Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Wednesday, September 11, 2013

Tarbiah Agama, Wardah Pengalaman


Assalamualaikum w.b.t

Sudah lama aku tidak menulis di sini, minda aku sudah menjadi kosong, blog sudah berhabuk.
Hampir 2 minggu kakiku melangkah ke IPTA, Cepat sangat masa berlalu. Ini adalah pengalaman pertama aku melangkah ke IPT dan pengalaman pertama tinggal di asrama. Selepas SPM dahulu  banyak dilema-dilema dan pengalaman yang aku tidak boleh melupakan. Aku pernah ditawarkan di universiti unisza dan juga aku pernah ditawarkan ke Universiti Jordan Al-Bayt, tetapi semua itu aku tolak dengan sebab-sebab tertentu, dan aku teruskan STAM.

Aku juga pernah terfikir, kalau aku ambil STAM aku boleh ke mesir :) tetapi tahun ni kat mesir berlaku sekali lagi revolusi terpaksa aku menolaknya. 

Selama 6 tahun aku ditarbiahkan dalam didikan agama di sekolah menengah agama, tambahan pula akhir sijil aku adalah Sijil Tinggi Agama Malaysia. Cita-cita aku adalah untuk menjadi salah seorang dari golongan agamawan dan menjadi salah seorang da'ie dan seorang usahawan. Jadi IPT aku aku idam-idamkan universiti yang ada kos pengajian islam seperti USIM, UIAM, UM, UNISZA

Terpaksa Menerima
Aku ditakdirkan ke Universiti yang aku tak pernah terfikir dalam fikiran aku selama ini. Universiti yang penuh sekular. Memang, selama 6 Tahun aku dalam tarbiah dan didikan agama, kehidupan, sosial yang islamik. Tetapi apabila aku ke sini, aku sangat terkejut dengan kehidupan disini.

Kadang-kadang, aku terfikir. Negara Malaysia adalah negara Islam, Menteri Pendidikan Malaysia adalah beragama islam. Kenapa mereka tidak mewajibkan cara pemakaian mengikut syariat islam bagi beragama islam. Tetapi aku berfikir balik, aku adalah dari sekolah agama 6 tahun aku ditarbiah agama. Adakah Allah swt menghantar aku ke sini untuk mentarbiah @ da'ie untuk pelajar disana? Ya Allah, Iman dan ilmu  aku belum stabil dan kukuh lagi. 

Aku, tengok hanya 10% sahaja muslimah dari produk kilang sekolah agama. dan hanya 2 orang sahaja yang memakai purdah. Aku tahu mungkin U ini adalah bukan pilihannya. Munkin mereka terpaksa ke sini kerana tiada pilihan. Ini adalah takdir Allah, mungkin 10% itu yang Allah hantarkan adalah untuk mentarbiahkan 50% lagi yang lain.

Aku bersyukur
Alhamdulillah, walaupun aku ke sini, aku sangat bersyukur kerana aku masih lagi diberi peluang oleh Allah swt untuk menuntut ilmu. Aku ditakdirkan untuk mengambil kos Islamic Banking Pentadbiran Perniagaan. Urm bolehlah, walaupun sudah 2 tahun aku meninggalkan subjek akademik aku kena refresh balik subjek tingkatan 5 dahulu. :)

Kadang-Kadang aku terfikir, jikalau golongan agamawan hanya menceburi bidang agama dan bergaul dengan golongan agamawan, siapa pula akan bergaul dengan golongan yang kurang didikan agama dan juga golongan sekular. Ustaz, Ustazah lepasan Universiti mengajar disekolah, Pendakwah mendakwah di masjid dan juga di media, adakah golongan kurang didikan agama dan sekular akan mendegar da'ie mereka? munkin ada hanya segelintir. Aku, terfikir untuk mendakwah golongan sebegini adalah kita sebagai golangan agamawan mesti menjadi sahabat kepada mereka, samada cuba menceburi bidang yang lain dari bidang agama.

Seperti contoh, menceburi dalam dunia perlakonan mendakwah secara tanpa sedar dan sebagai idola peminat, keusahawanan , dan lain-lain, dengan itu kita sebenarnya boleh merapatkan diri lebih rapat dengan masyarakat. Dan seterusnya menangkis pemikiran negatif mereka terhadap golongan agama.v Get This

No comments:

Post a Comment

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab