Assalamualaikum dan Salam Kebahagiaan
![]() |
gambar hiasan |
Anak istimewa adalah anugerah Allah
Hari ini amir ingin menceritakan mengenai seorang tetamu
Allah datang ke rumah amir anak istimewa dari jiran sebelah.
Sebenarnya memang amat bertuah sesiapa memperolehi anak
istimewa. Ada sesetengah orang tidak menerima takdir Allah swt kerana
melahirkan seorang anak yang cacat/istimewa. Memang SETIAP
ibu bapa mahukan anak-anak yang sempurna dan sihat. Namun siapalah kita sebagai
hambaNya untuk menidakkan setiap ujian ALLAH SWT, dikurniakan anak kurang upaya.
Tetapi, jika itu sudah takdirNya kita
sebagai ibu bapa harus menerima dengan reda kerana setiap kelahiran anak itu
ada rezekinya masing-masing.
Hal ini jelas dalam firman ALLAH SWTberfirman:
“Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya,”. (Surah at-Tin: 4)
Dalam firman Allah swt ini jelas setiap
manusia yang diciptakan oleh Allah dengan sebaik-baiknya, dengan terciptanya
anak istimewa ini, tentu ada maksud tersirat yang Allah tetapkan dalam
kehidupan kita yang belum diketahui masa akan datang.
Ok sambung cerita amir, seorang anak istimewa dari sebelah rumah terlepas dari jagaan ibu & neneknya
(bapa dan datuknya sudah lama meninggal). Dia(anak istimewa) datang ke rumah
amir tanpa diketahui oleh ibunya.
Sebelum ini anak istimewa itu pernah beberapa kali datang
ke rumah amir, Neneknya selalu pesan kepada cucunya, kalau pergi ke rumah jiran
jangan naik kerumahnya. Semua yang
dipesankan oleh neneknya semua cucu istimewanya menuruti apa yang dikata oleh
neneknya, subhanallah jujurnya mereka.
Walaupun amir nampak anak istimewa itu
kurang siuman, tetapi amir terpegun dengan ciptaan Allah swt kerana hebat sungguh
ciptaan Allah, jika kita nak bandingan dengan anak normal memang jauh sekali.
Tetapi pada kali ini apa yang
selalu dipesan oleh neneknya dia tidak menurutinya, mungkin sebab salah amir
juga mengusiknya sehingga menyebabkan naik dalam rumah amir. Hehe. tak tahu
nanti balik nih kena marah ke tak dengan ibunya.
Tetamu istimewa daripada anak istimewa
Anak istimewa
menjadi tetamu amir dan sekeluarga. Dia naik ke rumah memang tidak ada sekali pun
kelakuan pelik yang dibuat olehnya, sopan dan santun. Malah lebih mesra, selalu tanya soalan tak
munasabah, nak jawab persoalan dia pun malas rasanya.
Contoh soalannya: amir duduk
tengok Tv, dia tanya abe tengok TV ker?
Hah lebih kurang begitulah
soalannya. Hehe.
Amir layan juga tapi jawab
kokse( secara spotan) jer, tak tahu apa yang amir jawabkan. Hehe
Anak istimewa Tanpa sengan
dan malu dia meminta nasi, inilah dikatakan jujur kalau lapar terus cakap lapar
kalau nak nasi terus cakap nak nasi. tak seperti anak lain.
Amir sangat bersyukur kepada Allah, kerana berpeluang menjaga anak sebahagian daripada ahli syurga walaupun tidak sampai setengah jam☺
Amir sangat bersyukur kepada Allah, kerana berpeluang menjaga anak sebahagian daripada ahli syurga walaupun tidak sampai setengah jam☺
Walaupun dirinya adalah anak
istimewa, kita hendaklah melayannya dengan penuh keikhlasan, wajib keatas kita melayan tetamu samada miskin atau sebaliknya, kecualilah tetamu itu boleh mendatangkan kemudharatan kepada kita.
Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat hendaklah memuliakan tetamu dengan memberi layanan kepadanya.Dalam hadis diatas jelas amaran yang keras daripada rasulullah saw Wajib keatas kita melayan tetamu , jikalau tidak melayan tetamu kita adalah termasuk dalam golongan tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. nauzubillah
Akhir kalam, semoga ibu dan
neneknya terus tabah menjaganya. Semoga Allah memberi pahala berlipat kali ganda kepada ibu dan neneknya. dengan syarat kesabaran yang tinggi. :) Anak-anak seperti inilah yang akan menunggu kita di Pintu
Syurga, insyaAllah. Allah pilih ibu dan bapa untuk menjaga Ahli Syurga tetapi
mengapa kita kurang peka akan kurniaan ini
semata-mata kerana kita tidak mahu terhalang dari aktiviti lain kerana
menjaga anak istimewa.
P/s: ada tak hadis mengenai anak istimewa? kalau ada tolong share yer.
sabda Muhammad saw:
"Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."
No comments:
Post a Comment
--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID