Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Thursday, June 13, 2013

Bahaya Darah Tinggi


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ini Amir bukan ingin berkongsi mengenai design atau tutorial. Tetapi ingin berkongsi mengenai kesihatan mengenai Darah Tinggi. Ramai di kalangan kita tidak mengambil berat tentang kesihatan. Hah jikalau nak tahu tentang darah tinggi jom baca entry dibawah
Tahukah Anda Apa dia TEKANAN DARAH?
Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah disebabkan oleh denyutan jantung

Tahukah Anda Bagaimana TEKANAN DARAH Diukur?
Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya dirakam seperti berikut:


120/80 mmHg

Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik.
Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik.
Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

TEKANAN DARAH Berubah-ubah
Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Tahukah Anda Apa Dia TEKANAN DARAH Tinggi?
Jika kadar tekanan darah sentiasa lebih tinggi daripada kadar biasa untuk sesuatu jangkamasa yang lama, maka keadaan ini dikenali sebagai Tekanan Darah Tinggi.
Tekanan darh optima:
130/80 mmHg
Tekanan darah tinggi:
Lebih daripada 130/85 mmHg. Misalnya, jika tekanan melebihi 180/110 mmHg. Kadar tekanan darah anda adalah terlalu tinggi.

Kenapa Anda Perlu Mengetahui TENTANG DARAH tinggi?
Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi pada masa yang sama merasa diri anda sihat. Hanya satu cara untuk mengetahui sama ada anda menghidap darah tinggi atau tidak adalah dengan memeriksa tekanan darah anda secara berkala.
p/s: Rajin-rajin lah yer jumpa doktor ☺
apakah kesan akibat tekanan darah tinggi?
Jika tekanan darah anda tinggi, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti berikut:
1.    Serangan jantung
2.    Angin ahmar
3.    Kegagalan jantung
4.    Kerosakan buah pinggang
Tip untuk mengelakkan berlakunya Tekanan Darah
Anda perlu terus mengawal tekanan darah anda, dengan cara:
1.    Memeriksa tekanan darah anda secara berkala:
·         2 kali setahu jika kadarnya normal
·         Lebih kerap jika didapati kadarnya tinggi atau jika anda mempunyai ahli keluarga menghidap darah tinggi, angin ahmar atau serangan jantung

2.    Jangan merokok
·         Jika merokok, nikotin dari asap rokok akan memasuki darah dan menyebabkan jantung berdenyut lebih cepat. Nikotin juga menyempitkan saluran salur nadi halus dan memaksa jantung mengepam lebih kuat.

3.    Makan secara sihat, dengan mengurangkan pengambilan:-
·         Garam
Ø  Garam berlebihan di dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya. Ini akan meningkatkan tekanan darah.
·         Lemak
Ø  Lemak berlebihan akan berkumpul di sekeliling dinding salur nadi dan menjadikannya tebal dan kejang.

Tip jika anda menghidap TEKANAN DARAH tinggi
Jika anda menghidap tekakan darah tinggi:-
1.    Makan ubat secara berkala seperti yang dinasihatkan.
2.    Jangan berhenti makan ubat tanpa nasihat/doktor/ pegawai farmasi
3.    Jumpa doktor anda secara berkala bagi mengawal tekanan darah anda.
--> Get This

No comments:

Post a Comment

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab