Assalamualaikum dan Salam kebahagiaan
![]() |
gambar hiasan |
Rasulullah saw adalah akhlak terbaik untuk kita contohi, sebagaimana firman Allah swt dalam kalamNya
“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagi kamu iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia juga banyak menyebut dan memperingati Allah (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab: Ayat 21)
Mungkin Ramai dikalangan kita tidak tahu bahawa rasulullah saw juga mempunyai binatang peliharaan yang comel iaitu kucing.
Jom baca kisah rasulullah saw kisah kucing baginda mueezza yang amir petik daripada wikipedia indonesia. yang telah diolah ke bahasa Melayu.
Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di
temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana
tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan
lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk
sujud kepada tuannya.
Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan
mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di
rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu
mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti
mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi
kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini
sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang
seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula
melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.
Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini
adalah siksaan neraka.
Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu
Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala
kucingnya meninggalkan
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr
Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya
dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.
sumber
sumber
No comments:
Post a Comment
--> Komen dengan bahasa kesat dan perkauman akan didelete
--> Komen yang releven akan saya balas dan kunjungan secara automatik (tanpa diminta) Sila tinggalkan jejak anda pada Cbox Amir.
--> Tekan "Subcribe By Email" untuk mengetahui balasan daripada saya
--> Untuk mendapatkan Backline guna Open ID