Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Thursday, June 13, 2013

Al-quran pembersih jiwa

Assalamulaikum dan Salam Kebahagiaan

Ramai orang islam hari ini tidak menghayati benar-benar islam dalam jiwa mereka bahkan Ramai orang islam pada hari ini mengangap membaca al-quran tanpa memahami maksudnya adalah bacaan sia-sia. Mereka suka mengambil perbandingan dengan bahan ciptaan manusia seperti membaca akhbar perancis jikalau tak faham apakah faedahnya yang kita dapat? Kalau dapat bertambah ilmu insyaAllah dapat pahala kalau tak dapat apa-apa? Bererti kita telah membuat satu kerja yang sia-sia.  Al-quran lain pula ceritanya, al-quran merupakan satu-satunya mukjizat daripada Allah swt yang berkekalan hingga pada hari ini.

Apakah faedah membaca al-quran tanpa fahami maksudnya?

Sabda Nabi s.a.w
 "Yang membaca al-Quran sedangkan dia mahir dengannya akan bersama-sama dengan para malaikat. Yang membaca al-Quran dan tergagap-gagap dan al-Quran amat payah ke atasnya maka baginya DUA PAHALA"

-Riwayat al-Bukhari-

- Maksud mendapat dua kali pahala, iaitu (1) pahala membaca dan (2) pahala susah payah menghafalnya..

Suatu pagi di hujung minggu, seorang budak bernama Mikail terdengar atuknya membaca Al-Quran. Sebaik sahaja atuknya selesai mengaji, dia terus menerpa ke atuknya lalu bertanya,

“Tuk, Mikail nak tanya ni. Tuk faham tak ape yang atuk baca tadi?”.

Dengan tenang atunya menjawab, “Mestilah faham cu. Dulu atuk pernah belajar bahasa arab dengan arwah bapa atuk. Kenapa cu?”

Mikail kemudian menyatakan pendapatnya tentang membaca Al-Quran. Dia memberitahu bahawa beruntunglah atuknya itu sebab tahu membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran sedangkan dia hanya tahu membaca tapi tak faham langsung.

Jadi tak ada faedah bagi dia membaca sebab tak faham. Serupalah jugak kalau kita membaca surat khabar bahasa jerman ke atau bahasa perancis. Baca boleh tapi apa pun tak faham.

Kemudian atuknya membawa Mikail ke luar rumah. Sampai sahaja di tasik berdekatan dengan rumahnya itu, disuruhnya Mikail untuk mengambil air dari tasik itu untuk diisi ke dalam baldi di hadapan rumahnya dengan menggunakan bakul sampah.

Mikail kehairanan memikirkan apa yang disuruh oleh atuknya itu. Namun tanpa berfikir panjang, dia lakukan juga. Selepas beberapa kali cuba, dia tidak dapat mengisi air ke dalam baldi tersebut. Mikail akhirnya berputus asa. Lalu dia pun berkata kepada atuknya,

“Atuk, dah banyak kali saya cuba tapi tak boleh jugak sebab air keluar daripada bakul ni. Macam mana?”

Kemudian atuknya memberitahu,

“Begitulah juga kalau kamu membaca Al-Quran tetapi tidak dapat menghayati isi kandungannya sebab tak faham. Meskipun baldi tersebut tidak dapat diisi, tapi bakul sampah tu tadi yang kotor sekarang sudah bersih. Begitu lah juga dengan hati kamu.

Selagi kamu membaca Al-Quran, selagi itulah hati kamu akan sentiasa bersih.” 

okey baca komik dibawah pula. jalan ceritanya hampir sama. komik ini amir pernah terbitkan dalam buku kalam da'ie amir pernah buat. ☺ maaf gambar tak terang sebab amir scan dari buku kalam da'ie






Get This

No comments:

Post a Comment

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab