Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Sunday, June 9, 2013

Nafsu dan Dosa

Bismillah

Assalamualaikum dan Salam Kebahagiaan
semoga Allah menghapuskan dosa kita semua, ameen ☺

Dalam dunia hari, dunia penuh dengan cabaran, penuh dengan dugaan yang tidak lekang yang sentiasa dikelilingi dengan dosa.

Sebelum amir meneruskan kalam pada kali ini marilah kita besama-sama beristigfar terlebih dahulu 

Astarfirullah halazim.

Memang tidak dinafikan setiap orang sentiasa melakukan dosa, sebab itu nabi Muhammd saw sentiasa mengajar kita supaya melakukan solat taubat setiap hari,  sedangkan nabi sendiri melakukannya walaupun baginda adalah maksum. Sebagai mana sabda junjungan saw
"Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:"


“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)"
Setiap perbuatan jahat pasti akan menang jikalau kita berbekalkan dengan iman yang lemah nafsu yang kuat. Oleh itu marilah  kita kuatkan iman dan lemahkan nafsu dengan cara melawannya.

Disini Amir ingin berkongsi tips-tips untuk melawan hawa nafsu.

Berikut adalah 20 TIPS untuk mengawal nafsu syahwat:

1. Fikirkan tentang matlamat hidup & sibukkan diri untuk mencapainya.

2. Pasakkan keyakinan bahawa Allah Maha Melihat apa yang sedang kita lakukan.

3. Sedarkan diri bahawa malaikat turut sentiasa bersama kita & mencatat apa yang ditulis, diucap & dilakukan.

4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik & soleh.

5. Putuskan hubungan songsang & gelap samada yang dilakukan secara serius ataupun suka-suka, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, emel, web & sebagainya. Putuskan semua medium peningkatan syahwat. Jika berseorang depan komputer boleh menyebabkan syahwat naik, maka elakkan berseorangan. Jika berbual mesra dengan rakan sekerja berlainan jantina boleh meningkatkan syahwat, maka elakkan diri daripada terjebak. Begitulah seterusnya.

6. Putuskan hubungan adik, kakak, abang angkat yang berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram & pendorong maksiat.

7. Ubah rutin harian yang mendorong kepada peningkatan syahwat. Setiap orang tahu & sedar jenis tindakan apa yang boleh mendorong syahwat masing-masing. Ia berbeza mengikut individu.

8. Hadirilah Majlis ilmu & sibukkanlah diri membuat sasaran baru seperti membuat blog ilmiah, menulis buku & majalah, menghasilkan karya seni lukisan & sebagainya. Buat 1 sasaran lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda bagi mencapainya. Tanpa sasaran dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak& berkembang akibat waktu yang kosong tidak digunakan.

9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa anda kembali kepada Allah. Namun, awas, jangan sampai terjebak kepada golongan kumpulan songsang & sesat.

10. Sertai kumpulan NGO @ kumpulan berasaskan dakwah. Selain mendapat rakan-rakan yang soleh/solehah, masa yang luang boleh dimanfaatkan dengan aktiviti berfaedah yang dianjurkan badan terbabit. Cadangan saya: Murshid, tabligh, ABIM, GAMIS, IKRAM, Yayasan AMAL, NISA’, Persatuan Peguam Syari’e & sebagainya.

11. Jika anda sedang belajar @ bekerja, sasarkan diri untuk cemerlang dalam pelajaran @ kerja anda. Dengan itu, anda akan lebih sibuk memikirkan masa depan yang lebih terarah & positif. Ingatan kepada syahwat juga dapat disempitkan.

12. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar apabila memikirkan kematian.

13. Fikirkan bahawa anda akan mati sewaktu melakukan maksiat itu. Adakah anda suka untuk menerima kematian yang sebegitu? Fikirkan selalu.

14. Kalau anda sedang bersyahwat dengan seorang wanita secara maya seperti di internet & TV, segeralah gambarkan kehodohannya agar syahwat menurun. Contohnya: bayangkan wanita itu mulut & nafasnya berbau busuk, giginya kotor, ada penyakit keputihan & lendir yang teruk, AIDS dan sebagainya.

15. Kalau komputer menjadi penyebab utama peningkatan syahwat. Selalulah mainkan alunan al-Quran setiap kali menghadap komputer supaya timbul rasa malu kepada Allah. Jika tidak malu banyak, sekurang-kurangnya masih rasa malu sedikit. Kalau nafsu masih menggila, segera berhenti & keluarlah melihat awan, pokok untuk mengingati kebesaran Allah.

16. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau oleh nafsu & syaitan. Apa sahaja perbuatan yang mendorong kepada maksiat yang lebih besar hendaklah disekat dengan segera.
Ingatlah Firman Allah swt:
“Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya dia musuh kamu yang amat jelas.” [al-Baqarah (2):168]
17.  Menjaga pemakanan dengan memastikan makanan tersebut halal, baik, bersih lagi diberkati. Makanan yang haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.

18. Memastikan harta yang diperolehi dari sumber yang halal. Sumber harta yang haram menjadi virus yang menjadikan nafsu syahwat lebih kuat & dahsyat.

19. Amalkan berpuasa sunat, berzikir secara berdisiplin setiap kali selepas solat & berdoalah sebanyak mungkin semasa sujud agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.

20. Segera beristighfar & bertaubat walau belum jatuh ke lembah maksiat yang berat.
Firman Allah swt:
“Dan bersegeralah kamu kepada keampunan Tuhanmu & syurga yang terbentang seluas langit & bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa.” [ali-Imran (3) : 133]

Demikianlah beberapa cara, usaha & kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal & mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati & akal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar & ditipu oleh kenikmatan yang sementara & keburukan kekal yang menanti.

Maka, sama-samalah kita saling ingat-mengingati. Akhir sekali, marilah kita renungi firman Allah swt:

“Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya & telah rugilah orang yang mengotorinya.” [al-Syam : 9-10]

Allahu a’lam.

-------------
*Sumber : al-Ustaz ISU NO.9 : Teks jawapan oleh Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR).









Get This

2 comments:

  1. taubat nasuha agar tak mengulang kesilapan lalu.
    belajar ilmu agama

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..mendalami ilmu agama adalah jalan penyelesaian.. ☺

      Delete

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab