Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan Salam Kebahagiaan.
![]() |
ucapan utk diri sendiri _ hehe |
Alhamdulillah, amir bersyukur sangat kepada Allah swt kerana
masih boleh bernafas dimuka
bumi milikNya. Esok 2 julai 2013 adalah hari yang mana umur amir
genap 19 tahun. Usia amir menginjak lagi..menjadikan amir semakin dewasa. Dalam
kedewasaan ini, pelbagai suka duka kehidupan telah amir tempuhi..semuanya
menjadi asam garam kehidupan mengajar amir untuk lebih matang dan tabah dalam
menghadapi reality kehidupan. Apabila dikenangkan pada masa yang lalu amir
berasa sangat sedih kerana umur yang diberikan oleh Allah swt amir melepaskan
begitu sahaja, tambahan pula cuti lepasan STAM selama 11 sebulan untuk tunggu
kemasukan U bulan 9 ni. Doakan amir yer semoga boleh U. Hehe. Dengan cuti yang
panjang begini amir banyak membazirkan masa dengan begitu sia-sia sahaja daripada memanfaatkannya.
Astarfirullahalazim ☺
Amir teringat satu daripada Hadis Nabi Saw yang bersabda
''Sebaik-baik kamu ialah yg panjang umurnya serta baik amalannya.''
Alahai umur yang panjang yang Allah berikan selama 19 Tahun
berkemungkinan besar amir habiskan umur dengan perkara sia-sia sahaja.
Sebenarnya umur semakin meningkat 2 ketakutan yang melanda
dalam diri ini.
1. Sebenarnya umur semakin meningkat, kita semakin
menghampiri dengan kematian
2. Dugaan dan ujian daripada Allah swt masa akan mendatang
Ramai sebenarnya mereka yang menyambut hari kelahiran mereka
lupa tentang satu perkara yang pasti akan belaku iaitu kematian. Walaupun ramai
yang wish hari kelahiran “semoga panjang umur” serta mereka leka dengan
kematian. Apapun mengingati hari kematian adalah orang paling bijak.
Sabda Rasulullah SAW
“Yang paling banyak mengingati mati dan paling baik dalam membuat persiapan untuk alam berikutnya, maka itulah orang yang bijak.”
2. Ujian Daripada
Allah
Semakin lama kita tempuhi kehidupan semakin banyak ujian
yang datang daripada Allah SWT. Sebenarnya ujian daripada Allah SWT ialah untuk
menguji keimanan kita kepadaNya, sejauh mana kita beriman dengan rukun iman yang
ke-6 iaitu beriman dengan Qada dan Qadar
yang Allah SWT tetapkan sejak azali lagi.
------------
Apa yang amir takut pada no 1 dan 2 diatas ialah tahap keimanan
amir sekarang belum bersedia lagi menghadapi semua itu, dengan iman yang lemah,
ketika menghadapi saat sakaratul maut ketika itulah kemuncaknya hasutan syaitan
laknatullah, kemungkinan mati dalam kekufuran. Selain itu, dengan iman yang
lemah juga, ketika menghadapi ujian Allah Swt kemungkinan kita menyalihi takdir
Allah swt.
Okey setakat ini sahaja coretan sempena hari lahir.
Maaflah amir tak pandai menulis..
Tarikh ini datang
lagi,
Membawa bersama
seribu satu kenangan,
Yang tidak akan
pernah sama,
Seperti tahun-tahun
yang berlalu..
Tarikh ini datang
lagi,
Membuka satu lagi
dimensi baru,
Bertambah lagi angka
satu pada rentetan usia,
Menjadi titik tolak
diari hari kelahiran,
Dan sejarah baru akan
mula tercipta..
Tarikh ini datang
lagi,
Biarpun bahagianya
hanya empunya diri yang rasa,
Namun tempiasnya
tersebar pada mereka-mereka yang teristimewa,
Terpamer, luhur dari
senyuman,
Tatkala menerima
ucapan dan tanda ingatan,
Ikhlas dari
mereka-mereka yang membahagiakan..
Tarikh ini datang
lagi,
Syukur dipanjatkan
padamu Tuhan,
Di atas segala kurniaan,
Semoga tarikh ini
menjadi satu lagi lakaran dalam diari kehidupan,
dan membawa lebih
keberkatan..

No comments:
Post a Comment
--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID