Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.
Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata’ala, Selawat dan salam keatas junjungan
kita Nabi Muhammad Sallaahu ‘alaihi wasallam serta para sahabatnya.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang
kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas
sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut
sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi
Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka
mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat
terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak
panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya
adalah seperti berikut : “Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah
s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan
Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam
pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala
orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala
malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali
tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni
dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
·Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong
Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang
tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan
mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam
yang ke-tiga puluh
Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa
tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil,
semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab
induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak
ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun
tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis
yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang
hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.
Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan
kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu
dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan
amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan
diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan
mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan
begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.
ya.saya pernah dgr ni masa kat skolah dulu ustaz ada citer. hadis maudhu'(palsu) kan?
ReplyDeleteorg yg mereka2 cerita utk kepentingan sendiri
Ya Betul tuh.. Cik Nurzulaiqa.. ☺
Deletesemoga Allah menjauhkn diri kita drpd tipu daya.. :)