"Belum akan datang kiamat sehingga manusia
berlumba-lumba dengan bangunan-bangunan yang megah." (HR. Bukhari) Akhukum
fillah, tentunya Masjidil Haram tidak asing buat kita. Di sanalah lembah
tamadun Islam bersinar ke seluruh bumi Allah ini. Lembah terjaga yang Insya
Allah akan selamat keselamatan hingga akhir zaman.
Di sana ada Baitullah yang menjadi kiblat umat Islam
sejagat, ke arah lembah inilah setiap saat wajah wajah mukminin mukminat
terarah, menghadapkan wajahnya kepada simbol rumah Allah, Baitullah. Namun
ikhwahfillah, ada yang berbeza, di Masjidil Haram ketika Ini. Mungkin
kebanyakan orang biasa biasa saja melihat banyak perubahan di sekitar Masjidil
Haram. Mungkin juga mereka tersenyum terkagum kagum melihat bangunan-bangunan
mewah yang berdiri Kukuh di samping Masjidil Haram pada hari ini. ☺
Bangunan kelihatan belum sempurna, dipuncak sana terlihat
sebuah jam besar yang baru separuh selesai☺
Abraj Al Bait - The Royal Clock Tower Makkah Abraj Al Bait -
The Royal clock Tower Makkah dan Salah satu
Tower "Gerbang" Masjidil Haram
Pandangan hadapan Masjidil Haram dan Abraj Al Bait Menurut beberapa sumber, bangunan yang dibina di laman Masjidil
Haram dikenali dengan "Makkah Royal Clock Hotel Tower" yang
direka berketinggian lebih dari 601 meter
Ketinggiannya Hanya berbeza 200 meter dari BANGUNAN TERTINGGI DUNIA ketika ini, iaitu Al Burj Khalifa Dubai ! (lihat gambar di bawah)
Burj Khalifa, merupakan bangunan tertinggi di dunia (828
meter) yang telah dirasmikan Januari 2010 lalu, bangunan ini memecahkan rekod
bangunan tertinggi sebelumnya iaitu CN Tower dengan ketinggian 553 meter. !
Perhatikan bangunan yang dibina di Pinggir Al Haram ini
lebarnya luar biasa. Bandingkan saja dengan bangunan lain, Albraj Albait atau
The Royal Clock Tower Makkah ini mempunyai luas 1,500,000 (1 juta) meter
persegi. boleh dibayangkan berapa banyak bangunan di sana yang diusir dan
berapa tanah bukit sebelah Masjid Al Haram yang digondol. Melihat bumi Allah
di rosak dengan mesin-mesin raksasa itu. Debu debu berterbangan di sekitar
Masjid Haram. Masya Allah.
(Poster Rancangan Perombakan Masjidil Haram) Cuba Perhatikan,
di antara tower tower yang dirancang itu ada beberapa yang sudah jadi, di
antaranya; InterContinental dan The Royal Clock Tower yang kita bahas di atas,
Jika kita amati di atas ada dua tower Raksasa yang disambungkan Mirip Twin
Tower Petronas di malaysia.itu adalah pintu masuk kompleks Masjid ini nanti.
Boleh kamu lihat tidak ada tanda-tanda Bukit di sana kan?
Padahal Jalan yang melalui dua tower itu sebelumnya membelah dua Bukit. Tanda
Apakah Ini? Padahal itu Tanah Haram.Menakutkan.Adakah manusia mula berani
merosakkan tanah Haram ini? Atau peminpin negeri negeri Islam ini juga ikut
serta dalam maraknya perlumbaan pembangunan bangunan-bangunan pencakar langit
dengan negara-negara kaya yang lain? Cuba perhatikan nota perlumbaan
bangunan-bangunan pencakar langit di dunia yang hampir setiap tahun saling
mengalahkan, di Grafik Ini:
Perhatikan Bangunan Tertinggi di atas, itu adalah MILES TOWER
Bangunan yang akan dapat mengalahkan Al Burj Dubai. Arab Saudi dengan kekayaanya
merancang membina bangunan ini di Jeddah. Lagi, Ini merupakan bangunan tertingi di Di Dunia dengan ketinggian Tertinggi 1600 Meter! (1.5
Kilometer Menjulang ke langit) Ini Tidak Mengejutkan? Setelah saya terus
siasat ternyata MILES TOWER ini pun sudah ada pesaingnya yang membina bangunan dengan Ketinggian 3.200 Meter atau 3
Kilometer Menjulang Ke Angkasa)
The Ultima Tower! Bangunan yang membentuk bandar pencakar
langit yang direka Architecture America-Eugene Tsui 1991 - ini disasarkan akan
menelan kos $ 150,000,000,000 .- (150 million Dollar Amerika). Saya tersentak
beberapa kali, ketika kemudian membaca kembali Hadith yang diriwayatkan Umar
Radiyallahu Anhu yang menceritakan ketika Nabiyullah Muhammad salallahualaihi
Wassalam, didatangi malaikat Jibril Alaihissalam di depan Umar dan Para
sahabat.
Saat itu Allah
SWT menguji Rasulillah saw. dengan beberapa soalan yang disampaikan
malaikat Jibril yang menjelma sebagai manusia: Pada suatu hari kami (Umar Ra
dan para sahabat Ra) duduk-duduk bersama Rasulullah saw. Lalu muncul di hadapan
kami seorang yang berpakaian putih. Rambutnya hitam sekali dan tidak nampak
tanda-tanda perjalanan.
Tidak seorang
pun daripada kami yang mengenalinya. Dia terus duduk menghadap Rasulullah saw.
Kedua-dua kakinya menghempit kedua-dua kaki Rasulullah, dari kedua-dua telapak
tangannya diletakkan di atas paha Rasulullah saw, seraya berkata, "Ya
Muhammad, beritahu aku tentang Islam." Lalu Rasulullah saw menjawab,
"Islam ialah bersyahadat bahawa tidak ada tuhan kecuali Allah dan Muhammad
Rasulullah, mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan, dan mengerjakan
haji apabila mampu." Kemudian dia bertanya lagi, "Kini beritahu aku
tentang iman." Rasulullah saw menjawab, "Beriman kepada Allah,
malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhir dan beriman
kepada Qodar baik dan buruknya. " Orang itu lantas berkata, "Benar.
Kini beritahu aku tentang ihsan." Rasulullah berkata, "Beribadah
kepada Allah seolah-olah anda melihat-Nya walaupun anda tidak melihat-Nya,
kerana sesungguhnya Allah melihat anda. Dia bertanya lagi," Beritahu aku
tentang Assa'ah (azab kiamat). "Rasulullah menjawab," Yang ditanya
tidak lebih tahu daripada yang bertanya. " Kemudian dia bertanya lagi,
"Beritahu aku tentang tanda-tandanya." Rasulullah menjawab,
"Seorang
budak wanita melahirkan nyonya besarnya. Orang-orang tanpa sandal, setengah
telanjang, melarat dan penggembala unta masing-masing berlumba membina
bangunan-bangunan bertingkat. "Kemudian orang itu pergi menghilang dari
pandangan mata. Lalu Rasulullah saw bertanya kepada Umar," Wahai Umar, tahukah
kamu siapa orang yang bertanya tadi? "Lalu aku (Umar) menjawab,"
Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. "Rasulullah saw lantas
berkata," Itulah Jibril datang untuk mengajar agama kepada kamu.
"(HR. Muslim)
"BERLUMBA LUMBA MEMBANGUN BANGUNAN BERTINGKAT"
itulah salah satu tanda-tanda kiamat yang dikatakan
Rasulillah Muhammad Salallahu alaihi wassalam dalam Hadis tersebut
(Gambar diambil dari Royal Clock Tower) Masya Allah, hingga,
saya benar-benar merasa sedih ketika, mendaki Jabal Nur keesokan harinya.Gedung
ini memang tidak main-main, begitu besar dan megah! Hingga kemegahannya seakan
ingin Mengubur Masjidil Haram.
Lihat lebih dekat lagi (gambar di Bawah), Masjidil Haram
hanya terlihat tower-tower kecil di bawah Gedung Royal Clock Tower itu.
Sekarang mari kita pulang lagi ke Masjidil Haram, kita lht
bangunan ini dari Masjidil Haram.
saya turun gambar ini dari Lantai 2 Masjidil Haram. Lihat
bangunan raksasa hijau sebelah kiri. inilah yang akan terlihat beberapa bulan
ke depan selepas bangunan ini selesa ..!!
Jam raksasa yang ketika tulisan ini dibuat itu sudah selesai dibina (berukuran lebih kurang 40 meter) dipaparkan ke
seluruh dunia oleh chanel TV MBC setiap kali azan tiba secara live dari
Masjidil Haram. Satu lagi Akhifillah, tentunya saya sangat tidak berhak untuk
mengutuk Raja Arab Saudi yang membenarkan pembangunan pangsapuri dan hotel mewah
betul-betul di laman Masjidil Haram itu, mungkin Beliau tengah merancang
sesuatu. Misalnya saja untuk mengantisifasi jemaah Haji yang jumlahnya Jutaan
yang mengalir ke Masjidil Haram untuk Hajj.Tapi mari kita berfikir,
InterContinental Dar Et Tawhid, Depan Masjidil Haram di halaman depan GERBANG UTAMA (Pintu Masuk No. 72) Masjidil haram berdiri
sebuah Hotel Mewah bernama "InterContinental Dar et Tawhid Makkah
"sebuah hotel 5 bintang yang berlogo IHG (InterContinental Hotel Group),
sebuah Rantai Hotel milik Amerika.
Sangat Menghairankan? Tidak kah mereka mendengar firman
Allah dalam Al-Quran bahawa Tanah haram ini adalah untuk semua manusia di bumi,
bukan untuk perniagaan ? "Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan
menghalang manusia di jalan Allah dan Masjidil Haram yang telah Kami jadikan
untuk semua manusia, baik yang tinggal di situ atau di padang pasir dan siapa
yang bermaksud di dalamnya melakukan kejahatan secara zalim, nescaya akan Kami
rasakan kepadanya sebahagian dari azab yang pedih. "(Al-Hajj [22]: 25)
sumber:
sumber asal dalam bahasa indonesia telah diubah suai dalam bahasa melayu
No comments:
Post a Comment
--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID