Sahabat sekalian, hari ini dah berapa kali kita berselawat keatas Baginda Saw?
Astargfirullahalazim, bertapa lalainya kita memperingati Rasulullah Saw.
Jom berselawatlah keatas Nabi Muhammad saw
^_^
Andainya Rasulullah masih ada... INGIN SEKALI AKU MENDEGAR DAN MELIHAT BAGINDA BERBICARA
Al-Hasan Bin Ali r.a meriwayatkan:
"Aku pernah bertanya kepada pakcikku. Hindun ibnu Abi Halah yang sangat pandai mengambarkan sesuatu. Aku katakan kepadanya. 'Gambarkanlah kepadaku bagaimana cara Rasulullah saw berbicara.'
Lalu dia pun berkata. 'Rasulullah adalah seorang yang kelihatan amat perihatin dan sentiasa berfikir. Baginda lebih banyak diam dan berbicara hanya pada apa yang perlu sahaja. Baginda memulakan dan mengakhiri perbualan Baginda dengan menyebut nama Allah.
Ucapan Baginda selalunya padat, terperinci. dan jelas-tidak lebih dan tidak kurang, tidak terlalu kuat dan tidak terlalu perlahan. Baginda selalu mensyukuri nikmat walaupun sedikit dan sama sekali tidak pernah mencelanya. Baginda juga tidak pernah mencela mahupun memuji makanan. Urusan dunia berserta isinya tidak pernah membuat Baginda marah.
Jika kebenaran dilangar. Baginda tidak akan diam sehingga kebenaran itu ditegakkan. Baginda juga tidak pernah marah dan tidak pula memperjuagkan kepentingan peribadi. Ketika menunjuk sesuatu. Baginda selalu menggunakan seluruh telapak tangannya. Apabila dalam keadaan takjub atau terkejut, Baginda selalu membalik (telapak tangan).
Ketika berbicara, Baginda terbiasa menggunakan tangan untuk memperjelaskan perkataan dengan cara memukul-mukulkan telapak tangan ke ibu jari kiri. Ketika marah, Baginda berbalik dan berpaling. Ketika berasa tenang, Baginda menundukkan pandangan. Tawa Baginda adalah senyuman, dan gigi Baginda kelihatan seperti butiran salju."
(Riwayat Al-Tirmizi)
SubhanAllah Bertapa indahnya Akhlak Rasulullah saw
^_^
SubhanAllah Bertapa indahnya Akhlak Rasulullah saw
^_^
subhanAllah . indah sungguh akhlak baginda . :')
ReplyDeletesungguh . rindu dengan perjuangn baginda .
bgaimanakah perasaan bginda tika melihat umatnya skarang ? Allahu -__-'
Allahumma S0lli 'ala sayyidina muhammad .
syukran kongsi. rindunya pada Rasulullah. :'(
ReplyDelete