Assalamualaikum :)
![]() |
dari inilah sebenarnya kita dijadikan |
Asal kejadian manusia daripada tanah yang hina. Tanah yang dipijak-pijak, dihenjak-henjakkan dengan kaki. Bahkan manusia sendiri sanggup berbelanja mahal untuk membeli kasut bagi mengelakkan kaki terpijak tanah. Namun, itulah hakikatnya kejadian yang Allah telah takdirkan kepada makhluk yang bernama manusia. Sehingga iblis sendiri memperlekehkan akan kejadian ini dengan mengatakan dia lebih mulia kerana diciptakan dengan api.
Takdir Allah jugalah yang menjadikan manusia sebagai makhluk paling mulia sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-israk : ayat 70 bermaksud:-
"Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak2 Adam. Dan Kami telah mengangkut mereka (dengan pelbagai kenderaan) di daratan dan di lautan.Kami juga telah memberikan rezeki kepada mereka daripada perkara2 yang baik serta kami Kami memberi kelebihan kepada mereka mengatasi makhluk2 lain yang telah kami ciptakan."
justeru jaganlah kita cemari kemuliaan kita dengan sifat keangkuhan. Kelak, Allah akan hinakan kita sebagaimana hinanya sang iblis, namrud dan firaun.
P/S: sekiranya ada sekelumit keangkuhan berputik dalam hati kita, ingatlah kita ini hanya daripada tanah..
No comments:
Post a Comment
--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID