Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Friday, June 7, 2013

Selamat Tinggal Bulan Rejab :(

welcome 

Assalamualaikum dan Salam Kebahagiaan :)

Apa Khabar semua, Amir harap anda yang sedang membaca entry Amir kali ini sentiasa berkeadaan sihat dan sejahtera. Ameen. insyaAllah :)

Ada tiga hari sahaja lagi bulan rejab akan meninggalkan kita, bulan syaaban dan bulan ramadan akan menjelma tidak lama lagi. Bulan ramadhan hanya ada sebulan lagi. Adakah kita sudah bersedia menghadapi bulan ramadhan?

Ok, pertama kali Amir ingin mengucapkan terima kasih kepada anda yang sudi baca blog Amir ini ☺

Solat ting agama
Bulan rejab merupakan bulan peristiwa yang terbesar dalam islam. Hal ini kerana turunnya tiang agama islam pada bulan ini, iaitu solat.
Bersabda rasulullah saw


"Sembahyang itu tiang agama barang siapa mengerjakan solat dia pasti menegakkan agamanya dan barang siapa tidak sembahyang atau solat dia meruntuhkan, merobohkan dan menghancurkan agamanya."

Solat Asas dalam Agama
Dalam hadis diatas menunjukkan pentingnya solat itu dalam agama islam, solat merupakan asas dalam agama islam kerana


Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan allah, pengakuan bahawa nabi muhammad itu rasulullah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (Hadis sahih Muslim)

Hadis diatas merupakan perkara asas dalam islam. Hal ini merupakan solat itu adalah perkara yang paling penting dalam islam, jikalau seseorang itu mengaku diri mereka islam tetapi tidak menunaikan solat maka tidak sah agama islamnya, maka ke nerakalah tempat sebaik-baiknya untuk mereka. Hal ini Allah swt telah menjelaskan dalam kalamNya iaitu al-quran




"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk neraka Saqar ini? Mereka menjawab: Kami tidak termasuk golongan orangorang yang bersembahyang." (AlMudathsir:42,43)

Acara Kemuncak Peristiwa Israk mi;rak
Perstiwa bulan rejab merupakan peristiwa terbesar dalam diri Nabi Muhammad saw, kerana Allah swt menunjukkan kekuasaaNya kepada nabi Muhammad saw dan kepada manusia sekali gus menunjukkan darjat nabi muhammad daripada nabi-nabi lain kerana diberi peluang oleh Allah swt untuk ke Shidratul Muntaha. Disinilah berlakunya acara kemuncak perjalanan nabi muhammad saw kerana diperintahkan oleh Allah swt untuk melaksanakan solat.


Berlakunya peristiwa sedih
Dalam bulan rejab juga merupakan bulan yang paling sedih menimpa nabi muhammad saw kerana pada bulan ini berlakunya dua peristiwa yang amat sedih dalam diri nabi muhammd saw dikenali sebagai ‘Aam al Huzni.

Dua peristiwa sedih itu ialah kematian isteri kesayangan, Siti Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib.

Dengan peristiwa kesedihan tersebut Allah swt telah memilih pada bulan ini untuk melakukan israk mi’rak

Khadijah banyak berkorban harta benda dan wang ringgit bagi membantu berdakwah mengembangkan syiar Islam. Selepas Siti Khadijah meninggal dunia disusuli pula kematian Abu Talib yang begitu rapat dengan Baginda.



Kesimpulannya: Solat merupakan tiang agama, jikalau kita meruntuhkannya bermakna kita meruntuhkan agama islam. Jikalau perhatikan setiap binaan ada tiang, tiang merupakan penguat dan bahan asas kepada bahan binaan tersebut. Jikalau kita runtuhkan? Apa akan terjadi? Fikir-fikirkan ☺
Get This

No comments:

Post a Comment

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab