Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Monday, June 10, 2013

Subhanallah Jujurnya Seorang Anak Istimewa ☺

Assalamualaikum dan Salam Kebahagiaan

gambar hiasan

Anak istimewa adalah anugerah Allah

Hari ini amir ingin menceritakan mengenai seorang tetamu Allah datang ke rumah amir anak istimewa dari jiran sebelah.

Sebenarnya memang amat bertuah sesiapa memperolehi anak istimewa. Ada sesetengah orang tidak menerima takdir Allah swt kerana melahirkan seorang anak yang cacat/istimewa. Memang SETIAP ibu bapa mahukan anak-anak yang sempurna dan sihat. Namun siapalah kita sebagai hambaNya untuk menidakkan setiap ujian ALLAH SWT, dikurniakan anak kurang upaya.

Tetapi, jika itu sudah takdirNya kita sebagai ibu bapa harus menerima dengan reda kerana setiap kelahiran anak itu ada rezekinya masing-masing.

Hal ini jelas dalam firman ALLAH SWTberfirman:

“Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya,”. (Surah at-Tin: 4)

Dalam firman Allah swt ini jelas setiap manusia yang diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baiknya, dengan terciptanya anak istimewa ini, tentu ada maksud tersirat yang Allah tetapkan dalam kehidupan kita yang belum diketahui masa akan datang.

Ok sambung cerita amir, seorang anak istimewa dari sebelah rumah terlepas dari jagaan ibu & neneknya (bapa dan datuknya sudah lama meninggal). Dia(anak istimewa) datang ke rumah amir tanpa diketahui oleh ibunya.

Sebelum ini anak istimewa itu pernah beberapa kali datang ke rumah amir, Neneknya selalu pesan kepada cucunya, kalau pergi ke rumah jiran jangan naik kerumahnya.  Semua yang dipesankan oleh neneknya semua cucu istimewanya menuruti apa yang dikata oleh neneknya, subhanallah jujurnya mereka.  

Walaupun amir nampak anak istimewa itu kurang siuman, tetapi amir terpegun dengan ciptaan Allah swt kerana hebat sungguh ciptaan Allah, jika kita nak bandingan dengan anak normal memang jauh sekali.

Tetapi pada kali ini apa yang selalu dipesan oleh neneknya dia tidak menurutinya, mungkin sebab salah amir juga mengusiknya sehingga menyebabkan naik dalam rumah amir. Hehe. tak tahu nanti balik nih kena marah ke tak dengan ibunya.

Tetamu istimewa daripada anak istimewa

Anak istimewa menjadi tetamu amir dan sekeluarga. Dia naik ke rumah memang tidak ada sekali pun kelakuan pelik yang dibuat olehnya, sopan dan santun. Malah lebih mesra, selalu tanya soalan tak munasabah, nak jawab persoalan dia pun malas rasanya.

Contoh soalannya: amir duduk tengok Tv, dia tanya abe tengok TV ker?
Hah lebih kurang begitulah soalannya. Hehe.

Amir layan juga tapi jawab kokse( secara spotan) jer, tak tahu apa yang amir jawabkan. Hehe
Anak istimewa Tanpa sengan dan malu dia meminta nasi, inilah dikatakan jujur kalau lapar terus cakap lapar kalau nak nasi terus cakap nak nasi. tak seperti anak lain.

Amir sangat bersyukur kepada Allah, kerana berpeluang menjaga anak sebahagian daripada ahli syurga walaupun tidak sampai setengah jam☺

Walaupun dirinya adalah anak istimewa, kita hendaklah melayannya dengan penuh keikhlasan, wajib keatas kita melayan tetamu samada miskin atau sebaliknya, kecualilah tetamu itu boleh mendatangkan kemudharatan kepada kita. 

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan memberi layanan kepadanya. 
Dalam hadis diatas jelas amaran yang keras daripada rasulullah saw Wajib keatas kita melayan tetamu , jikalau tidak melayan tetamu kita adalah termasuk dalam golongan tidak beriman kepada Allah  dan hari akhirat. nauzubillah


Akhir kalam, semoga ibu dan neneknya terus tabah menjaganya. Semoga Allah memberi pahala berlipat kali ganda kepada ibu dan neneknya. dengan syarat kesabaran yang tinggi. :) Anak-anak seperti inilah yang akan menunggu kita di Pintu Syurga, insyaAllah. Allah pilih ibu dan bapa untuk menjaga Ahli Syurga tetapi mengapa kita kurang peka akan kurniaan ini  semata-mata kerana kita tidak mahu terhalang dari aktiviti lain kerana menjaga anak istimewa.

P/s: ada tak hadis mengenai anak istimewa? kalau ada tolong share yer.

sabda Muhammad saw:
"Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat." 
Get This

No comments:

Post a Comment

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab