siapa pula menjaga? Isterilah yang akan menjaga lelaki, maksudnya memberi layaran pada suami.

 Sebab itulah pembahagian harta pusaka lebih kepada anak lelaki kerana mempunyai pelbagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Wanita walaupun sedikit, harta pusaka tersebut hanya untuk dirinya sahaja. Kadang-kadang benda ini pun dipersoalkan oleh wanita kerana tidak adil dalam pembahagian harta pusaka.

Seseorang isteri tidak payah untuk ke syurga, kerana tanggungjawabnya hanya untuk suami dan Allah sahaja, mereka hanya perlu melakukan 4 perkara ini, dan boleh memilih mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Mudah bukan seseorang wanita itu masuk syurga? Bukankah hidup seorang muslim tujuan hanya satu!! tentulah ke syurga. Jadi perkara itu sebenarnya tidak perlu dipersoalkan oleh seorang isteri. Agama Islam, adalah agama daripada Allah, bukan daripada manusia atau Rasulullah saw. Rasulullah hanya menyampaikan agama islam sahaja kepada masyarakat yang diamanahkan oleh Allah sebagai pesuruh Allah. 

Jadi, agama islam adalah agama terbaik dan sesuai dengan peredaran zaman dan tidak ada penindasan dan tidak adil pada sesuatu kaum, Allah maha mengetahui atas apa yang berlaku terhadap makhluknya dan sesuai dengan makhluknya.

Siapa ingin melontarkan pendapat, komen atau menambah baik artikal saya sila komen kat bawah..
Get This

Monday, September 30, 2013

Keluhan Seorang Isteri Kurang Didikan Agama

Minggu lepas saya ada belajar subjek TITAS, Tiba-tiba pensyarah bagi soalan tugasan kumpulan untuk menjawab persoalan keluhan seorang wanita dihadapan pelajar. Tak tahu la pula ada kaitan ke tak dengan titas?? Tak apa lah mungkin boleh menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam rumah tangga.  ^_^


-----------------------------------------------------------
Soalan Isteri 1: " Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada ker islam kata suami wajib taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?"

Ok begini, Isteri merupakan amanah Allah yang diberikan kepada suami untuk menjaganya dengan sebaik mungkin dan merupakan tanggungjawab yang besar bagi suami. Sebab itu perempuan diwajibkan mentaati suaminya selagi tidak melanggar hukum syara' dan tidak melanggar larangan agama. 

Dalam ijab dan qabul suami ikrar pada Allah swt untuk bertanggungjawab keatas isteri, maka itulah ertinya suami akan menanggung segala urusan isteri, keperluan, bahkan dosa-dosa isteri. Seperti tidak menutup aurat, solat, puasa semuanya ditanggungjawabkan atas suami dan dipersoalkan diakhirat kelak. 

Apabila, sekian lama berkahwin, suami akan menjadi ayah, bermakna ditambahkan lagi tangungjawab untuk menjaga anak-anaknya untuk menyara keperluan nafkah dan pendidikan anak-anak. 

Selain itu, tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapa tidak terputus walaupun sudah berkahwin, suami diwajibkan untuk menjaga kedua ibu bapanya, sebaliknya si isteri tidak wajib menjaga kedua ibu bapanya setelah berkahwin.Malah anak lelaki perlu menjaga ibunya tiga kali ganda daripada bapa. Lelaki @ bapa siapa pula menjaga? Isterilah yang akan menjaga lelaki, maksudnya memberi layaran pada suami.

 Sebab itulah pembahagian harta pusaka lebih kepada anak lelaki kerana mempunyai pelbagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Wanita walaupun sedikit, harta pusaka tersebut hanya untuk dirinya sahaja. Kadang-kadang benda ini pun dipersoalkan oleh wanita kerana tidak adil dalam pembahagian harta pusaka.

Seseorang isteri tidak payah untuk ke syurga, kerana tanggungjawabnya hanya untuk suami dan Allah sahaja, mereka hanya perlu melakukan 4 perkara ini, dan boleh memilih mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Mudah bukan seseorang wanita itu masuk syurga? Bukankah hidup seorang muslim tujuan hanya satu!! tentulah ke syurga. Jadi perkara itu sebenarnya tidak perlu dipersoalkan oleh seorang isteri. Agama Islam, adalah agama daripada Allah, bukan daripada manusia atau Rasulullah saw. Rasulullah hanya menyampaikan agama islam sahaja kepada masyarakat yang diamanahkan oleh Allah sebagai pesuruh Allah. 

Jadi, agama islam adalah agama terbaik dan sesuai dengan peredaran zaman dan tidak ada penindasan dan tidak adil pada sesuatu kaum, Allah maha mengetahui atas apa yang berlaku terhadap makhluknya dan sesuai dengan makhluknya.

Siapa ingin melontarkan pendapat, komen atau menambah baik artikal saya sila komen kat bawah..
Get This

Friday, September 27, 2013

Redha Ketentuan Dan Perancangan Allah!!



Beberapa hari yang lepas, saya berbual dengan salah seorang sahabat sekolah lama saya mengenai sambungan ke tempat pengajian. Tempat untuk menimba ilmu untuk meneruskan cebisan-cebisan hidup yang telah diamanahkah oleh Allah swt. Jadi, dalam perbualan saya tersebut timbul satu persoalanan dalam diri masing-masing kerana kos yang diamanahkan sangat berlainan apa yang diusahakan selama ini. Kisah hidupnya hampir sama dengan kisah saya, tetapi saya dulu pernah ditawarkan semasa SPM.

Memang peliklah, kami pernah mengambil sijil STAM, semasa di sekolah dulu, ramai ustazah-ustazah dan ustaz beritahu sijil STAM jalan mudah ke universiti, kerana kurang persaingan dalam pasaran IPTA. Itulah hasrat kami. Pada ketika itu, banyak perkara yang bermain dalam fikiran saya, tentu kalau mengambil sijil STAM boleh kos pengajian islam di IPTA kelak. Namun, hasrat saya selama ini tidak tercapai, memang hati ini sangat sedih berbanding nasib dengan rakan-rakan lain kerana kebanyakan mereka perolehi kos pengajian islam, di Usim, Uia, Unisza yang saya selalu terbanyang ketika stam dahulu.

Kadang-kadang, saya terfikir juga, "aku ni tersesat universiti kah?" sebab kenbanyakan mereka ke IPTA yang saya duduki adalah kebanyakan daripada lepasan matrik dan juga STPM. Dan itulah 0.5% pelajar STAM ke IPTA ini selalu menanyakan soalan yang sama di fikiran mereka.

Jadi, untuk mengelakkan rasa penyesalan dalam diri masing-masing kami, saling berpesan diantara satu sama lain, ini adalah ketentuan Allah, Allah maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Berdoalah pada dan bertawakkal, yang penting kita masih meneruskan pelajaran.
-------------------------------------------------------
Ketentuan Allah Dan Perancangan Allah Adalah Terbaik.

Tentu setiap orang daripada kita mesti ada perancangan kan? dan amat jarang sekali perancangan itu menepati kehendak kita jikalau tidak pada kehendak Allah. Memang, kita mempunyai perancangan demi perancangan untuk meneruskan cebisan hidup yang telah diamanahkan oleh Allah swt. Sebaik-baik perancangan adalah memohon keredhaan Allah swt, kerana perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Jadi apa yang ditentukan oleh Allah kita hendaklah redha dan ikhlas menerima walaupun kita rasa sukar, insyaAllah akan jadikan lebih mudah untuk kita. Mungkin kita tidak tahu kebaikan di sebalik ketentuan Allah dan juga mungkin kita tidak tahu keburukan disebalik kehendak kita. 

Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.”

Dalam Al-Quran
Kita mempunyai buku panduan iaitu Al-Quran, jadi Al-Quran adalah rujukan dan panduan terbaik untuk umat manusia meneruskan kehidupan. Jadi Dalam Al-Quran sudah menyatakan masalah ini 1400 tahun dahulu lagi sebagaimana Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 216 bermaksud 
dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

Akhir Kata

Oleh yang demikian, beranggapan baiklah kita dengan segala ketentuan Allah. Sememangnya di sana telah ditakdirkan yang terbaik untuk kita semua. Percayalah Dialah Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Maha Perkasa.


Get This

Tuesday, September 24, 2013

♥UNTUK DIRIKU♥

بسم الله الرحمن الرحيم

Duhai diriku,
Kehidupan tak selalunya mudah,
Kehidupan tak selalunya indah,
Kehidupan tak selalunya bahagia,
Kehidupan tak selalunya ada apa yang diminta.


Duhai diriku,
Ada ketikanya Allah swt menguji diri ini,
Setiap hari mesti ada ujian yang Allah berikan,
Ada ketikanya aku sedar akan ujian itu,
Ada ketikanya ujian itu datang tanpa aku sedari.

Allah selalu hadirkan ujian itu tanpa disedari,
Seringkali aku menyalahkan takdir Allah tanpa sedari,
Jarang sekali aku menyangka bahawa itu adalah ujian dari Allah.
Betapa lemahnya iman yang aku miliki.

Aku tahu, ujian itu adalah untuk hambaNya,
Untuk menguji kekuatan iman hambaNya,
Untuk memberi pahala dan dosa,
Sebagai bekalan akhirat kelak.

Aku seorang insan yang lemah,
Aku seringkali terlena dengan buaian dunia,
Aku tak mampu kawal diriku sendiri,
Bakal Perhiasan dunia seringkali melemahkan imanku.

Aku sedar,
Seringkali aku terlupa akan Engkau
Jarang kali, aku bangun malam untuk Engkau,
Jarang kali aku berdialog dengan khusuk bersama Engkau.
Acap kali aku sibuk dengan keindahan dunia,
Sehingga diriku tidak sempat bersamaMu selalu.

Duhai diriku,
Ingatlah kamu pada yang esa,
Dialah yang menciptakan kamu,
Berdoalah pada Dia selalu,
Beribadahlah padaNya selalu

Bacalah panduan dariNya selalu.
InsyaAllah, akan dapat kemanisan iman.
InsyaAllah,Keindahan, Kebahagiaan dunia menanti,
InsyaAllah syurga milik kita.

Catatan dari insan yang lemah
Amir | 

Get This

Saturday, September 14, 2013

Renungan

Dikala Senja,
Ku Merenungkan Kata-Kata Ini.

Barang siapa yang menginginkan teman,
Cukuplah Allah menjadi temannya,


Barang siapa menginginkan kekayaan,
Cukuplah Qana'ah menyertainya...


Barangsiapa yang menginginkan nasihat,
Cukuplah kematian menasihatinya,


Barangsiapa menginginkan harta simpanan,
Cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya..


Barangsiapa tidak mencukupi keempat-empat hal ini,
Cukuplah NERAKA baginya

Get This

Wednesday, September 11, 2013

Tarbiah Agama, Wardah Pengalaman


Assalamualaikum w.b.t

Sudah lama aku tidak menulis di sini, minda aku sudah menjadi kosong, blog sudah berhabuk.
Hampir 2 minggu kakiku melangkah ke IPTA, Cepat sangat masa berlalu. Ini adalah pengalaman pertama aku melangkah ke IPT dan pengalaman pertama tinggal di asrama. Selepas SPM dahulu  banyak dilema-dilema dan pengalaman yang aku tidak boleh melupakan. Aku pernah ditawarkan di universiti unisza dan juga aku pernah ditawarkan ke Universiti Jordan Al-Bayt, tetapi semua itu aku tolak dengan sebab-sebab tertentu, dan aku teruskan STAM.

Aku juga pernah terfikir, kalau aku ambil STAM aku boleh ke mesir :) tetapi tahun ni kat mesir berlaku sekali lagi revolusi terpaksa aku menolaknya. 

Selama 6 tahun aku ditarbiahkan dalam didikan agama di sekolah menengah agama, tambahan pula akhir sijil aku adalah Sijil Tinggi Agama Malaysia. Cita-cita aku adalah untuk menjadi salah seorang dari golongan agamawan dan menjadi salah seorang da'ie dan seorang usahawan. Jadi IPT aku aku idam-idamkan universiti yang ada kos pengajian islam seperti USIM, UIAM, UM, UNISZA

Terpaksa Menerima
Aku ditakdirkan ke Universiti yang aku tak pernah terfikir dalam fikiran aku selama ini. Universiti yang penuh sekular. Memang, selama 6 Tahun aku dalam tarbiah dan didikan agama, kehidupan, sosial yang islamik. Tetapi apabila aku ke sini, aku sangat terkejut dengan kehidupan disini.

Kadang-kadang, aku terfikir. Negara Malaysia adalah negara Islam, Menteri Pendidikan Malaysia adalah beragama islam. Kenapa mereka tidak mewajibkan cara pemakaian mengikut syariat islam bagi beragama islam. Tetapi aku berfikir balik, aku adalah dari sekolah agama 6 tahun aku ditarbiah agama. Adakah Allah swt menghantar aku ke sini untuk mentarbiah @ da'ie untuk pelajar disana? Ya Allah, Iman dan ilmu  aku belum stabil dan kukuh lagi. 

Aku, tengok hanya 10% sahaja muslimah dari produk kilang sekolah agama. dan hanya 2 orang sahaja yang memakai purdah. Aku tahu mungkin U ini adalah bukan pilihannya. Munkin mereka terpaksa ke sini kerana tiada pilihan. Ini adalah takdir Allah, mungkin 10% itu yang Allah hantarkan adalah untuk mentarbiahkan 50% lagi yang lain.

Aku bersyukur
Alhamdulillah, walaupun aku ke sini, aku sangat bersyukur kerana aku masih lagi diberi peluang oleh Allah swt untuk menuntut ilmu. Aku ditakdirkan untuk mengambil kos Islamic Banking Pentadbiran Perniagaan. Urm bolehlah, walaupun sudah 2 tahun aku meninggalkan subjek akademik aku kena refresh balik subjek tingkatan 5 dahulu. :)

Kadang-Kadang aku terfikir, jikalau golongan agamawan hanya menceburi bidang agama dan bergaul dengan golongan agamawan, siapa pula akan bergaul dengan golongan yang kurang didikan agama dan juga golongan sekular. Ustaz, Ustazah lepasan Universiti mengajar disekolah, Pendakwah mendakwah di masjid dan juga di media, adakah golongan kurang didikan agama dan sekular akan mendegar da'ie mereka? munkin ada hanya segelintir. Aku, terfikir untuk mendakwah golongan sebegini adalah kita sebagai golangan agamawan mesti menjadi sahabat kepada mereka, samada cuba menceburi bidang yang lain dari bidang agama.

Seperti contoh, menceburi dalam dunia perlakonan mendakwah secara tanpa sedar dan sebagai idola peminat, keusahawanan , dan lain-lain, dengan itu kita sebenarnya boleh merapatkan diri lebih rapat dengan masyarakat. Dan seterusnya menangkis pemikiran negatif mereka terhadap golongan agama.v Get This

Friday, August 30, 2013

The Bidadari


Assalamualaikum,
SubhanAllah, saya tengok video ini sangat tersentuh
Banyak pengajaran yang dapat, walaupun video ni diterbitkan khas untuk perempuan, Banyak sangat pengajaran dapat diambil. Terima Kasih Kepada Penerbit Video ni ^_^
Pasal pengajaran tu saya tak nak bagitahu, jadi tengok sendiri yer buat kesimpulan sendiri nanti ^_^

Get This

Sunnah-Sunnah Hari Jumaat


Get This

Thursday, August 29, 2013

Tuannya "DiKayakan" Oleh Ilmunya

Assalamualaikum dan Salam Kebahagiaan




Bila sebut harta siapa yang tak nak, semua manusia yang hidup di dunia ini memerlukan harta untuk meneruskan kehidupan mereka samada miskin, kaya, malahan mereka yang zuhud sekalipun.

Kebanyakan manusia, acap kali mengidam-idamkan harta yang banyak, tetapi kenapa apabila harta itu bertambah kita ini seolah-oleh bertambah miskin. Kenapa hal ini terjadi?


Ok, sebelum menjawab persolan ini, saya suka ingin memberikan sedikit klu untuk jawapan ini. Apabila harta bertambah, kita seringkali merancang untuk membeli sesuatu dengan keinginan kita, seperti contoh kereta, perabot, pakaian dan lain-lain yang serba baru, semakin banyak harta semakin besar keinginan kita, padahal sebelum ini, kita boleh menjalan kehidupan-kehidupan yang normal seperti biasa. Akhirnya duit bertambah menjadi susut akibat keinginan meningkat.


Mereka dikatakan miskin sebenarnya bukan dikatakan harta @ duit yang sedikit tetapi keinginan mereka yang meningkat.Itulah akibatnya apabila diri ini dikawal oleh nafsu bukannya dikawal oleh iman dan ilmu. Mereka yang benar-benar miskin adalah mereka yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan dan juga ilmu untuk menyara kehidupan.


Inilah sebenarnya hakikat kehidupan, wang dan harta sebenarnya tidak pernah mencukupi selagi nafsu mengawal diri, Tetapi dengan ada ilmunya, bagaimana simiskin boleh menkayakan dirinya dan bagaimana sikaya boleh mengawal hartanya kearah yang lebih baik supaya mereka sentiasa kaya kearah mengabdikan dirinya kepada Allah swt.

Kita seringkali mencari kehidupan dengan kemewahan dunia dengan mencari harta, tetapi ramai yang tidak sedar bahawa usia kita semakin meningkat dan kita sebenarnya semakin dekat untuk menghadapi Allah swt, yang mana itu semestinya memang pasti akan berlaku setiap hidupan. Bagaimana kita akan menghadapi ilahi kelak apabila tiada ilmu? sama-sama fikirkan.

Sebenarnya tidak salah mencari harta untuk kehidupan dunia, apa yang salah mencari harta untuk kemewahan kehidupan dunia yang mana seringkali mereka lupakan akan PenciptaNya iaitu Ar-Razak. Mereka mencari dan menghabiskan harta bukan menggunakan iman dan juga ilmu tetapi mereka menghabiskan harta dengan nafsu. Inilah yang salah sebenarnya. ^_^

Bagaimana Untuk Mencari Harta Untuk Kemewahan Dunia Dan Akhirat.
Mencari kemewahan dunia, seringkali kita kaitkan dengan harta, tetapi disini saya ingin mengaitkan mencari kemewahan dunia dengan mencari ilmu. Ya, saya yakin dengan adanya ilmu kita dapat cari harta , dengan adanya ilmu kita boleh tingkatkan iman, dengan adanya ilmu kita dapat mengawal harta kita kearah yang betul, dengan adanya ilmu kita dapat menggunakan harta kearah mendekatkan diri kepada Allah swt. Dan yang paling penting bagaimana dengan adanya ilmu, kita boleh menggunakan harta kita sehingga ke Alam kubur dan menjadi bekalan diakhirat kelak. 

Disini, saya tidak perlu menjelaskan secara terperinci apa yang saya katakan diatas, saya yakin sahabat boleh memahami apa yang saya katakan. Apa tujuan yang saya ingin menyampaikan disini ialah mencari ilmu itu adalah sangat penting untuk kehidupan manusia. Tiada ilmu kita tidak mampu meneruskan kehidupan. 

Dalam, apa-apa artikal saya, saya suka memberi contoh,kita pergi kenegara atau negeri orang lain tanpa membawa sebarang harta. Bagaimana untuk kita meneruskan kehidpan tanpa ada harta? tetapi dengan ada ilmu walaupun tanpa harta kita mampu meneruskan kehidpan disana. Sebagai contoh kita mempunyai ilmu agama, kita boleh mencari institusi agama untuk mencari kerja sambilan atau membuka kelas agama dan sebagainya.

Contoh yang lain, kita diberikan satu juta, tanpa ilmu kita boleh menghabiskan satu juta dalam masa tiga hari tanpa pulangan hasil. Itulah, ilmu adalah sangat penting dalam kehidupan manusia. Ilmu akan dapat mengkayakan kita, manakala harta pula dapat memiskinkan kita. 

Oleh itu, kita sebagai umat islam, menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap orang islam, sebagaimana sabda Rasulullah saw: Yang diriwayatkan


Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."



Sebenarnya banyak hadis mengenai kelebihan menuntut ilmu, tak perlulah saya meletakkan satu persatu, anda boleh cari sendiri hadis tersebut samada bertanya kepada yang lebih arif atau boleh didapati dengan carian dari ust.google.

Wallahu'alam,
maaf andainya terdapat banyak kesalahan dan juga mengguris perasaan mana-mana pihak, jikalau saya tersilap tolong betulkan, apa yang baik ilham dari ilahi, apa yang lemah, kelemahan saya sendiri yang perlu diperbaiki. Semoga kita semua tergolong dari golongan orang-orang yang bertaqwa. -->SEKIAN  ^_^

Get This

Tuesday, August 27, 2013

Manisnya "Bercinta" dan Mendapat "Kecintaan" ^_^

BismilillahirRahmanirRahim
ASsalamualaikum dan Salam Kebahagiaan




Bunyi tajuk artikal saya kali ini perkara biasakan. :)
Bercinta? Istilah cinta memang perkataan ini tidak asing lagi bagi kebanyakan remaja. Malah kanak-kanak pom sudah boleh mengerti maksud bercouple.

"Bercinta" bagi fahaman ramai adalah berkaitan dengan lelaki dan perempuan iaitu bercinta-centun antara lelaki dan perempuan. Berkasih sayang antara satu sama lain yang belum diakadkan. Ini bererti kearah penzinaan dan Allah melarangkan kearah zina. Allah swt berfirman:

وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا

Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)

Ok, bagi artikal saya kali ini, bukan mengenai cinta antara lelaki dan perempuan, tetapi Bercinta dengan Allah. Itulah cinta yang hakiki, Sang Pencipta kita, iaitu Al-Khaliq. Memang tidak dapat dinafikan kebanyakan remaja hari ini mengentengahkan cinta mereka kearah menjauhkan diri daripada Allah. Mereka senantiasa mendekatkan diri kearah maksiat dan penzinaan. ^_^

Ramai, remaja dari golongan beragama 'sikit' berkata "Saya bercinta mengikut landasan syariat islam, tak de pegang-pegang, berdating pom tak pernah, malah bertemu mata antara satu sama lain pom tak pernah, kami hanya merapatkan hubungan sillaturrahim kami melalui mesej sahaja dan itu pom mesej kami tidak tersasar dari landasan agama. kami saling ingat memperingati tentang agama, solat, puasa, kata-kata nasihat dan kami seringkali saling mengejutkan bangun tahajud setiap malam. ^_^ (sweetnya)


Ya, cinta begitu memang bagus, sentiasa memperingatkan kepada Allah, tapi satu sahaja masalah yang jarang menyedarinya, walaupun berlandaskan syariat, tapi penzinaan hati tetap ada, kerana setiap manusia mempunyai nafsu dan syaitan yang sentiasa menyesatkan manusia.


Kita sebagai Remaja Rabbani, remaja islami, apa kata kita cuba tukar kalimah cinta itu kepada cinta Allah,secara tidak langsung kita mencintai Rasulullah dan juga Al-Quran. Bercinta dengan Allah bukan susah seperti kita cinta pada manusia. Cinta pada Allah kita hanya sentiasa berhubung dan bercakap dengan Allah dengan No Telefon 24434 (solat lima waktu). Dan dengan ibadah tambahan pada malam hari. 


Manisnya iman apabila mencintai Allah, Sebagaimana Sabda Rasulullah saw.


عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ
Ertinya:
Dari Anas bin Malik RA, bersabda Rasulullah SAW: “Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul lebih dari cintanya kepada yang lain; siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (dari kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api.”

(HR. Muslim)



Bagaimana Untuk Mendapatkan Cinta Allah?
1.membaca Al-Qur’an dengan merenungi dan memahami maknanya.

2.mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah yang sunnah, setelah mengerjakan ibadah yang wajib.

3.terus-menerus mengingat Allah dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.

4.lebih mendahulukan kecintaan pada Allah daripada kecintaan pada dirinya sendiri ketika dia dikuasai hawa nafsunya.

5.merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.

6.memperhatikan kebaikan, nikmat dan karunia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir maupun batin.

7.menjauhi segala sebab yang dapat menghalangi antara dirinya dan Allah Ta’ala.

8.Sentiasa menghadiri majlis ilmu

Mendapat cinta Allah adalah satu nikmat yang terbesar kepada kita, Apabila Allah mencintai kita, segala makhluk seluruh Alam Semesta mencintai kita termasuklah haiwan, tumbuhan dan sebagainya. 

Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :


"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)

P/s: Mengenai jodoh kita janganlah risau, semua itu adalah urusan dan takdir Allah, 
Allah Swt berfirman: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah: 216).

Apabila kita mencintai Allah,menjadi orang Soleh, Solehah, hati yang bersih, InsyaAllah Allah akan temukan kita dengan pasangan yang baik.

Allah Swt berfirman: “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula}” (QS. An Nuur: 26).

Saya yakin semua orang nak pasangan yang baik malah walaupun orang itu jahat sekalipun.

Oleh, itu saya suka berpesan kepada diri saya dan sahabat, marilah kita sama-sama mencintai Allah, dan Rasul Allah, secara tidak langsung kita mendapat kemanisan iman dan akan mendapat cinta Allah, apabila mendapat cinta Allah seluruh makhluk akan menyayangi kita insyaAllah. (maaf entry kelam kabut)

Wallahua'lam
Get This

Monday, August 26, 2013

Blog Aku Akan Bertukar Ke Wordpress!!

BismillahirRahmaniRahim
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, semalam dah selesai beli hosting dengan i Page.com dengan harga $36.95(RM112.52) hosting selama 2 tahun.



Sebenarnya sebelum ni aku ada satu blog perniagaan yang aku beli dari google, alhamdulillah sedikit sebanyak dapatlah juga income. Tapi, entahlah kenapa tiba-tiba hari tu domain tu tak leh nak buka dengan blog.

Jadi, aku fikir, kalau aku benar-benar serius dalam perniagaan online, kenalah sewa hosting senang nak urus. :) Jadi aku beli hosting yang boleh unlimited domain, jadi sambil-sambil tu aku boleh pindah domain ahmad-amiruddin.com ni kat hosting tu juga.

nah ni plan hosting i page.com

InsyaAllah, aku akan pindah domain ni ke wordpress.. :) maaf yer my follower. tak apa korang masih boleh follow melalui google plus nanti :)

sekarg masih menunggu 4 hari lagi untuk pihak enom.com pindah domain tu :)
Get This

Apakah Santapan Rohani?

Santapan Rohani adalah iman, hidayah, taufik, ilmu zikrullah, muhasabah, tafakkur, istighfar dan hikmah.
Santapan rohaniah inilah yang telah banyak diabaikan oleh manusia sehinggakan rohaniah mereka kering kontang kelaparan.
Lihat!!
Manusia sudah amat tidak adil pada dirinya sendiri!
Dia hanya mementingkan tubuh lahir (jasmaniah) sahaja sebaliknya telah mengabaikan dan menganaktirikan rohaniahnya ^_^

Adainya kita perhatikan di kaca televisyen dan media-media cetak, kita dapati begitu banyak iklan mengenai syampu, sabun dan segala set penjagaan badan. Selain itu media elektronik seperti blogger, media sosial dan sebagainya lebih banyak kepada hiburan, gosip, dan juga bahan ejekan. Ia lebih banyak berbanding kapsul tip-tip mendidik jiwa, mengekang nafsu dan membersih kekotoran mazmumah di dalam diri.

Saya memang tidak suka kepada media berbentuk begitu, hal ini, saya sebagai manusia yang lemah saya memerlukan lebih kepada santapan rohani, ^_^ supaya dapat mendidik hati yang sentiasa berada dalam kekotoran. InsyaAllah. Bagaimana pula dengan korang(anda) suka tak media macam tu?

Maaflah, aku (saya) tak ada idea sangat nak buat entry hari ni, 
akal sudah kekosongan, 
dan hati sudah dipenuhi dengan hasutan syaitan dan nafsu mengelegak, 
maafkan aku Ya Allah, aku tak mampu menjaga diriku sendiri, sesungguhnya aku bergantung pada-Mu.Ya AllahEngkau utuskan aku seorang insan agarku dapat melabuhkan cintaku pada-Mu, agar dapat sentiasa menasihati imanku yang rapuh ini. Ampunilah dosaku.
Get This

Saturday, August 24, 2013

Senjata Mukmin

Semua orang tahu bahawa senjata mukmin ialah doa. 
Namun pengetahuan ini hanya akan lengkap apabila mereka sedar bahawa bantuan Allah hadir untuk mereka yang menurut perintahNya dan meninggalkan laranganNya.
Maka jagalah ibadah kita yer dan jauhi perkara munkar terlebih dahulu.

Harus kita ingat, selepas berdoa kita mesti berusaha. Ramai dikalangan kita setelah berdoa mereka menunggu keajaiban daripada Allah tanpa berusaha.

okey saya nak bagi contoh(kalau korang nak buat tiada masalah)
Mula-mula ambil periuk, dan masukkan beras, masukkan air secukupnya. Dan selepas itu kita letak atas meja. Angkat tangan dan berdoa dengan bersungguh-sungguh sehingga menitis air mata :( "Ya Allah! bagilah beras ini masak menjadi nasi. Tolongi aku Ya Allah, aku lapar ni" Tolonglah sesungguhnya engkau tuhan Maha berkuasa.. Urm agak-agaklah masak tak beras tu?

Lihat bagaimana Rasulullah Saw mengajar umatnya supaya menjadi contoh teladan buat kita:)
Walaupun Baginda berdoa, tetapi baginda tetap berperang di medan Badar bagi menegakkan islam. Baginda berdoa dan terus tetap konsisten mendidik hati dan jiwa para sahabat dalam mendalami Islam.
Baginda berdoa dan terus berusaha
^_^

Kemudia apabila berusaha yang diiringi dengan doa, tetapi tiba-tiba kita tidak dapat natijahnya, seperti doa kita tidak dimakbulkan. Jika begitu jaganlah kita menyalahi Allah dan takdir Allah. 
Ingat setiap keputusan urusan kehidupan kita telah ditentukan oleh Allah. Sematkanlah dalam hati bahawa semua perkara yang berlaku kepada kita semestinya ada hikmah di sebaliknya.

Disini saya lebih suka untuk memberikan contoh,
Kita memiliki sebuah kenderaan, sebelum bertolak pergi kerja atau pulang kerumah,kita telah berdoa agar Allah mudahkan perjalanan kita. Ketika dalam perjalanan tiba-tiba tayar kenderaan panjit (bocor). Mungkin pada mulanya kita anggap sebagai musibah. Memang itu satu musibah.
Tapi mungkin juga jika tayar tak pancit(bocor), kita teruskan perjalanan ada perkara lain pula yang berlaku.

Suka saya ingatkan balik diblog tak seberapa ni, Sematkanlah dalam hati bahawa semua perkara yang berlaku kepada kita semestinya ada hikmah di sebaliknya.

Wallahua'lam, 
Semoga bermanfaat walau sebesar zarah 
^_^
Get This

Andainya Rasulullah Masih Ada... :(

Sahabat sekalian, hari ini dah berapa kali kita berselawat keatas Baginda Saw?
Astargfirullahalazim, bertapa lalainya kita memperingati Rasulullah Saw.
Jom berselawatlah keatas Nabi Muhammad saw
^_^


Andainya Rasulullah masih ada... INGIN SEKALI AKU MENDEGAR DAN MELIHAT BAGINDA BERBICARA

Al-Hasan Bin Ali r.a meriwayatkan:
"Aku pernah bertanya kepada pakcikku. Hindun ibnu Abi Halah yang sangat pandai mengambarkan sesuatu. Aku katakan kepadanya. 'Gambarkanlah kepadaku bagaimana cara Rasulullah saw berbicara.'

Lalu dia pun berkata. 'Rasulullah adalah seorang yang kelihatan amat perihatin dan sentiasa berfikir. Baginda lebih banyak diam dan berbicara hanya pada apa yang perlu sahaja. Baginda memulakan dan mengakhiri perbualan Baginda dengan menyebut nama Allah.

 Ucapan Baginda selalunya padat, terperinci. dan jelas-tidak lebih dan tidak kurang, tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Baginda selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya. Baginda juga tidak pernah mencela mahupun memuji makanan. Urusan dunia berserta isinya tidak pernah membuat Baginda marah.

Jika kebenaran dilangar. Baginda tidak akan diam sehingga kebenaran itu ditegakkan. Baginda juga tidak pernah marah dan tidak pula memperjuagkan kepentingan peribadi. Ketika menunjuk sesuatu. Baginda selalu menggunakan seluruh telapak tangannya. Apabila dalam keadaan takjub atau terkejut, Baginda selalu membalik (telapak tangan).

Ketika berbicara,  Baginda terbiasa menggunakan tangan untuk memperjelaskan perkataan dengan cara memukul-mukulkan telapak tangan ke ibu jari kiri. Ketika marah, Baginda berbalik dan berpaling. Ketika berasa tenang, Baginda menundukkan pandangan. Tawa Baginda adalah senyuman, dan gigi Baginda kelihatan seperti butiran salju." 
(Riwayat Al-Tirmizi)

SubhanAllah Bertapa indahnya Akhlak Rasulullah saw
^_^
Get This

Friday, August 23, 2013

KEMBARA SETIA DI BUMI LARA


akulah kembara di dunia lara
membawa obor insan yang setia

pabila benar dikatakan celupar
pabila amanah dikatakan payah

pabila nyata dikatakan dusta
pabila teguh dikatakan rapuh
pabila gagah dikatakan lemah

pabila khianat dikatakan selamat
pabila berbohong dikatakan sokong
pabila menipu dikatakan perlu

pabila syaitan menjadi teman
pabila buaya menjadi raja

bagaimana hendak ku berkata?
dalam buana penuh angkara
pabila bahasa berputar-putar
pabila bicara bertukar-tukar

Pada Tuhan aku bersandar
benar tetap ku kata benar
Walau harganya mencabar sabar
Walau dihantar ke hutan belukar
Walau disambar api membakar

ku bayar nilai kejujuran hidup
Selagi jantungku masih berdegup

menggalas panas kesakitan berbekas
menanggung beban mengusung korban

akulah kembara lara di bumi Tuhan,
membela kebenaran nan penuh keperitan

mencari syurga di perhentian kehidupan


(karya: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)
Get This
Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab