Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Thursday, October 17, 2013

keluhan seorng isteri

Minggu lepas saya ada belajar subjek TITAS, Tiba-tiba pensyarah bagi soalan tugasan kumpulan untuk menjawab persoalan keluhan seorang wanita dihadapan pelajar. Tak tahu la pula ada kaitan ke tak dengan titas?? Tak apa lah mungkin boleh menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam rumah tangga.  ^_^


———————————————————–
Soalan Isteri 1: ” Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada ker islam kata suami wajib taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Ok begini, Isteri merupakan amanah Allah yang diberikan kepada suami untuk menjaganya dengan sebaik mungkin dan merupakan tanggungjawab yang besar bagi suami. Sebab itu perempuan diwajibkan mentaati suaminya selagi tidak melanggar hukum syara’ dan tidak melanggar larangan agama. 

Dalam ijab dan qabul suami ikrar pada Allah swt untuk bertanggungjawab keatas isteri, maka itulah ertinya suami akan menanggung segala urusan isteri, keperluan, bahkan dosa-dosa isteri. Seperti tidak menutup aurat, solat, puasa semuanya ditanggungjawabkan atas suami dan dipersoalkan diakhirat kelak. 

Apabila, sekian lama berkahwin, suami akan menjadi ayah, bermakna ditambahkan lagi tangungjawab untuk menjaga anak-anaknya untuk menyara keperluan nafkah dan pendidikan anak-anak. 

Selain itu, tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapa tidak terputus walaupun sudah berkahwin, suami diwajibkan untuk menjaga kedua ibu bapanya, sebaliknya si isteri tidak wajib menjaga kedua ibu bapanya setelah berkahwin.Malah anak lelaki perlu menjaga ibunya tiga kali ganda daripada bapa. Lelaki @ bapa siapa pula menjaga? Isterilah yang akan menjaga lelaki, maksudnya memberi layaran pada suami.

 Sebab itulah pembahagian harta pusaka lebih kepada anak lelaki kerana mempunyai pelbagai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Wanita walaupun sedikit, harta pusaka tersebut hanya untuk dirinya sahaja. Kadang-kadang benda ini pun dipersoalkan oleh wanita kerana tidak adil dalam pembahagian harta pusaka.

Seseorang isteri tidak payah untuk ke syurga, kerana tanggungjawabnya hanya untuk suami dan Allah sahaja, mereka hanya perlu melakukan 4 perkara ini, dan boleh memilih mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Mudah bukan seseorang wanita itu masuk syurga? Bukankah hidup seorang muslim tujuan hanya satu!! tentulah ke syurga. Jadi perkara itu sebenarnya tidak perlu dipersoalkan oleh seorang isteri. Agama Islam, adalah agama daripada Allah, bukan daripada manusia atau Rasulullah saw. Rasulullah hanya menyampaikan agama islam sahaja kepada masyarakat yang diamanahkan oleh Allah sebagai pesuruh Allah. 

Jadi, agama islam adalah agama terbaik dan sesuai dengan peredaran zaman dan tidak ada penindasan dan tidak adil pada sesuatu kaum, Allah maha mengetahui atas apa yang berlaku terhadap makhluknya dan sesuai dengan makhluknya.

Siapa ingin melontarkan pendapat, komen atau menambah baik artikal saya sila komen kat bawah..
Get This

No comments:

Post a Comment

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab