Asssalamualaikum dan Salam Salam Kebahagian
Semoga Allah ampunkan dosa kita semua. ameen
Bismillahirrahmanirrahim ☺
Pejam celik-pejam celik sudah hampir setahun berlalu. Bulan ramadhan
hanya tinggal tidak sampai sebulan lagi. Apakah persiapan kita lakukan untuk
menyambut kehadiran bulan ramadhan.
Bulan Rejab, Syaaban adalah dua bulan yang diberikan oleh
allah untuk kita menyiapkan diri kita ke bulan ramadhan supaya tibanya 1 syawal
dosa kita semuanya akan terhapuskan seperti bayi baru lahir.
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku dan Bulan
Ramadhan bulan umatku
Tidak hairanlah inti sari (matan) hadis
“Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku..” disokong oleh
ulama muktabar.
Alhamdulillah marilah kita bersama-sama bersyukur
kepada Allah swt kerana masih diberi peluang oleh Allah swt untuk meneruskan
kehidupan didunia ini dengan melakukan ibadah kepada Allah. InsyaAllah. Semoga Allah
panjangkan umur kita untuk melakukan ibadah bulan ramadhan pada tahun ini dan akan datang.
Dengan menyusuri bulan syaaban pada tahun
ini, marilah kita bersama-sama membetulkan niat kita bersama hanya kerana Allah swt. Dengan
menyusuri bulan syaaban juga Rasulullah saw mengajar umatnya untuk bersiap
sedia menghadapi bulan Ramadan yang bakal menjelang dalam beberapa hari lagi.
Sabda Rasulullah saw :-
'Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.'
Berkata Siti Aisyah r.a. :-
'Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. ialah bulan Syaaban.'
Sabda Rasulullah saw:-
'Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.'
Oleh itu, amir ingin menasihatkan kepada diri amir sendiri
dan juga anda semua, walau apapun bentuk amalan yang kita bentukkan / lakukan, niat
ikhlas kepada Allah swt adalah yang paling penting dalam melakukan setiap
perkara kebaikan. Kerana
''Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya:
Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya.''
Selain itu pada bulan ini marilah kita memperbanyakkan
istigfar kepada Allah memohon keampunan dan taubat kepada Allah dan juga
lembutkan hati kita untuk sentiasa memaafi manusia. Hilangkan perasaan dendam
dan hasad dengki. Segala sifat itu umpama membakar diri sendiri tanpa kita
sedari. Mudah-mudahan bulan syaaban (insya'allah) ini dapat membentuk diri kita
menjadi insan yang sentiasa muraqabah baik dengan Allah dan juga sesama
manusia.
p/s: apa yang amir salah silap tertulis disini harap dapat sama-sama memperbetulkan. Yang lemah itu memang datang dalam diri amir, apa yang baik itu datang dalam diri amir tetapi datang dengan pertolongan Allah.
No comments:
Post a Comment
--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID