Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Thursday, October 17, 2013

Redha Ketentuan Dan Perancangan Allah!!




Beberapa hari yang lepas, saya berbual dengan salah seorang sahabat sekolah lama saya mengenai sambungan ke tempat pengajian. Tempat untuk menimba ilmu untuk meneruskan cebisan-cebisan hidup yang telah diamanahkah oleh Allah swt. Jadi, dalam perbualan saya tersebut timbul satu persoalanan dalam diri masing-masing kerana kos yang diamanahkan sangat berlainan apa yang diusahakan selama ini. Kisah hidupnya hampir sama dengan kisah saya, tetapi saya dulu pernah ditawarkan semasa SPM.

Memang peliklah, kami pernah mengambil sijil STAM, semasa di sekolah dulu, ramai ustazah-ustazah dan ustaz beritahu sijil STAM jalan mudah ke universiti, kerana kurang persaingan dalam pasaran IPTA. Itulah hasrat kami. Pada ketika itu, banyak perkara yang bermain dalam fikiran saya, tentu kalau mengambil sijil STAM boleh kos pengajian islam di IPTA kelak. Namun, hasrat saya selama ini tidak tercapai, memang hati ini sangat sedih berbanding nasib dengan rakan-rakan lain kerana kebanyakan mereka perolehi kos pengajian islam, di Usim, Uia, Unisza yang saya selalu terbanyang ketika stam dahulu.

Kadang-kadang, saya terfikir juga, “aku ni tersesat universiti kah?” sebab kenbanyakan mereka ke IPTA yang saya duduki adalah kebanyakan daripada lepasan matrik dan juga STPM. Dan itulah 0.5% pelajar STAM ke IPTA ini selalu menanyakan soalan yang sama di fikiran mereka.

Jadi, untuk mengelakkan rasa penyesalan dalam diri masing-masing kami, saling berpesan diantara satu sama lain, ini adalah ketentuan Allah, Allah maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Berdoalah pada dan bertawakkal, yang penting kita masih meneruskan pelajaran.
——————————————————-
Ketentuan Allah Dan Perancangan Allah Adalah Terbaik.

Tentu setiap orang daripada kita mesti ada perancangan kan? dan amat jarang sekali perancangan itu menepati kehendak kita jikalau tidak pada kehendak Allah. Memang, kita mempunyai perancangan demi perancangan untuk meneruskan cebisan hidup yang telah diamanahkan oleh Allah swt. Sebaik-baik perancangan adalah memohon keredhaan Allah swt, kerana perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Jadi apa yang ditentukan oleh Allah kita hendaklah redha dan ikhlas menerima walaupun kita rasa sukar, insyaAllah akan jadikan lebih mudah untuk kita. Mungkin kita tidak tahu kebaikan di sebalik ketentuan Allah dan juga mungkin kita tidak tahu keburukan disebalik kehendak kita. 

Yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. Ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. Pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila berlaku nanti, barulah kita tersedar, ya Allah mujur Kau takdirkan begitu. Kata arifbillah (orang yang mengenal Allah), “sekiranya kita merasakan kasih sayang Allah itu terpisah apabila DIA menguji kita, itu petanda tumpulnya akal, butanya mata hati.”

Dalam Al-Quran
Kita mempunyai buku panduan iaitu Al-Quran, jadi Al-Quran adalah rujukan dan panduan terbaik untuk umat manusia meneruskan kehidupan. Jadi Dalam Al-Quran sudah menyatakan masalah ini 1400 tahun dahulu lagi sebagaimana Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 216 bermaksud 
dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

Akhir Kata
Oleh yang demikian, beranggapan baiklah kita dengan segala ketentuan Allah. Sememangnya di sana telah ditakdirkan yang terbaik untuk kita semua. Percayalah Dialah Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Maha Perkasa.

Get This

No comments:

Post a Comment

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab