Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Tuesday, June 25, 2013

SYARAT SAH SOLAT


SYARAT WAJIB SEMBAHYANG
2. BALIGH
1. ISLAM
3.BERAKAL







SYARAT SAH SOLAT
1.       Mengetahui telah masuknya waktu solat.
*      Jika ada yang bersembahyang tanpa meyakini masuknya waktu maka sembahyang itu tidak sah sekalipun tepat pada waktunya.
2.       Menghadap kiblat.
*      Dimaksudkan dengannya ialah dada, jika muka atau kepala berpaling semasa sembahyang tidaklah membatalkan solat Cuma makruh. Sebaliknya jika digerakkan 3 kali berturut-turut maka batallah solat itu.
3.       Menutup aurat.
*      Aurat lelaki dari pusat ke lutut
*      Aurat perempuan seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan.
4.       Suci dari najis
*      Baik pada pakaian, anggota badan dan tempat sembahyang
5.       Suci dari hadas
*      Mengambil wuduk
PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT
Maksud batal ialah sembahyang yang dikerjakan itu dikira terputus dan ia wajib mengulangi semula sembahyangnya semula.
1.       Berkata-kata dengan sengaja selain hafaz al-quran.
2.       Melakukan lebih dari 3 pergerakan yang diluar dari gerakkan solat dengan sengaja.
3.       Keluar hadas sama ada hadas kecil atau hadas besar
4.       Terdapat najis yang tidak boleh dimaafkan seperti pada pakaian, badan atau tempat solat.
5.       Terbuka aurat walaupun dengan tidak sengaja seperti ditiup angin tetapi jika ditutup dengan serta merta tidaklah batal sembahyangnnya.
6.       Mengubah niat seperti ia sedang solat insyak kemudian ditukar niatnya kepada solat sunat.
7.       Membelangkang kiblat dengan dada.
8.       Makan walaupun dengan sebiji nasi yang melekat dicelah gigi.
9.       Minum seperti menelan air liur yang masih terasa manis atau sebagainya
10.   Ketawa atau menangis sehingga keluar suara
11.   Murtad iaitu terkeluar dari agama islam.




--> Get This

No comments:

Post a Comment

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab