Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Tuesday, September 24, 2013

♥UNTUK DIRIKU♥

بسم الله الرحمن الرحيم

Duhai diriku,
Kehidupan tak selalunya mudah,
Kehidupan tak selalunya indah,
Kehidupan tak selalunya bahagia,
Kehidupan tak selalunya ada apa yang diminta.


Duhai diriku,
Ada ketikanya Allah swt menguji diri ini,
Setiap hari mesti ada ujian yang Allah berikan,
Ada ketikanya aku sedar akan ujian itu,
Ada ketikanya ujian itu datang tanpa aku sedari.

Allah selalu hadirkan ujian itu tanpa disedari,
Seringkali aku menyalahkan takdir Allah tanpa sedari,
Jarang sekali aku menyangka bahawa itu adalah ujian dari Allah.
Betapa lemahnya iman yang aku miliki.

Aku tahu, ujian itu adalah untuk hambaNya,
Untuk menguji kekuatan iman hambaNya,
Untuk memberi pahala dan dosa,
Sebagai bekalan akhirat kelak.

Aku seorang insan yang lemah,
Aku seringkali terlena dengan buaian dunia,
Aku tak mampu kawal diriku sendiri,
Bakal Perhiasan dunia seringkali melemahkan imanku.

Aku sedar,
Seringkali aku terlupa akan Engkau
Jarang kali, aku bangun malam untuk Engkau,
Jarang kali aku berdialog dengan khusuk bersama Engkau.
Acap kali aku sibuk dengan keindahan dunia,
Sehingga diriku tidak sempat bersamaMu selalu.

Duhai diriku,
Ingatlah kamu pada yang esa,
Dialah yang menciptakan kamu,
Berdoalah pada Dia selalu,
Beribadahlah padaNya selalu

Bacalah panduan dariNya selalu.
InsyaAllah, akan dapat kemanisan iman.
InsyaAllah,Keindahan, Kebahagiaan dunia menanti,
InsyaAllah syurga milik kita.

Catatan dari insan yang lemah
Amir | 

Get This

No comments:

Post a Comment

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab