Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Sunday, June 23, 2013

Awas! Blogger yang Berpotensi Masuk Ke Neraka Jahanam

Menulis tentang aib seseorang, khususnya artis, memang mudah untuk menjadikan blog kita sebagai blog yang popular dalam masa yang singkat.

Menulis tentang tuduhan sana dan sini, tanpa menyertakan bukti-bukti yang sahih, dengan tujuan untuk menjatuhkan seseorang, memang mudah. Malah blog kita juga akan mencapai nilai populariti dalam jangka masa yang singkat.

Tidak lupa juga, blog-blog seperti ini sering diberitahu akan mudahnya untuk menjana trafik dan wang yang banyak, tanpa perlu berusaha keras seperti blog-blog niche lain. Kerana tugas kita adalah mencetuskan kontroversi, dengan mencari kesilapan dan membongkarkan aib-aib manusia lain.

Di Sebalik Populariti dan Wang – Kesannya Membunuh Kita Di Akhirat Kelak

Tetapi di sebalik populariti dan wang itu, kita terlepas pandang pada hukum asal, khususnya bagi individu yang beragama Islam.

Mari kita sama-sama hayati sabda Nabi Muhammad S.A.W:

“Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat, tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat.” – (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Fikir Sejenak – Dari Mana Sumber Wang yang Kita Peroleh?



Benar, membina blog-blog yang menceritakan aib orang lain berpotensi besar untuk menjana pendapatan lumayan. Tetapi mari kita fikirkan sejenak, apakah sumber yang diperoleh ini datangnya daripada sumber yang halal lagi baik?

Tepuk dada, tanya hati, muhasabah diri.



Entri ini bukan tujuan untuk mengajar, tetapi untuk berkongsi sesuatu yang sering terlepas pandang oleh kita semua. Bagi yang memiliki blog seperti ini, dan ingin berubah ke jalan yang lebih baik, caranya adalah dengan…

Berusaha Untuk Berhenti, Bertaubat dan Mencari Rezeki Lain

Rezeki yang Tuhan berikan kepada hambaNya terlalu luas. Sehinggakan kita sendiri tidak mampu untuk menghabiskannya, walaupun diberi masa untuk hidup beribu tahun lamanya. Justeru itu, mengapa memilih rezeki yang tidak diberkati olehNya?

Usaha yang kita boleh lakukan ketika ini adalah berusaha untuk memberhentikan operasi blog, bertaubat pada Tuhan, kemudian beralih untuk mencari sumber rezeki yang lebih baik. Jangan kerana terlalu mengejarkan populariti dan wang, kita lupa pada hukum-hukum agama.

Mudah-mudahan entri ini sedikit sebanyak dapat membantu kita memperoleh rezeki yang halal menerusi aktiviti blogging. Mudah-mudahan kita menjadi penulis blog yang disayang Tuhan, dan dipilih untuk duduk di dalam syurgaNya. Amin.


kredit gambar: Momoc HDR
sumber: http://studioaksara.com
Get This

2 comments:

  1. 1-tak lupa jugak blogger2 yg suka copy/ paste org punya artikel tanpa keizinan..itu dikira 'cetak rompak'...
    2- Banyak letak gambar2 porn/separuh porn..semata2 nak naikkan traffic.
    3- Reka-reka cerita..smpai bukak 'aib org'.
    harap2 blogger camni..bertaubat lah.


    ReplyDelete

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab