Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Monday, July 1, 2013

Coretan Hari Lahir 2013

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan Salam Kebahagiaan.

ucapan utk diri sendiri _ hehe


Alhamdulillah, amir bersyukur sangat kepada Allah swt kerana masih boleh bernafas dimuka 
bumi milikNya. Esok 2 julai 2013 adalah hari yang mana umur amir genap 19 tahun. Usia amir menginjak lagi..menjadikan amir semakin dewasa. Dalam kedewasaan ini, pelbagai suka duka kehidupan telah amir tempuhi..semuanya menjadi asam garam kehidupan mengajar amir untuk lebih matang dan tabah dalam menghadapi reality kehidupan. Apabila dikenangkan pada masa yang lalu amir berasa sangat sedih kerana umur yang diberikan oleh Allah swt amir melepaskan begitu sahaja, tambahan pula cuti lepasan STAM selama 11 sebulan untuk tunggu kemasukan U bulan 9 ni. Doakan amir yer semoga boleh U. Hehe. Dengan cuti yang panjang begini amir banyak membazirkan masa dengan begitu sia-sia sahaja daripada memanfaatkannya.

Astarfirullahalazim ☺

Amir teringat satu daripada Hadis Nabi Saw yang bersabda

''Sebaik-baik kamu ialah yg panjang umurnya serta baik amalannya.''
Alahai umur yang panjang yang Allah berikan selama 19 Tahun berkemungkinan besar amir habiskan umur dengan perkara sia-sia sahaja.

Sebenarnya umur semakin meningkat 2 ketakutan yang melanda dalam diri ini.
1. Sebenarnya umur semakin meningkat, kita semakin menghampiri dengan kematian
2. Dugaan dan ujian daripada Allah swt masa akan mendatang

 
hiasan

 1. Hari semakin Menghampiri dengan kematian

Ramai sebenarnya mereka yang menyambut hari kelahiran mereka lupa tentang satu perkara yang pasti akan belaku iaitu kematian. Walaupun ramai yang wish hari kelahiran “semoga panjang umur” serta mereka leka dengan kematian. Apapun mengingati hari kematian adalah orang paling bijak.
Sabda Rasulullah SAW
“Yang paling banyak mengingati mati dan paling baik dalam membuat persiapan untuk alam berikutnya, maka itulah orang yang bijak.”

2. Ujian Daripada Allah
Semakin lama kita tempuhi kehidupan semakin banyak ujian yang datang daripada Allah SWT. Sebenarnya ujian daripada Allah SWT ialah untuk menguji keimanan kita kepadaNya, sejauh mana kita beriman dengan rukun iman yang ke-6 iaitu beriman dengan  Qada dan Qadar yang Allah SWT tetapkan sejak azali lagi.
------------
Apa yang amir takut pada no 1 dan 2 diatas ialah tahap keimanan amir sekarang belum bersedia lagi menghadapi semua itu, dengan iman yang lemah, ketika menghadapi saat sakaratul maut ketika itulah kemuncaknya hasutan syaitan laknatullah, kemungkinan mati dalam kekufuran. Selain itu, dengan iman yang lemah juga, ketika menghadapi ujian Allah Swt kemungkinan kita menyalihi takdir Allah swt.
Okey setakat ini sahaja coretan sempena hari lahir.
Maaflah amir tak pandai menulis..

Tarikh ini datang lagi,
Membawa bersama seribu satu kenangan,
Yang tidak akan pernah sama,
Seperti tahun-tahun yang berlalu..

Tarikh ini datang lagi,
Membuka satu lagi dimensi baru,
Bertambah lagi angka satu pada rentetan usia,
Menjadi titik tolak diari hari kelahiran,
Dan sejarah baru akan mula tercipta..

Tarikh ini datang lagi,
Biarpun bahagianya hanya empunya diri yang rasa,
Namun tempiasnya tersebar pada mereka-mereka yang teristimewa,
Terpamer, luhur dari senyuman,
Tatkala menerima ucapan dan tanda ingatan,
Ikhlas dari mereka-mereka yang membahagiakan..

Tarikh ini datang lagi,
Syukur dipanjatkan padamu Tuhan,
Di atas segala kurniaan,
Semoga tarikh ini menjadi satu lagi lakaran dalam diari kehidupan,
dan membawa lebih keberkatan..


Get This

No comments:

Post a Comment

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab