Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Monday, July 22, 2013

Iktibar Buat Yang Bergelar Manusia

Assalamualaikum 

Disinilah tempat yg pasti kita akan duduki (kubur)


Manusia yang beriman dapat menerima hakikat ini dan sentiasa bersedia bersedia untuk berpindah ke alam kubur. :) Mereka sudah bersedia dengan bekalan ibadah yang mantap selain tidak melakukan dosa, baik dosa kecil apatah lagi dosa besar. Keadaan ini tentu berbeza dengan manusia ingkar dan kufur, mereka takut menghadapi mati (kecuali mat rempit, hehe :) Takut memikirkan nasib apabila ditinggalkan sendirian di dalam tanah.

Ingatlah, tanpa persiapan diri dengan ibadah, apa yang kita hendak dipersembahkan kepada Allah kelak? Maka kita perlu meneliti ibadah kita. Perbaiki mana yang rosak dan tambah baikkan mana2 yang kurang sempurna serta cuba fahami setiap bacaan dalam solat. Keadaan ini menjadikan diri kita bersedia untuk ke alam barzakh dan bertemu Allah swt.

Abul Laits al-Samarqadi berkata:
"sesiapa yang ingin selamat daripada seksa kubur maka harus melazimkan 4 perkara.
  1. Memelihara solat 5 waktu
  2. Banyak bersedekah
  3. Banyak membaca al-Quran (walaupun tidak mengetahui maknanya)
  4. Banyakkan bertasbih :
Ini kerana semua 4 perkara diatas dapat menerangi kubur dan meluaskannya.

Empat perkara yang harus ditinggalkan:
  1. Berdusta
  2. Khianat
  3. Memfitnah
  4. Kencing berdiri(menjaga kencing)
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"bersihlah kamu daripada kencing sebab umumnya seksa kubur itu kerana kencing (iaitu mestilah mencuci dengan sebersih-bersihnya)"

Get This

No comments:

Post a Comment

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab