BismillahiRahmanirRahim
Assalamulaikum w.b.t
Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Pernahkah kita buat dosa?
Ya setiap manusia pasti akan buat dosa
Berapa kalikah kita beristigfar kepada Allah?
Dalam masa sebulan berapa kalikah kita selalu buat solat taubat?
Astarfirullah, betapa lalainya kita.
Pernahkan kita selalu minta sesuatu kepada seseorang?
Pasti mereka akan berasa bosan bukan?
Tahukah kita, Allah tidak pernah berasa jemu mengampuni kita walaupun selalu memohon kepadanya.
Jom hayati hadis Qudsi dibawah ^_^
Daripada Abu Sa'id al-khudri bahawa ia mendengar Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Iblis berkata kepada tuhannya: 'Demi keperkasaan-Mu dan Keagungan-Mu, aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama roh masih berada di jasad mereka.' Allah swt menjawab: 'Demi keperkasaan-Ku dan Keagungan-Ku, Aku akan selalu mengampuni mereka selagi mana mereka meminta keampunan daripada-Ku."
(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi
Jom bertaubat
kdg2 manusia lupa bila dh buat dosa, lupa nak kembali kepd Allah.. tp Allah ttp tunggu hambaNya untk bertaubat sebb Allah maha pengampun..^_^
ReplyDeleteHebatnya Allah bila Dia mengampunkan dosa2 hambaNya walaupon sebesar mana sekalipun. cuma manusia je.. susah nak maafkan manusia,huuu
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDelete