Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Friday, June 21, 2013

Hijrah Ke Arah Hidup Yang Lebih Berkualiti Sebelum Dan Sesudah Ramadhan ☺

Kepada Muslimin Dan Muslimat Yang Sedang Lawat Blog Amir
Assalamualaikum dan Salam Kebahagiaan Amir ucapkan☺

Sekarang tinggal hanya 15 hari lagi ramadhan bakal menjelma. Kita akan melangkah setapak lagi ke Ramadhan 1434 hijrah atau tahun masihinya 2013.Terasa cepat masa berlalu baru sahaja kita beraya dah nak masuk ramadhan pula. Ingatlah, masa yang berlalu itu tidak akan kembali lagi. Gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya agar hari-hari akan mendatang yang kita tempuhi dengan perkara-perkara bermanfaat dan diredhai oleh Allah SWT.



Bagaimana kita menghabiskan masa seharian dalam kehidupan kita? Amir harap kita semua memanfaatkan setiap masa yang ada itu dengan mengulangkaji pelajaran, membantu mak ayah, berbuat baik sesama rakan, beriadah, atau melakukan aktiviti lain yang menyihatkan fizikal dan mental.

Bagi yang masih mengamalkan cara hidup lama seperti suka melepak, merempit, membuli, malas, dan seumpamanya, Amir harap berhijrahlah, berubahlah ke arah yang hidup lebih sihat dan lebih berkualiti. Hijrah disini bermaksud berubah melakukan perkara negatif. Jom kita buang tabiat buruk yang ada dalam diri dan gantikan ia dengan amalan dan budi perketi yang mulia. Sekiranya kita berjaya mengubah kehidupan kita bermakna kita telah berjaya menjalani suatu hidup berkualiti.

Amirrr !! kamu Dah mimpi ker? Sekarang ni bukan tahun baru!!!

Ya, amir tahu tahu sekarang bukan tahun baru, tetapi bulan inilah amat sesuai kita berubah diri kita untuk menghadapi bulan ramadhan yang tak lama lagi. Pada bulan inilah kita beribadat semaksimum mungkin. Apabila tamat bulan ramadhan InsyaAllah, Allah akan ampunkan semua dosa yang telah lalu. Dan disitulah kehidupan baru kita bermula semula, kerana semua dosa sudah dihapus.

Tahukah kita ?Kesan daripada mengabaikan kehidupan berkualiti secara tidak langsung akan menjatuhkan imej agama dan umat islam. Masyarakat juga akanmenjadi kucar kacir kerana dibelenggu kemiskinan dan keruntuahn moral.

Ayuh berhijrahlah! Berubahlah! Tetapkan matlamat hidup kita. Kuatkan iman mendalami segala ilmu kebaikan, insyaAllah kehidupan kita lebih selesa, lebih bahagia dan lebih berkualiti dan yang paling penting imej islam akan naik. Semua ini akan berkat dengan niat ikhlas kerana Allah swt. InsyaAllah.

Ok. Setakat ini sahaja entry amir kali ini. Apa yang baik itu daripada Allah, yang buruk dan lemah itu daripada diri amir. Ilmu amir sangat cetek, setiap kali lihat orang yang berilmu perasaan cemburu menyelubungi dalam diri ini. Harap kalau ada salah silap tolong perbetulkan amir ok. Komen kat bawah @ contact amir pada sidebar kanan.


Get This

No comments:

Post a Comment

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab