Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Tuesday, July 30, 2013

Buku Pertama Aku akan terbitkan "Kalam Murabbi" @ "Kalam Syabab"

Bismillahirrahmanirrahim :)
Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan semesta alam, yang maha pemurah lagi maha penyayang yang menguasai hari pembalas. Tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.

Kepada pembaca sekalian, muslimin, muslimat, akhi , ukhti, soleh , solehah….. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh….

Bersyukur kepada Allah swt, kerana masih lagi memberi kenikmatan kepada kita untuk bernafas di alam fana ini. Sudah setahun lebih berlalu aku meninggalkan dunia penerbitan ini. Kali terakhir pernah terlibat dalam sebuah Badan Dakwah di sekolah bermula dari tingkatan 4-5 dan memegang jawatan exco dalam bidang penerbitan dan multimedia. Aku bertanggungjawab untuk mengeluarkan buku ilmiah hasil terbitan badan dakwah itu sendiri, adalah untuk tatapan warga sekolah. Hasrat untuk memperluaskan lagi edaran buku tersebut keseluruh sekolah-sekolah tidak kesampaian kerana akan memakan masa yang agak lama untuk meminta persetujuan daripada kedua belah pihak dan juga kesuntukan masa untuk mengulangkaji pelajaran.

Setelah tamat tingkatan 5, aku terus berhenti dalam bidang ini kerana alasannya adalah untuk menumpukan pelajaran dalam bidang agama. Alhamdulillah Semalam hati Amir tergerak dan bertekad kembali untuk meneruskan dalam bidang penerbitan dengan  menerbitan sebuah buku yang bernama “kalam Murabbi” @ “kalam syabab” sebenarnya amir konfius dengan kedua2 ini yang mana lebih sesuai.

PERHATIAN!!
Sebenarnya Amir nak minta kerjasama dengan awak semua,ye lah buku tu adalah setebal 30 muka surat manalah mungkin mampu untuk menyiapkan seorang diri dah la ilmu pun tak cukup lagi. Jadi Sesiapa yang berminat untuk mengirimkan sebarang artikal2 yang bermanfaat untuk menjayakan buku ini, Amir berbesar hati menerima sebarang artikal bermanfaat daripada korang semua. Jazakallahu kasiran

Artikal Diterima:
-Isu semasa
-cerpen islamik @ pengajaran
-komik dakwah @ pengajran
-info yang menarik
-lain artikal yang dirasakan sesuai

“sebarang maklumat lanjut, kiriman artikal @ pertanyaan, bolehlah PM amir kat facebook SINI
Amir menghargai anda semua.. :)

Semoga Allah merahmati kalian hasil sumbangan awak semua, amir amat mengalu-alukan.

Get This

2 comments:

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab