Menulis tentang tuduhan sana dan sini, tanpa menyertakan
bukti-bukti yang sahih, dengan tujuan untuk menjatuhkan seseorang, memang
mudah. Malah blog kita juga akan mencapai nilai populariti dalam jangka masa
yang singkat.
Tidak lupa juga, blog-blog seperti ini sering diberitahu
akan mudahnya untuk menjana trafik dan wang yang banyak, tanpa perlu berusaha
keras seperti blog-blog niche lain. Kerana tugas kita adalah mencetuskan
kontroversi, dengan mencari kesilapan dan membongkarkan aib-aib manusia lain.
Di Sebalik Populariti dan Wang – Kesannya Membunuh Kita Di
Akhirat Kelak
Tetapi di sebalik populariti dan wang itu, kita terlepas
pandang pada hukum asal, khususnya bagi individu yang beragama Islam.
Mari kita sama-sama hayati sabda Nabi Muhammad S.A.W:
“Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih
berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia
bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan
umpat, tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat.”
– (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Fikir Sejenak – Dari Mana Sumber Wang yang Kita Peroleh?
Benar, membina blog-blog yang menceritakan aib orang lain
berpotensi besar untuk menjana pendapatan lumayan. Tetapi mari kita fikirkan
sejenak, apakah sumber yang diperoleh ini datangnya daripada sumber yang halal
lagi baik?
Tepuk dada, tanya hati, muhasabah diri.
Entri ini bukan tujuan untuk mengajar, tetapi untuk
berkongsi sesuatu yang sering terlepas pandang oleh kita semua. Bagi yang
memiliki blog seperti ini, dan ingin berubah ke jalan yang lebih baik, caranya
adalah dengan…
Berusaha Untuk Berhenti, Bertaubat dan Mencari Rezeki Lain
Rezeki yang Tuhan berikan kepada hambaNya terlalu luas.
Sehinggakan kita sendiri tidak mampu untuk menghabiskannya, walaupun diberi
masa untuk hidup beribu tahun lamanya. Justeru itu, mengapa memilih rezeki yang
tidak diberkati olehNya?
Usaha yang kita boleh lakukan ketika ini adalah berusaha
untuk memberhentikan operasi blog, bertaubat pada Tuhan, kemudian beralih untuk
mencari sumber rezeki yang lebih baik. Jangan kerana terlalu mengejarkan
populariti dan wang, kita lupa pada hukum-hukum agama.
Mudah-mudahan entri ini sedikit sebanyak dapat membantu kita
memperoleh rezeki yang halal menerusi aktiviti blogging. Mudah-mudahan kita
menjadi penulis blog yang disayang Tuhan, dan dipilih untuk duduk di dalam
syurgaNya. Amin.
kredit gambar: Momoc HDR
sumber: http://studioaksara.com
1-tak lupa jugak blogger2 yg suka copy/ paste org punya artikel tanpa keizinan..itu dikira 'cetak rompak'...
ReplyDelete2- Banyak letak gambar2 porn/separuh porn..semata2 nak naikkan traffic.
3- Reka-reka cerita..smpai bukak 'aib org'.
harap2 blogger camni..bertaubat lah.
betul tu :)
Delete