Entry Terbaru

Klik DISINI Untuk Membuat Tempahan

    Assalamualaikum pembaca sekalian, amir ingin meneruskan kembali kerja dlam bidang penerbitan buku "Kalam Murabbi" sesiapa yang ingin menjadi penulis bolehlah hantar sebarang artikal anda. Amir akan terima sebarang artikal yang bermanfaat. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Ameen :) -

Wednesday, July 24, 2013

Feqah: Puasa Ganti Untuk Arwah?

gambar hiasan, tiada kaitan dlm artikal ini. :)

Amin merupakan seorang kanak-kanak yang soleh baru sahaja kematian datuknya. Datuknya meninggal dunia akibat sakit jantung. Amin sangat sedih kerana tidak sempat menyambut hari raya Aildilfitri bersama datuknya. Datuknya menghembuskan nafas terakhir pada 20 Ramadhan.

Datuknya Cuma sempat berpuasa selama dua minggu sahaja. Kemudian tidak mampu lagi berpuasa, di samping terpaksa makan ubat mengikut jadual. Ini bermakna datuknya telah meninggalkan puasa Ramadhan selama 5 hari.

Macam mana dengan puasa atuk yang dia tinggal selama 5 hari? Adakah dikenakan ganti?

Terdapat ulama’ yang berpandangan tidak wajib bagi wali (waris si mati) mengantikan puasa orang yang telah meninggal dunia. Imam Malik, imam Abu Hanifah dan juga Imam asy-Syafii menurut qual jadid (berpendapat yang kukuh) berpandangan tidak perlu dipuasakan untuk si mati.

Pendapat yang menyatakan tidak wajib berpuasa bagi menggantikan puasa si mati berasaskan kepada hadis daripada ibn Abbas r.a yang diriwayatkan oleh an-Nasa’I,

“tidak perlu seseorang solatkan untuk seseorang dan tidak perlu seseorang puasakan untuk seseorang”
Namun demikian, terdapat juga hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyatakan waris si mati perlu berpuasa bagi mengantikan puasa orang yang telah meninggal dunia. Rasulullah saw bersabda:

“ siapa yang mati padahal ia ada berhutang puasa (puasa bulan Ramadhan atau puasa nazar yang ditinggalkan yang tidak sempat melaksanakan) maka walinya puasakan untuknya.”
Hadis ini sebenarnya adalah lebih sahih untuk dijadikan pegangan hokum. Oleh sebab itu, ada ulama dan fuqaha mengambil kesimpulan berdasarkan hadis ini bahawa sunat hukumnya bagi si wali mengantikan puasa si mati. Puasa yang ditinggalkan itu dikira sebagai hutang dengan Allah swt.

Itu pun terserahlah kepada waris tersebut sekiranya ia mahu melakukannya. Bagi puasa nazar (bukan puasa Ramadhan), pendapat ulama menghukumkan wajib diganti oleh waris si mati puasa yang tidak sempat dilaksanakan oleh si mati itu.

Sekian Wallahu’alam


Semoga bermanfaat semua. :)
oleh: ustaz Dr Nik Yusri
nikyusri@umk.edu.my
Get This

4 comments:

  1. 0o0hh.gitu ke. tapi contohnya kalau ayah kita sakit dan tak mampu puasa wajib bayar fidyah ke?ke camna? ke pTUT puasa ganti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bertanya :)
      kalau dh mati, si mati meninggalkan bnyak harta, ahli waris tidak wajib mengantikan puasa itu, sebalikknya wajib membayar fidyah... sebenarnya si waris boleh mmlih samada nk puasa ganti @ membayar fidyah.. kalau nk puasa gnti x perlu byar fidyah..

      bg yg msh hidup ttp dlm keadaan sakit, tak mmpu untuk berpuasa.. dikenakan fidyah.. org lain x boleh puasa bg pihak si sakit.

      Zulaiqa@prof boleh tanya org lebh arif tntng ini.. saya jwb apa yg saya baca dan tahu.. :)syukran
      illa liqa' ☺

      Delete
  2. o0o0..begitu..oke2.faham..syukran yaaa

    ReplyDelete

--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID

Artikal dibawah merupakan random dari Busuk.org. segala isi kandung Amir tidak bertanggungjawab