Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Tuesday, July 30, 2013

Durian Runtuh Sedang Menanti Anda ( Iklan Peluang Berjumpa Dengan Lailatulqadar)





Inginkan dosa-dosa anda yang lalu diampunkan????
Maka ini jalan penyelesaiannya!
Tawaran hebat sempena fasa ketiga terakhir bulan Ramadhan !
Anda hanya perlu rebut peluang 10 malam terakhir dengan memperbanyakkan lagi amalan2 ibadah!

Tarikh : 20 Ramadhan sehingga 30 Ramadhan ( 10 malam terakhir Ramadhan)
Tempat : Di mana mana sahaja (asalkan tempat yang suci dan bersih)
Masa : Malam sehingga sebelum subuh

Antara amalan amalan ibadah yang anda boleh lakukan -: boleh ikut cara ikon terbaik ini Rasulullah saw :
1. Melakukan qiamullail.
2. Menggerakkan keluarga untuk solat malam pada malam itu.
3. Tidak mendatangi isteri (daripada melakukan jimak).
4. Mandi antara Maghrib dan Isyak.
5. Iktikaf dalam masjid.

Sekiranya anda bernasib baik dalam merebut peluang 10 malam terakhir tersebut, anda akan mendapatbonus dan diskaun yang lebih hebat lagi iaitu anda akan berjumpa dengan artis hebat iaituLAILATUL QADAR !!!!!

Siapa artis LAILATUL QADAR ini???
- Malam yang lebih baik daripada 1000 bulan
- Pada malam itu,turunnya para malaikat ke bumi
- Malam yang penuh sejahtera sehingga terbit fajar

Apakah tanda2 yang meyakinkan anda berjumpa dengan artis LAILATUL QADAR ini???(tanda2 ini berdasarkan hadis)
- Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.
- Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.
- Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.
- Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

JADI JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!!!
HIDUPKAN MALAM 10 TERAKHIR RAMADHAN DENGAN MEMPERBANYAKKAN AMAL IBADAH SEHINGGA AKHIRNYA ANDA DAPAT BERJUMPA ARTIS HEBAT LAILATUL QADAR.

Seperkara lagi sekiranya anda berjumpa artis hebat ini jangan lupa doa banyak banyak kerana doa-doa anda mudah dimakbulkan oleh Allah swt!!!!

PASTI ANDA GEMBIRA SANGAT APABILA ANDA DAPAT BERJUMPA ARTIS INI!! PERCAYALAHHHHHHHH


Hadis diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: “Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.”

Malam Lailatul Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah saw bersabda :
Maksudnya: “Carilah malam Lailatul Qadar pada sepuluh akhir Ramadhan dalam malam ganjil” 

sumber dr prof ^_^
Get This

Buku Pertama Aku akan terbitkan "Kalam Murabbi" @ "Kalam Syabab"

Bismillahirrahmanirrahim :)
Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, yang maha pemurah lagi maha penyayang yang menguasai hari pembalas. Tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Kepada pembaca sekalian, muslimin, muslimat, akhi , ukhti, soleh , solehah….. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh….

Bersyukur kepada Allah swt, kerana masih lagi memberi kenikmatan kepada kita untuk bernafas di alam fana ini. Sudah setahun lebih berlalu aku meninggalkan dunia penerbitan ini. Kali terakhir pernah terlibat dalam sebuah Badan Dakwah di sekolah bermula dari tingkatan 4-5 dan memegang jawatan exco dalam bidang penerbitan dan multimedia. Aku bertanggungjawab untuk mengeluarkan buku ilmiah hasil terbitan badan dakwah itu sendiri, adalah untuk tatapan warga sekolah. Hasrat untuk memperluaskan lagi edaran buku tersebut keseluruh sekolah-sekolah tidak kesampaian kerana akan memakan masa yang agak lama untuk meminta persetujuan daripada kedua belah pihak dan juga kesuntukan masa untuk mengulangkaji pelajaran.

Setelah tamat tingkatan 5, aku terus berhenti dalam bidang ini kerana alasannya adalah untuk menumpukan pelajaran dalam bidang agama. Alhamdulillah Semalam hati Amir tergerak dan bertekad kembali untuk meneruskan dalam bidang penerbitan dengan  menerbitan sebuah buku yang bernama “kalam Murabbi” @ “kalam syabab” sebenarnya amir konfius dengan kedua2 ini yang mana lebih sesuai.

PERHATIAN!!
Sebenarnya Amir nak minta kerjasama dengan awak semua,ye lah buku tu adalah setebal 30 muka surat manalah mungkin mampu untuk menyiapkan seorang diri dah la ilmu pun tak cukup lagi. Jadi Sesiapa yang berminat untuk mengirimkan sebarang artikal2 yang bermanfaat untuk menjayakan buku ini, Amir berbesar hati menerima sebarang artikal bermanfaat daripada korang semua. Jazakallahu kasiran

Artikal Diterima:
-Isu semasa
-cerpen islamik @ pengajaran
-komik dakwah @ pengajran
-info yang menarik
-lain artikal yang dirasakan sesuai

“sebarang maklumat lanjut, kiriman artikal @ pertanyaan, bolehlah PM amir kat facebook SINI
Amir menghargai anda semua.. :)

Semoga Allah merahmati kalian hasil sumbangan awak semua, amir amat mengalu-alukan.

Get This

Monday, July 29, 2013

Masalah Tidak Boleh Copy Large File To Usb atau Hardisk

Assalam.

Pernah tak korang copy apa-apa file yang melebihi 4gd keatas dan keluar mesej "connot copy large file? sedangkan pendrive @ hardisk korang kapasiti yang besar. Okey kalau nak tahu jom follow step ni yer :) biasanya hal ini berlaku file dalam format zip, rar, dan iso.


1. Klik kanan --> properties --> dan akan keluar seperti gambar dibawah. tengok pada file system FAT32.. ini bermakna korang kena tukar menjadi NTFS. (baru boleh nak copy file saiz 4GD keatas. :)
okey cara nak tukar file system FAT32 kepada NTFS ikut step kat bawah

2. Copy semua file yang ada dalam pendrive atau hardisk ke dalam pendrive atau hardisk lain.
3. klik kanan sekali lagi tekan pada "Format"

4. keluar macam ni.. ikut biar sama macam dalam gambar ni yer..

5. Tekan pada Start. dan tunggu sehingga selesai
6. Korang sekarang dah boleh copy file yang bersaiz besar.

selamat mencuba :)
k. Salam

Get This

Lailatulqadar Malam Lebih Baik Daripada 1000 bulan

Malam Lailatulqadar merupakan peristiwa terpenting yang menjadi kemuncak agenda bulan Ramadhan. Banyak dongengan yang telah tersebar dalam kalangan masyarakat di Malaysia tentang malam Lailatulqadar ini.



Ada yang mengatakan pada malam Lailatulqadar, pokok akan sujud ke bumi, air akan beku dan peristiwa-peristiwa pelik yang lain. Kerana itu jangan pelik jika ada anak-anak yang akan berjaga malam pada sepuluh akhir Ramadhan sambil memerhati kepada pokok untuk menanti pokok sujud atau membuka paip air untuk menanti air menjadi beku. :) (tak masuk akal kan?)
Sebenarnya pokok memang sentiasa sujud kepada Allah SWT sepanjang masa tanpa mengira samada malam Lailatulqadar ataupun tidak. :) begitulah juga denagn haiwan-haiwan sentiasa berzikir kepada Allah, Cuma kita sahaja tidak faham. Hal ini dalam erti kata sentiasa taat dan patuh kepada ketentuan Allah melalui hukum yang dipanggil “sunnatullah” atau “sunnah alam”.



Apakah Malam Lailatulqadar?
Kalau begitu apakah malam Lailatulqadar sebenarnya? Korang tahu tak? Jom sama-sama hayati firman Allah swt ini yuk:

“sesungguhnya kami telah menurunkan al-quran pada malam al-Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar? Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan malaikat Jibril dengan izin tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (surah al-Qadr)
Rasulullah SAW ada juga bersabda,
“sesiapa yang beribadah pada malam Lailatulqadar, nescaya diampuni dosa-dosa yang lalu.” (riwayat bukhari dan Muslim)
Firman Allah :
“sesungguhnya kami menurunkan al-quran pada suatu malam yang diberkati, dan susungguhnya kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (surah al-dukhan 3-4)
Ganjaran seribu bulan yang akan dianugerahi oleh Allah bagi orang-orang beribadah pada malam lailatulqadar itu amat besar maknanya kerana tempoh tersebut adalah sepanjang seusia manusia iaitu 83 tahun 4 bulan. Kita tak dapat meneka secara tepat malam yang dikatakan jatuhnya malam Lailatulqadar. :)

Setengah ulama’ berkata Lailatulqadar berlaku pada malam-malam ganjil iaitu sepuluh malam terakhir ( malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan). Sebahagian ulama’ lagi berkata pada sepuluh malam terakhir iaitu malam 21 hingga 30. Malah, ada sebahagian yang lain sepanjang bulan Ramadhan itu mungkin boleh menjadi malam Lailatulqadar. :)

Rasulullah saw bersabda:
“apabila kamu mendapati malam itu ( lailatilqadar )maka bacalah doa ini : Allahumma innaka ‘affun tuhibbul ‘afwa fa’anni. ( ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka mengampuni, maka ampunilah aku).” (riwayat at-tarmizi daripada Aisyah  r.ha)
klik pada gambar untuk besarkan :)


Kesimpulannya, jom marilah kita sama-sama beramal bulan Ramadan dengan sebaik-baik dan seikhlas amal tanpa mengira malam-malam tertentu kerana pada hakikatnya Allah berhak menetapkan sebarang malam untuk menjadikan malam lailatulqadar. Wallahuaklam

sumber
-Dato' Hj Muhammad Zakaria
-Buku fardhu Ain
-Wikipedia Ramadhan
-Ekskopedia Ramadhan

Get This

Friday, July 26, 2013

Nasyid - Pasrah Segalanya


Pasrah Segalanya
Kumpulan : DeHearty

Pernah hati ini terguris 
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui 
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

lagu & lirik : Syam(Syamer DeHearty) Get This

Nasyid - Doa Perpisahan


Doa Perpisahan
kumpulan : In Team
Album: Teman Sejati

Pertemuan kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukurku kehadap Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah diatas suratan
Kutetap pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Mencari hidayah dari pada-Mu
Dalam mendidikan kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu
Diatas perpisahan ini

O.. uwo.. ho..

Teman betapa pilunya hatiku
Menghadapi perpisahan ini
Pahit manis perjuangan
Telah kita rasa bersama
Semoga Allah meredhoi
Persahabatan dan perpisahan ini
Teruskan perjuangan

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hamba-Mu

Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku di dalam doamu
Semoga... Tuhan berkatimu

Oo.. ho.. o...



Get This

Wednesday, July 24, 2013

Feqah: Puasa Ganti Untuk Arwah?

gambar hiasan, tiada kaitan dlm artikal ini. :)

Amin merupakan seorang kanak-kanak yang soleh baru sahaja kematian datuknya. Datuknya meninggal dunia akibat sakit jantung. Amin sangat sedih kerana tidak sempat menyambut hari raya Aildilfitri bersama datuknya. Datuknya menghembuskan nafas terakhir pada 20 Ramadhan.

Datuknya Cuma sempat berpuasa selama dua minggu sahaja. Kemudian tidak mampu lagi berpuasa, di samping terpaksa makan ubat mengikut jadual. Ini bermakna datuknya telah meninggalkan puasa Ramadhan selama 5 hari.

Macam mana dengan puasa atuk yang dia tinggal selama 5 hari? Adakah dikenakan ganti?

Terdapat ulama’ yang berpandangan tidak wajib bagi wali (waris si mati) mengantikan puasa orang yang telah meninggal dunia. Imam Malik, imam Abu Hanifah dan juga Imam asy-Syafii menurut qual jadid (berpendapat yang kukuh) berpandangan tidak perlu dipuasakan untuk si mati.

Pendapat yang menyatakan tidak wajib berpuasa bagi menggantikan puasa si mati berasaskan kepada hadis daripada ibn Abbas r.a yang diriwayatkan oleh an-Nasa’I,

“tidak perlu seseorang solatkan untuk seseorang dan tidak perlu seseorang puasakan untuk seseorang”
Namun demikian, terdapat juga hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyatakan waris si mati perlu berpuasa bagi mengantikan puasa orang yang telah meninggal dunia. Rasulullah saw bersabda:

“ siapa yang mati padahal ia ada berhutang puasa (puasa bulan Ramadhan atau puasa nazar yang ditinggalkan yang tidak sempat melaksanakan) maka walinya puasakan untuknya.”
Hadis ini sebenarnya adalah lebih sahih untuk dijadikan pegangan hokum. Oleh sebab itu, ada ulama dan fuqaha mengambil kesimpulan berdasarkan hadis ini bahawa sunat hukumnya bagi si wali mengantikan puasa si mati. Puasa yang ditinggalkan itu dikira sebagai hutang dengan Allah swt.

Itu pun terserahlah kepada waris tersebut sekiranya ia mahu melakukannya. Bagi puasa nazar (bukan puasa Ramadhan), pendapat ulama menghukumkan wajib diganti oleh waris si mati puasa yang tidak sempat dilaksanakan oleh si mati itu.

Sekian Wallahu’alam


Semoga bermanfaat semua. :)
oleh: ustaz Dr Nik Yusri
nikyusri@umk.edu.my
Get This

Tuesday, July 23, 2013

Subhanallah :Fenomena Sungai beku di utara Norway

Sungai Beku
Assalamualaikum ^_^

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar :) sungguh Indah perciptaan Al-khaliq.. 
Semoga kita buka mata, buka minda, buka hati untuk mensyukuri, meratapi kejadian Al-khaliq yang sungguh menabjubkan ini..




Gambar yang anda lihat ini ialah pemandangan indah sungai beku di utara Norway.

Dikatakan berjuta-juta orang datang ke Norway untuk menikmati suasana keindahan sungai beku yang terletak di tengah air terjun dan puncak yang tinggi.

Sebenarnya keajaiban ini bukanlah perkara baru berlaku bahkan sudah berusia ribuan tahun.

Jika anda merasa kagum dengan kebesaran Allah ini ucapkanlah Subhanallah!



mindakini

Get This

Peluh adalah najis?



Proses Perkumuhan
Tahukah? peluh adalah satu proses perkumuhan. Peluh mengeluarkan air yang ada dalam badan. Peluh terjadi apabila kita melakukan sesuatu kerja yang memerlukan keringat. Korang penah tak merasa peluh dengan lidah? apakah rasanya? masin seperti garamkan? Korang tahu tak? hal ini disebabkan peluh terdiri sebahagian besarnya daripada air, kalium dan garam (campuran natrium dan klorida), serta beberapa perkara yang lain. Badan kita sentiasa berpeluh walaupun kadang kala kita tidak menyedarinya. Fungsi peluh adalah untuk mengawal suhu badan kita.

Adakah Peluh Ini Najis?
Jadi, korang rasa peluh termasuk dalam ketegori mana? najis ke tidak najis?

sebenarnya peluh tidak berada dalam ketegori najis. Walaupun peluh kita masam, manis atau pahit, ia bukan najis. Peluh sama seperti airliur(P/s: airliur basi dlm kategori najis), tahi mata, dan tahi telinga. Semua tidak najis. Mungkin ia kotor sahaja. Peluh yang keluar menandakan kita mempunyai badan yang sihat.

Walaupun baju korang dibasahi dengan peluh, kita masih boleh lagi menunaikan solat seperti biasa. Solat tetap sah walaupun baju kita masam kerana peluh. Kemungkinan hanya mengangu jemaah lain yang hendak solat sahaja.

Kesimpulan
Bagi memastikan diri kita sentiasa bersih, sebaik2nya kita perlu bersihkan diri selepas berpeluh. Kita perlu mandi untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan. Kita pun dapat solat dengan lebih selesa dan lebih khusyuk malah  jikalau kita solat berjemaah tidak akan mengangu jemaah yang lain yang berada disekeliling kita. ^_^

p/s: maaf tajuk negatif dan kontroversi sikit. Ok ^_^ take care Wallahua'lam 
ustz shahrul zaman
Get This

Monday, July 22, 2013

Iktibar Buat Yang Bergelar Manusia

Assalamualaikum 

Disinilah tempat yg pasti kita akan duduki (kubur)


Manusia yang beriman dapat menerima hakikat ini dan sentiasa bersedia bersedia untuk berpindah ke alam kubur. :) Mereka sudah bersedia dengan bekalan ibadah yang mantap selain tidak melakukan dosa, baik dosa kecil apatah lagi dosa besar. Keadaan ini tentu berbeza dengan manusia ingkar dan kufur, mereka takut menghadapi mati (kecuali mat rempit, hehe :) Takut memikirkan nasib apabila ditinggalkan sendirian di dalam tanah.

Ingatlah, tanpa persiapan diri dengan ibadah, apa yang kita hendak dipersembahkan kepada Allah kelak? Maka kita perlu meneliti ibadah kita. Perbaiki mana yang rosak dan tambah baikkan mana2 yang kurang sempurna serta cuba fahami setiap bacaan dalam solat. Keadaan ini menjadikan diri kita bersedia untuk ke alam barzakh dan bertemu Allah swt.

Abul Laits al-Samarqadi berkata:
"sesiapa yang ingin selamat daripada seksa kubur maka harus melazimkan 4 perkara.
  1. Memelihara solat 5 waktu
  2. Banyak bersedekah
  3. Banyak membaca al-Quran (walaupun tidak mengetahui maknanya)
  4. Banyakkan bertasbih :
Ini kerana semua 4 perkara diatas dapat menerangi kubur dan meluaskannya.

Empat perkara yang harus ditinggalkan:
  1. Berdusta
  2. Khianat
  3. Memfitnah
  4. Kencing berdiri(menjaga kencing)
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"bersihlah kamu daripada kencing sebab umumnya seksa kubur itu kerana kencing (iaitu mestilah mencuci dengan sebersih-bersihnya)"

Get This

ASAL KEJADIAN MANUSIA DARIPADA TANAH

Bismillah  

Assalamualaikum :)


dari inilah sebenarnya kita dijadikan


Asal kejadian manusia daripada tanah yang hina. Tanah yang dipijak-pijak, dihenjak-henjakkan dengan kaki. Bahkan manusia sendiri sanggup berbelanja mahal untuk membeli kasut bagi mengelakkan kaki terpijak tanah. Namun, itulah hakikatnya kejadian yang Allah telah takdirkan kepada makhluk yang bernama manusia. Sehingga iblis sendiri memperlekehkan akan kejadian ini dengan mengatakan dia lebih mulia kerana diciptakan dengan api.

Takdir Allah jugalah yang menjadikan manusia sebagai makhluk paling mulia sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-israk : ayat 70 bermaksud:-


"Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak2 Adam. Dan Kami telah mengangkut mereka (dengan pelbagai kenderaan) di daratan dan di lautan.Kami juga telah memberikan rezeki kepada mereka daripada perkara2 yang baik serta kami Kami memberi kelebihan kepada mereka mengatasi makhluk2 lain yang telah kami ciptakan."

justeru jaganlah kita cemari kemuliaan kita dengan sifat keangkuhan. Kelak, Allah akan hinakan kita sebagaimana hinanya sang iblis, namrud dan firaun.

P/S: sekiranya ada sekelumit keangkuhan berputik dalam hati kita, ingatlah kita ini hanya daripada tanah..  


Get This

Wednesday, July 17, 2013

Nasyid - Kau Sahabat Kau Teman

Kau Sahabat Kau Teman MP3 Streaming
Album : Pelita Hidup II
Kumpulan : Hijjaz


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) 
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


Get This

Nasyid - Insya Allah

InsyaAllah
Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x

Insya Allah we`ll find the way
Get This

Monday, July 15, 2013

Segmen Jom Pilih Hadiah Raya!

Assalamualaikum & Salam Ramadhan
jom meriahkan GA by nabila biela.. kan dah nak raya hehe korang boleh pilih sendiri nak hadiah yg korang nak. 
nk join? jom klik gambar kat bwh. okey @ klik button pink comel tuh :)


nak hadiah
1. RM30 X 1
2. MINYAK WANGI
3. SAFEEYA SHAWL  & MARYA SHAWL 

harap2lh menang
Allahummaya'sir walatu a'sir


Segmen ini dianjur oleh Nabila Biela dan ditaja oleh IesyahShadhira, NazirahDr AisyahHasrul HassanEjulzCik WanieLinteddy DesignTiey SmilezKyra Hizrina , Miszz NadeaNor FarhanahNFH Boutiques , Insyirah Collection, Cap Ayam BrandShawls To LoveNur Be'lla CollectionHandmade Bag,De Nasuha TeamHijab Pilihan dan jom ping entry di Pingje.org.



(malasnya nak promote)
Get This

Friday, July 12, 2013

Hukum Dan Sejarah Solat Terawih

Segala puji bagi Allah yang menjadikan kita dikalangan orang-orang yang beriman. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad saw itu pesuruh Allah. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarganya dan sahabat-sahabatnya.



Alhamdulillah, bulan Ramadhan kembali menemui kita. Banyak ilmu yang perlu kita ulangkaji berkenaan amalan-amalan di dalam bulan Ramadhan, agar kita dapat memperoleh manfaat dan ganjaran yang sepenuhnya pada bulan yang mulia ini.
Risalah ringkas ini akan membincangkan tentang “Solat Terawih” dan perkara yang berhubung kait dengannya.

Berkenaan keutamaan solat ini, Abu Hurairah r.a. menerangkan bahawa Rasulullah saw menganjurkannya pada malam Ramadhan dengan anjuran yang bukan berupa perintah yang tegas. Baginda bersabda:
((مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ)) [متفق عليه]
Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan kerana iman dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.” [Sahih Muslim, no: 759]

-----

Takrif Solat Terawih:

-->Menurut bahasa (lughah): Terawih bermaksud berehat, bersenang-senang, melapangkan nafas dan seumpamanya.

Menurut istilah: Terawih ialah ibadat solat yang dilakukan pada waktu malam di bulan Ramadhan. Bermula waktunya selepas solat isya’ dan berakhir dengan masuk waktu subuh, tidak termasuk sunat ratibah isya’ dan solat witir.
Dinamakan terawih kerana orang yang melakukannya akan berehat selepas empat rakaat (dua salam).

Solat terawih termasuk solat tahajjud atau solatul-lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

 -----

Waktu Melakukan Solat Terawih.

-->Sebagaimana hadis Rasulullah saw di atas: “Sesiapa berdiri (beribadat) pada malam Ramadhan…”. Berdasarkan hadis ini, tempoh menunaikan solat terawih ialah sesudah masuk waktu solat isyak sehingga sebelum masuk waktu solat subuh. Ini bererti sesiapa yang tidak dapat melakukannya pada awal malam boleh melakukannya pada pertengahan atau akhir malam.

Hukum Solat Terawih
Solat terawih hukumnya sunat mu’akad, iaitu amalan sunat yang amat dituntut. Rasulullah saw telah menganjurkannya dengan arahan yang tidak tegas, bererti hukumnya adalah sunat dan tidak wajib.

Sejarah Terawih:

-->Ummul Mukminin Aishah ra, meriwayatkan bahawa Rasulullah  saw melakukan solat terawih di masjid beberapa malam (ada yang mengatakan empat malam) dalam bulan Ramadan bersama-sama para sahabat. [HR Bukhari dan Muslim].

Pada malam kelima dan seterusnya hingga ke akhir bulan Ramadan, Baginda melakukan ibadat ini di rumah. Ini kerana Baginda saw bimbang para sahabat tersalah anggap dan menjadikannya sebagai solat fardu dan sudah tentu sukar bagi mereka untuk melakukannya.
Abi Zar t meriwayatkan Nabi saw bangun bersolat bersama-sama mereka pada malam 23 sehingga satu pertiga malam, dan pada malam ke 25 sehingga separuh malam. Para sahabat berkata kepada Baginda saw: “Kalaulah tuan terus sempurnakan saki baki malam kami dengan solat sunat”. Maka Nabi saw bersabda:
((إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ)) [الترمذي، صحيح]
Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (bersolat terawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam).” [HR At-Tirmizi, sahih].

Imam Ahmad mengamalkan hadis ini dan beliau bersolat bersama imam sehingga selesai dan beliau tidak akan beredar sehinggalah imam beredar.

Berkata sebahagian ulama’: “Sesiapa yang bangun solat separuh malam bersama imam seumpama dia telah bangun solat sepenuh malam.”

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dari Jabir ra bahawa Nabi Muhammad saw melakukan solat terawih sebanyak lapan rakaat, setelah itu diikuti solat witir.

Khalifah Umar bin Al-Khatab ra  ialah orang pertama yang mengerah umat Islam menunaikan solat terawih secara berjamaah di bawah pimpinan Ubai bin Kaab ra.
Solat terawih dilakukan berjemaah pada setiap malam Ramadhan selepas solat isyak sebanyak 20 rakaat dan ditambah dengan tiga rakaat solat witir.

Cara Perlaksanaan Solat Terawih.

-->Solat Terawih boleh dilaksanakan secara berjamaah atau bersendirian. Berjamaah adalah lebih afdal merujuk kepada anjuran Rasulullah saw seperti hadis di atas.
Namun jika menghadapi kesempitan untuk melaksanakannya secara berjamaah, maka dibolehkan melaksanakannya secara bersendirian. Rasulullah saw sendiri pada zaman baginda adakala melaksanakannya secara berjamaah dan adakala secara bersendirian. Ini bagi memberi kelapangan bagi umat, seandainya mereka menghadapi kesempitan masa atau tenaga.

Menurut imam Al Ghazali rh walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah.

Bilangan Rakaat Solat Terawih.
Solat terawih boleh dilaksanakan dalam jumlah lapan atau dua puluh rakaat, diiikuti dengan solat sunat witir. Kadangkala timbul persoalan berkenaan jumlah rakaat solat terawih yang sepatutnya dilaksanakan, lapan atau dua puluh rakaat?

Persoalan jumlah rakaat bagi solat terawih telah menjadi tumpuan para ilmuan Islam sejak dari dulu. Mereka telah mengkaji dalil-dalil yang ada serta membandingkan antara pelbagai pandangan yang wujud. Hasilnya membuahkan tiga pendapat. Pendapat pertama: Jumlah rakaat solat terawih ialah 8 rakaat diikuti dengan 3 rakaat solat witir. Pendapat kedua: Jumlahnya ialah 20 rakaat diikuti dengan 3 rakaat solat witir. Pendapat ketiga: Jumlahnya tidak ditentukan. Seseorang itu bebas melaksanakan solat terawih dengan jumlah rakaat yang dipilihnya, kemudian ditutupi dengan solat witir.

Ketiga-tiga pendapat di atas memiliki dalil dan hujah di sebaliknya dan kita boleh memilih mana-mana pendapat di atas. Yang penting, kita perlu menghormati orang lain seandainya mereka memilih pendapat yang berbeza dengan kita.

Ibnu Umar ra menceritakan: Seorang lelaki datang bertanya Rasulullah saw tentang solat malam. Sabda Nabi saw:
صَلاةُ اللَّيْلِ مَثْنَى مَثْنَى، فَإِذَا خَشِيَ أَحَدُكُمْ الصُّبْحَ صَلَّى رَكْعَةً وَاحِدَةً تُوتِرُ لَهُ مَا قَدْ صَلَّى.
Maksudnya: “Solat malam ialah dua rakaat, dua rakaat. Apabila kamu bimbang masuk waktu subuh maka solatlah satu rakaat, menjadikan bilangan witir (ganjil) bagi rakaat yang telah engkau solat” [HR: Bukhari].

Rasulullah saw tidak menyebut bilangan rakaat solat malam, malam pula panjang masanya, boleh dilakukan banyak solat, ini menunjukkan bahawa bilangan tidak dihadkan sekadar kepada 8 atau 20 rakaat.

Berkata Imam Asy-Syafie: “Aku telah melihat orang ramai mendirikan solat terawih di  Madinah 39 rakaat, di Makkah 23 rakaat, ini bukanlah satu perkara yang sempit (terikat dengan bilangan).”

Katanya lagi: “Jika mereka panjangkan qiyam berdiri (dengan bacaan al-Quran), kurangkan rakaat adalah baik. Sekiranya mereka membanyakkan sujud (rakaat) dan meringankan berdiri (ringkaskan bacaan) juga adalah baik. Tetapi yang pertama adalah lebih aku sukai.”
Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan solat terawih sebanyak 20 rakaat tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar lapan rakaat. Terpulang kepada masing-masing untuk menunaikan ibadat ini mengikut kemampuan dan keikhlasan diri sendiri terhadap Penciptanya. Yang pentingnya ialah selesaikan solat bersama imam, tidak hanya setakat separuh jalan.

Antara Kualiti dan Kuantiti.

-->Persoalan yang lebih penting dalam solat terawih ialah cara melaksanakannya. 8 atau 20 rakaat, yang penting ialah membaca surah al-Fatihah dan bacaan-bacaan solat yang lain dengan sempurna, betul dan khusyuk. Jangan disingkatkan, jangan dibaca senafas dan jangan dibaca dengan tujuan mengejar jumlah rakaat.
Demikian juga dengan toma’ninah dalam solat, jadi yang penting ialah kualiti dan bukan kuantiti. Maka pastikan ia dilaksanakan secara baik (kualiti) dan tidak sekadar mengejar rakaat yang banyak (kuantiti).

Antara aspek kualiti yang sering ditinggalkan ialah:
1. Meninggalkan bacaan al-Qur’an secara tartil, iaitu sebutan kalimah-kalimah al-Qur’an secara jelas berdasarkan disiplin tajwid yang betul. Allah s.w.t. memerintah kita: “Dan bacalah al-Qur’an dengan tartil.” [Surah al-Muzammil:4]

2. Meninggalkan bacaan doa iftitah sebelum al-Fatihah dan bacaan surah-surah selepas al-Fatihah. Ini satu kerugian kerana bacaan-bacaan itu memberi ganjaran pahala yang amat besar.

3. Mengabaikan toma’ninah, iaitu kekal di dalam sesuatu posisi solat seperti rukuk, iktidal, sujud dan duduk di antara dua sujud. Tempoh kekal di dalam sesuatu posisi ialah sehingga bacaan dalam posisi itu dapat dilengkapkan dengan betul dan sempurna jumlahnya.
Pernah seorang lelaki bersolat tanpa toma’ninah pada zaman Rasulullah saw. Melihat cara solat lelaki itu, Rasulullah saw memerintahkan beliau untuk mengulanginya [Sahih al-Bukhari, no: 757]. Tindakan Baginda itu menunjukkan toma’ninah ialah syarat sah solat. Sesiapa yang meninggalkannya bererti solatnya, sama ada solat terawih atau selainnya, adalah tidak sempurna.

4. Tidak mengambil berat tentang melurus dan memenuhkan saf solat. Masing-masing sibuk mengejar rakaat, sedangkan Rasulullah saw telah memberi peringatan agar menjaga saf dengan sempurna dalam sabdanya:
لَتُسَوُّنَّ صُفُوفَكُمْ أَوْ لَيُخَالِفَنَّ اللَّهُ بَيْنَ وُجُوهِكُم .
Maksudnya: “Luruskan saf-saf solat kamu atau Allah akan tukarkan wajah-wajah kamu (hati-hati kamu berpecah dan tidak bersatu).” [HR Bukhari].

Sabda Baginda saw lagi:
سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلاةِ
Maksudnya: “Luruskan saf-saf solat kamu, kerana saf yang lurus itu di antara tanda kesempurnaan solat.” [HR Bukhari].

Berdasarkan perbincangan  di atas, sama-samalah kita jadikan solat terawih pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang dilaksanakan berdasarkan kualiti dan bukannya kuantiti. 
Semoga semua amalan baik kita diterima oleh Allah swt.
 Sekian.
Akhukum, Abu Anas Madani.
Pondok Sungai Durian,
 Rujukan:
-         التراويح أكثر من ألف عام في مسجد النبي عليه الصلاة والسلام. – الشيخ عطية محمد سالم.
-         حكم التراويح والزيادة فيها على إحدى عشرة ركعة. – دكتور عبد الرحيم الهاشم، دار ابن الجوزي، 1426هـ.

-         تيسير الفقه في ضوء القرآن والسنة (فقه الصيام) دكتور يوسف القرضاوي.

Get This

Al-Khaliq : Allah Maha Mencipta Alam Semesta

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum ☺



Kejadian alam ini begitu indah dan unik. Lihat saja di sekeliling korang. Apa yang korong nampak? Keindahan bumi yg subur menghijau, lautan biru menghijau luas terbentang, bintang2  yg berkedipan, cekarawala yg bererdar pada orbitnya, manusia, binatang, tumbuhan yg terdiri drpd pelbagai bentuk dan rupa, bukit bakau, gunung-ganang serta banyak lagi kejadian2 lain yang begitu mengkagumkan.

Korang tahu siapa yang mencipta ini? Tiada cara lain, melainkan Dia-lah Tuhan Rabbul Jalil. Fikirkanlah betapa hebatnya ciptaan Allah itu. Firman Allah Dalam surah al-An’am ayat 101


(Dialah) yang mencipatakan langit dan bumi. Bagaimanakah ia mempunyai anak sedang ia tidak mempunyai isteri ? ia pula mnciptakan tiap2 sesuatu, dan Dia-lah yang maha mengetahui akan segala2nya.

Allah mnciptakan sesuatu itu kepada tiada kpd ada. Dia mnciptakan sesuatu tanpa bantuan atau pertolongan sesiapa pun. Dia-Lah Allah yang bersifat al-khaliq iaitu maha pencipta alam semesta seluruhnya. Alam semesta diertikan sebagai kesemua benda yg wujud di muka bumi ini. Ada yang boleh dilihat bumi ini. Ada yang boleh dilihat seperti benda2 yg kita nampak di hadapan kita dan ada yang tidak dapat dilihat seprti udara, gas dan sebagainya. Kesemua ciptaan Allah mempunyai peranan dan keistimewaan masing2. Antaranya, manusia ditugaskan sebagai khaliafah di muka bumi, binatang  dan tumbuahn sebagi sumber makanan, bulan dan matahari  memberikan sinaran cahaya, udara digunakan utk bernafas, air digunakan utk diminum dan bercucuk tanam serta banyak lagi faedah2 lain yang dapat kita nikmati. :)


Berbeza pula dgn kemampuan manusia. Kita sebagai hamba allah, kita terlalu bergantung dan saling memerlukan antara satu sama lain. Tidak mungkin kita dapat mnciptakan barangan hasil ciptaan kita sepenuhnya. Kita masih memerlukan ciptaan2 Allah SWT untuk menghasilkanNya. Contoh yang mudah, kita memerlukan kenderaan yg dikeluarkan olh pengusaha lain. kenderaan pula dihasilkan darpda bahan mentah seperti besi, getah yg diciptakan oleh Allah SWT. Dia menciptakan sesuatu itu dengan sempurnadan mempunyai nilai tersendiri.

sumber: ustzh warda :)
Get This
Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab