Malam Lailatulqadar merupakan peristiwa terpenting yang
menjadi kemuncak agenda bulan Ramadhan. Banyak dongengan yang telah tersebar
dalam kalangan masyarakat di Malaysia tentang malam Lailatulqadar ini.
Ada yang mengatakan pada malam Lailatulqadar, pokok akan
sujud ke bumi, air akan beku dan peristiwa-peristiwa pelik yang lain. Kerana itu
jangan pelik jika ada anak-anak yang akan berjaga malam pada sepuluh akhir
Ramadhan sambil memerhati kepada pokok untuk menanti pokok sujud atau membuka
paip air untuk menanti air menjadi beku. :)
(tak masuk akal kan?)
Sebenarnya pokok memang sentiasa sujud kepada Allah SWT
sepanjang masa tanpa mengira samada malam Lailatulqadar ataupun tidak. :) begitulah juga denagn haiwan-haiwan
sentiasa berzikir kepada Allah, Cuma kita sahaja tidak faham. Hal ini dalam
erti kata sentiasa taat dan patuh kepada ketentuan Allah melalui hukum yang
dipanggil “sunnatullah” atau “sunnah alam”.
Apakah Malam Lailatulqadar?
Kalau begitu apakah malam Lailatulqadar sebenarnya? Korang tahu
tak? Jom sama-sama hayati firman Allah swt ini yuk:
“sesungguhnya kami telah menurunkan al-quran pada malam al-Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar? Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun para malaikat dan malaikat Jibril dengan izin tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (surah al-Qadr)
Rasulullah SAW ada juga bersabda,
“sesiapa yang beribadah pada malam Lailatulqadar, nescaya diampuni dosa-dosa yang lalu.” (riwayat bukhari dan Muslim)
Firman Allah :
“sesungguhnya kami menurunkan al-quran pada suatu malam yang diberkati, dan susungguhnya kamilah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (surah al-dukhan 3-4)
Ganjaran seribu bulan yang akan dianugerahi oleh Allah bagi
orang-orang beribadah pada malam lailatulqadar itu amat besar maknanya kerana
tempoh tersebut adalah sepanjang seusia manusia iaitu 83 tahun 4 bulan. Kita tak
dapat meneka secara tepat malam yang dikatakan jatuhnya malam Lailatulqadar. :)
Setengah ulama’ berkata Lailatulqadar berlaku pada
malam-malam ganjil iaitu sepuluh malam terakhir ( malam 21, 23, 25, 27 dan 29
Ramadhan). Sebahagian ulama’ lagi berkata pada sepuluh malam terakhir iaitu
malam 21 hingga 30. Malah, ada sebahagian yang lain sepanjang bulan Ramadhan
itu mungkin boleh menjadi malam Lailatulqadar. :)
Rasulullah saw bersabda:
“apabila kamu mendapati malam itu ( lailatilqadar )maka bacalah doa ini : Allahumma innaka ‘affun tuhibbul ‘afwa fa’anni. ( ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka mengampuni, maka ampunilah aku).” (riwayat at-tarmizi daripada Aisyah r.ha)
![]() |
klik pada gambar untuk besarkan :) |
Kesimpulannya, jom marilah kita sama-sama beramal bulan
Ramadan dengan sebaik-baik dan seikhlas amal tanpa mengira malam-malam tertentu
kerana pada hakikatnya Allah berhak menetapkan sebarang malam untuk menjadikan
malam lailatulqadar. Wallahuaklam
sumber
-Dato' Hj Muhammad Zakaria
-Buku fardhu Ain
-Wikipedia Ramadhan
-Ekskopedia Ramadhan
No comments:
Post a Comment
--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID