Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Monday, July 8, 2013

SubhanaAllah : Uniknya Kehidupan Burung Tekukur Eropah ☺

Assalamualaikum ila soleh aw solehah



Allah swt mencipta makhluk2nya dengan pelbagai rupa dan sifat yang unik dan tersendiri. Kita sebagai basyar(manusia) seharusnya memikirkan keunikan ciptaan Allah itu dan mngakui bahawa Allah maha hebat dan maha berkuasa menciptakan apa sahaja yang dikehndaki olehNya.

Salah satu keunikan penciptaan Allah dpt dilihat pada burung tekukur eropah. Burung ini tidak membuat sarangnya sendiri, tetapi bertelur didlm sarang burung lain. ☺seterusnya tugas utk memberi makan dan membesarkan anak burung tekukur Eropah ini terbeban di bahu kedua ibu bapa angkatnya. Subhanallah hebatkan ciptaan Allah.. ?

Korang nak tahu tak bagaimana caranya burung tekukur ini bertelur di dlm sarang burung lain seterusnya memperdayakan burung tersebut untuk menjaga anak2nya?

Jom baca kisah Unik burung tekukur kat bayah yer ☺

Apabila musim bertelur tiba, burung tekukur betina akan mengintip burung lain yg sedang membuat sarang.hehe bijak kn?.. Apabila burung pemilik sarang tersebut meninggalkan sarangnya, burung terkukur betina itu dengan pantas akan terbang ke sarang tersebut dan bertelur didalamnya. Burung tekukur betina itu akan membuang salah satu telur daripada sarang dan dijatuhkan kebawah. Tujuannya untuk mengelak timbulnya keraguan pada burung pemilik sarang itu.

Kebiasaanya, burung terkukur betina akan menghasilkan 20 biji telur dalam satu musim. Oleh itu ia perlu mencari banyak sarang burung lain untuk meletakkan telurnya. Ketika ini burung terkukur betina sentiasa sibuk melakukan pengitipan agar dapat meletakkan telurnya didlam sarang burung lain pada waktu yang tepat. ya Allah hebatnya ciptaan mu, membuatkan aku terfikir

Anak burung tekukur mulai menetas setelah 12 hari tempoh pengeraman. Perkara pertama yang dilakukan oleh anak burung tekukur ialah membuang telur lain keluar dri sarang ketika induk angkatnya keluar mencari makanan.. kecil2 dh jahatkan☺..

Okey, tugas utk membesarkan aank burung tekukur merupakan tugas yang dilihat ‘menakutkan’, kerana saiz anak burung tekukur biasanya jauh lebih besar daripada saiz induk angkatnya. Keadaan ini adalah satu pemandangan yang menakjubkan krana sepasang burung kecil berusaha keras mancari makanan untuk seekor anak burung ynag rakus dan bersaiz 
sangat besar drpd ibubapa angkatnya.

Burung tekukur eropah ini bukanlah burung yang tidak bertanggungjawab kerana menyerahkan tugas mengeramkan telurnya dan membesarkan anak-anaknya kepada burung lain. Sesungguhnya semua kejadian ini diilhamkan oleh Allah SWT kepada burung tekukur tersebut agar manusia memikirkan akan kehebatan penciptaanNya di dunia ini..سبحان الله

syukran kerana sudi baca.. illa liqa' kat entry lain yer :)

sumber: pendidik

jangan lupa klik saya yer


Get This

4 comments:

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab